Ticker

6/recent/ticker-posts

Ole-ole dari Jepun

Ole-ole dari Jepun | Semalam, Prof ciksun wassap. Tanya kalau-kalau ciksun datang office hari ni. Ciksun biasanya hari Khamis insya'Allah mesti akan datang office. Sebab hari ni yang selalunya ada orang datang bersihkan office ciksun. Ciksun kena ada sebab kadang-kadang dia ambil masa lama nak bersihkan. Kalau-kalau lebih dari office hour, ciksun kena ada untuk kunci pintu office bila orang lain semua dah balik.

Jadi, hari ni memang ciksun datang office. Rupanya Prof tanya sebab nak bagi ole-ole ciksun. Beliau ke Tokyo minggu lepas, jenjalan dengan kawan-kawan dia. Seronok tengok gambar-gambar yang Prof share dekat Facebook. Indah betul pemandangan musim luruh kat Jepun, dengan dedaun pokok jadi kekuningan, kecoklatan. Rindu betul dengan kampung halaman nan satu tu. Dah bertahun-tahun tak balik kampung. Haha!

Ole-ole dari Jepun

Terima kasih Prof untuk cenderahati tanda ingatan. Dah habis dah coklat dua ketul tu. Buat kunyah-kunyah sambil buat kerja. Satu lagi tu macam handkerchief. Ciksun memang suka kumpul fabrik Jepun, agaknya Prof masih ingat memori kami ke Nippori Textile Town dulu memborong kain kotton Jepun. And terkejut juga dapat sling bag Coach tu, mungkin kat sana harganya murah kann. Teringat dulu berjam-jam tunggu Prof dan wife lecturer lain pilih beg dekat Mitsui Outlet Park Makuhari sebelum diorang buka satu outlet dekat dengan KLIA. Tak paham sungguh waktu tu, nape la lama benor memilih sampai kitorang pergi Tully's minum kopi sementara tunggu diorang membeli-belah. Haha!

Alaaaa, rindunya Jepun! Ya Allah, moga ada rezeki untuk jejak bumi Sakura tu lagi!


P/S: Maaf belum sempat lagi sambung entri Hatyai. Dah nak siap dah tu, tapi hujung-hujung jadi penat menaip. So rehat la dulu, nanti sambung lagi. Haha.

Post a Comment

9 Comments

  1. Rezeki Cik Sun, turut menjadi kenangan indah :)

    ReplyDelete
  2. jom jepun ciksun.... dah tertangguh trip ngan sislin ni... nampak gaya kena tunggu lama lagi la nak ajak sislin tu berjalan (bila dah ada cucu nanti lagi laaa) hahaha... Semoga ada rezeki kita nak jalan jalan jepun plak lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mengumpol bebanyak kalo nak gi jepun ni hahahha..itu hari punya trip pun belum setel lagi ni wakakakaka

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki... paling best mestilah sling bag.. itu!! hihihi

    ReplyDelete
  4. Jom jom gi Jepun. Wah dahsyat beg Coach. Rindu jugak nak ke sana lagi

    ReplyDelete
  5. jepun. dlm wishlist aida :)
    ntah bila la, ciksun ha ha ha ha...
    in shaa Allah.

    ReplyDelete
  6. Best la dapat sling bag Coach...kat sana memang agak murah handbag coach ni...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...dapat juga rezeki ole ole dari Jepun. Seronok Prof bercuti Jalan Jalan Japan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com