Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor | Sepatutnya update entri lain dulu. Tapi malas betul ciksun nak tulis entri tu sebab panjang sangat and banyak main dengan fakta. Jadi, kita update ni je la dulu ek. Kisah sehari selepas PRU-15, dak Ibah ajak gi makan malam kat Krabby Planet Steamboat & Grill, area Saleng nun. Beberapa hari lepas balik dari Hatyai, ciksun duk meratib kat Ibah nak makan steamboat & grill macam kat Hatyai tu dengan housemates. Ibah pun cakap la pernah makan dekat satu tempat steamboat best ni dengan parents murid dia. Harga pun berpatutan sangat dan ada banyak pilihan makanan. Ok, onzzz!

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor

Kitorang book pukul 5.30 petang. Senang nak solat Maghrib lepas makan, tak terkejar-kejar. Surau yang selesa ada disediakan, siap aircond. Cuma tempat wudhuk dengan toilet, dengan surau, semua mencapah kedudukan dia dalam kawasan restoran tu. Haha. Tapi tak jauh pun antara satu sama lain, cuma banyak la arah nak dituju tu. Tempat wudhuk wanita belakang cashier. Surau memang tengah-tengah restoran tu. Dari tempat makan nak ke buffet area, terus nampak surau tu. Toilet kat area belakang nun sikit, tapi ada satu aje toilet lelaki dan satu toilet wanita. So kene berbaris lama sikit kalo nak ke toilet waktu Maghrib gitu.

Gambar buffet ciksun tak ambik pun, malas pulak haha. Tak selesa nak ambik gambar sebab orang pun ramai datang makan. So, ambik gambar kat meja sendiri aje. Tu sekeping gambar ehsan dari Facebook Krabby Planet Steamboat sendiri, haa macam tu la sebahagian daripada buffet area.

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor

Kuah ada dua jenis, tomyam dengan sup biasa. Daging grill ada dua jenis perapan untuk ayam, daging dan, kambing. Perapan BBQ dengan satu lagi tu tak tahu apa tapi yang tu rasa pedas berempah. Bagi ciksun sedap aje dedua sekali. Pilihan seafood pun boleh tahan juga, ada udang, kerang, sotong, kupang dan lain-lain. Sayur-sayuran, salad, meatball, chickenball, fishball, fishcake, dan segala macam processed balls and cakes pun ada.

Menu dah siap macam Nasi Goreng, Mee Goreng, Nasi Putih, Asam Pedas dengan aneka kek dan kuih-muih turut disediakan. Tinggal nak pilih letak dalam pinggan dan bawak ke meja makan. Puas hati juga makan kat sini walaupun meja kecik haha. Sesak jugak kitorang nak menggril dan menstimboat dengan ruang meja yang kecik tu. Nasib baik sedap-sedap semuanya, makan pun rilek-rilek santai-santai aje. 

Makan Malam di Krabby Planet Steamboat & Grill, Saleng, Johor

Lepas Maghrib sambung makan aiskrim pulak sebelum balik ke rumah. Harga buffet ni RM31 untuk seorang dewasa, murah kannn? Kalau korang nak makan sini, boleh la terus book dengan diorang!

Krabby Planet Steamboat & Grill
Tj Mart Saleng, Lot 5035 Batu 17¹/², Jalan Air Hitam Saleng, Kulai, Malaysia
Buka Setiap Hari | 5 petang - 12 malam

Harga:
Dewasa RM31
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM13
Warga Emas & OKU RM20
Kanak-kanak 5 tahun ke bawah PERCUMA

Tempahan:

Post a Comment

3 Comments

  1. Wahhh.. murah sangat tu Cik Sun. Ada rasa ala2 kat Krabi, tak?

    ReplyDelete
  2. Lama x main masak- masak la...rasa nak makan stimbot plak ha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com