Akhirnya Dapat Makan Mee Kolok Hutan Bandar Johor Bahru | Alhamdulillah, semalam ciksun dah pun selamat cabut jahitan lepas surgery buang gigi bongsu. Proses cabut jahitan berjalan lancar. Sakit tak? Jujurnya ciksun da telan ubat tahan sakit sebelum ke HSA. Seriau memikirkan doktor nak cabut jahitan. Walaupun orang cakap tak sakit, tetap jugak seram.
Sampai HSA dah lebih pukul 8 pagi. Bayar RM5 untuk registration, then tak sampai 10 minit, nama da kena panggil. Masuk dalam bilik rawatan, kali ni dentist perempuan Melayu tak tahu nama. Doktor terus suruh duduk dekat dental chair sementara dia siapkan apa yang patut. Nampak dia sediakan gauze juga, erkkk terus seram ciksun. Akan berdarah lagi ke???
Then dia terus start, tanya dulu sama ada pipi ciksun ada rasa kebas-kebas tak, ada demam ke tak sepanjang seminggu lepas surgery. Ciksun cakap takde, then dia suruh bukak mulut untuk buang jahitan. Tak sakit pun sebenarnya masa dia gunting jahitan tu. Yang sakitnya bila cermin gigi tu menekan gusi kawasan surgery. Sampai ter-ahh kecil ciksun sebab sakit. Doktor check keadaan kawasan surgery dan lubang cabutan gigi.
Dalam dua kali doktor suruh berkumur dengan air yang disediakan kat sinki kecil tepi dental chair. Rasa dia macam air garam, but heyy masya Allah lepas doktor da gunting jahitan tu memang rasa puas gila dapat berkumur. Tak rasa sakit langsung. Now ciksun faham sebenarnya dalam seminggu tu rasa sakit berkumur sebab jahitan gusi tu tegang untuk bantu tutup luka. Bila jahitan da dibuka, terus hilang rasa sakit tu.
Doktor pesan, lubang cabutan akan ambil masa mungkin sampai sebulan nak tertutup sempurna. Dalam waktu tu kena jaga betul-betul kebersihan lubang tu. Kalau termasuk makanan, kena cuci keluarkan. Rajin-rajin kumur dengan air garam juga. Doktor siap bagi syringe untuk ciksun guna kalo makanan terselit dalam lubang tu. Kena jaga elok-elok supaya tak berlaku jangkitan pada kawasan cabutan. Ok baik!
Lepas dah selesai semuanya, terus whatsapp Kak Ajan bagitau dah siap. Dia ajak gi sarapan Mee Kolok dekat Hutan Bandar Johor Bahru. Dah berapa kali juga kitorang ke sini untuk mencuba Mee Kolok, tapi tiap kali tu lah Mee Kolok nya da habis. Memang kena pergi awal pagi, seawal 8.30 pagi Mee Kolok kat sini mula dihidangkan.
Rezeki kali ni dapat juga makan Mee Kolok Hutan Bandar. Alhamdulillah, ni jugak adalah menu pertama lepas jahitan dibuka. Walaupun dah bole upgrade sikit tahap kekasaran makanan, tetap makan pelan-pelan sebab masih takut rasa sakit bila terketap gigi kat kawasan cabutan. Tetap juga menelan makanan selepas kunyah-kunyah kasar. Sedap Mee Kolok dia, ayamnya tu pun lembut-lembut aje. As Sarawakian, ciksun approved!
Berat turun? Ye, turun 2kg dalam seminggu. Haha!
6 Comments
Mi kolok goreng ada x ciksun?
ReplyDeletePernh mkn mee kolok time outstation sarawak dlu2
ReplyDeleteDapat juga makan mi kolok kat JB ek
ReplyDeleteuish baca pun dah terasa2 ngeri ngilunya... nampak sedap mee koloknya tu... kalu dah orang sarawak kata sedap mmg sungguh sedap la tu ye
ReplyDeleteget well soon ciksun. selalu dgr org padah mee kolok di hutan bandar ya nyaman, mun org swak approved ya nang confirm nyaman la ya hehe
ReplyDeleteCepat sihat ye...makan yang le but2 je...memang hilang la berat..lapar tapi nak makan x leh kan...sabar ye..nanti ok semula...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com