Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Sibuk Mengundi PRU-15, Kita Jumpa Birthday Girl

Orang Sibuk Mengundi PRU-15, Kita Jumpa Birthday Girl | Kisah 19 November 2022 dan rentetannya ada banyak sangat sebenarnya. Tapi jom la kita cerita satu-satu dulu. Hari orang sibuk mengundi, kita pergi buat surprise dekat birthday girl. Tanggal 19 November, birthday sahabat ciksun yang dah dianggap macam kakak sendiri, tapi kekadang dia macam mak jugak. Haha!

Orang Sibuk Mengundi PRU-15, Kita Jumpa Birthday Girl

Happy Birthday Sis Lin!

Malam sebelumnya, ciksun bakar brownies ni. Beberapa hari sebelum tu dah tanya Sis Lin, dia pergi mengundi pagi ke petang. Terus dia jawab segala aktiviti dia pada hari kejadian 😂 Ok, ciksun kena hantar pagi ni sebelum dia pergi kenduri kawen tengahari. Maka pagi-pagi tu ciksun pun menghias brownies.

Sengaja ciksun lukis ala-ala mengundi Sis Lin tu sempena PRU-15. Haha! Then, pilih hiasan seakan kristal berwarna pink. Kalau sesiapa biasa tengok orang jual gelang kristal, mesti tahu warna tu seakan-akan Rhodonite premium grade. Haha! Sampai Sis Lin pun tanya, tu kristal keeee masa ciksun bagi gambar kat dia. Ciksun suruh dia cuba gigit sendiri nanti 🤣

Orang Sibuk Mengundi PRU-15, Kita Jumpa Birthday Girl

Masa on the way, nampak orang berbaris dalam kehujanan kat pusat mengundi Taman Sri Pulai. Allahu, gigih rakyat Malaysia menjalankan kewajipan masing-masing sambil berpayung. Moga hari ini atau sedikit masa lagi, kita akan tahu siapa PM ke-10.

Sampai rumah Sis Lin dalam pukul 11 lebih, alaaa dia dah keluar pergi kenduri. Terlambat sikit ciksun, tapi bila whatsapp, dia kata tengah beli barang dekat Kipmart. Dia tanya ciksun bawak apa, ciksun pun bagi gambar seperti di bawah.

Orang Sibuk Mengundi PRU-15, Kita Jumpa Birthday Girl

Apa lagi dia, terus ajak jumpa dekat Shell. Tak boleh tahan tengok Starbucks katanya 😂 Okayy, kitorang pun pergi Shell yang dekat dengan rumah Sis Lin. Dia memang akan lalu situ untuk pergi rumah kenduri nanti. Tunggu diorang siap beli barang, dalam 10 minit gitu akhirnya Sis Lin sampai.

Orang Sibuk Mengundi PRU-15, Kita Jumpa Birthday Girl
Kemain gigih dia menelek "kristal" tu hahaha

Orang Sibuk Mengundi PRU-15, Kita Jumpa Birthday Girl

Alhamdulillah, semoga ko suka hadiah tu. Dia dah cerita pun kat blog dia. Haha! Aku doakan moga segala impian ko tercapai, sihat-sihat selalu disamping keluarga ko, dimurahkan rezeki yang berkat, terus istiqamah berbuat kebaikan, dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat ko. Ameen!

Thanks kak Ajan teman!

Dan selepas itu lah belakunya tragedi PRU-15.

Post a Comment

6 Comments

  1. Alamak, ada tragedi pulak ke?

    Untunglah Sis Lin kalau atas kek tu betul2 kristal, hahaha.

    ReplyDelete
  2. happy birthday sis lin... bday hari pru gitu..

    ReplyDelete
  3. kemain la sis Lin telek eh.. Best ada suprise. Sebelom dpt ssuprise lagi hebat. smga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. Hepi birthday Sis Lin. Ala comel betul kek tema pilihanraya tau

    ReplyDelete
  5. Wahhhh, banyak syok sis Lin! Happy Belated Birthday, sis Lin..Semoga yang bebaik dalam kehidupanmu...!!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com