Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua | Korang dah baca aktiviti hari pertama kat Hatyai? Kalau dah, jom baca aktiviti hari kedua pulak. Seawal selepas Subuh, kitorang dah menapak keluar hotel. Pagi-pagi macam tu susah sikit nak cari tuktuk. Depan hotel pun sunyi aje. Restoran sebelah pun tak bukak lagi. Kitorang try aje la berjalan sikit kot ada tuktuk menunggu kat market.

Dalam perjalanan mencari tuktuk tu lah ciksun sempat snap beberapa keping gambar pokok keladi depan-depan kedai. Haha! Teruja betul ye tengok keladi Mickey Mouse dengan keladi cantik-cantik dibiarkan begitu saje depan kedai. Agaknya kat sini orang da biasa tengok keladi rare, and mungkin semua orang dah ada. So, takde la kes kecurian kan. And bila tengok sekeliling, memang bersih aje tepi-tepi jalan kat sini. Cuma kalo terlalu kat pembentungan aje yang ada bau busuk kurang menyenangkan.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Kitorang siap berjalan sampai ke market depan kuil, takde jugak tuktuknya. Then rujuk balik google maps, eh tersalah arah dah. Sepatutnya kalo nak ke destinasi yang dituju, kena la berjalan aje ke arah tempat tu. Ni dah menjauh. Hahaha! Masa patah balik dan ikut arah yang betul tu la tiba-tiba ada tuktuk lalu bawak sami. Hari Sabtu pepagi ni memang ramai sami ke kuil area market tadi. Market tu pun banyak jual benda sembahyang diorang je, makanan-makanan yang disembahyangkan etc.

Kitorang tanya, boleh ke Chabura Dimsum tak. Alamak, driver tu tak faham bahasa Inggeris sangat. Terpaksa tunjuk gambar Chabura tu, still dia tak familiar. Ok, bagitahu nama jalan pulak. Ok, baru lah dia tahu. Dia cakap jauh, kena 35B seorang. Kitorang onz aje. Tapi dia tak tahu mana kedainya, so kitorang rujuk google maps sepanjang nak ke sana tu. Bila dah dekat, kitorang ketuk-ketuk bahagian belakang seat driver (padahal tuktuk ada loceng yang boleh ditekan). Turun and bayar, driver tu pun cakap, dia ingatkan jauh. Rupanya dekat sini je. Mungkin ciksun sebut nama jalan tu salah intonasi agaknya, jadi tak sama macam yang sepatutnya. Haha. Tapi, kitorang bagi je kat dia 35B seorang tu, sedekahkan aje. Terima kasih driver!

Sarapan Pagi Dimsum Halal di Chabura Dimsum, Hatyai

Ciksun bukan lah peminat dimsum, tak berapa gemar dengan tekstur dimsum yang sama macam tekstur fishball. Tapi ada sesetengah hidangan dimsum yang ciksun boleh telan. And kalau ada yang goreng-goreng, ciksun lagi prefer yang macam tu. Mujur juga dekat Chabura Dimsum ni ada banyak sangat pilihan menu. Harga untuk sepiring dimsum kat sini ada dua, 15B untuk steamer box kecik, 20B untuk steamer box besar. Ciksun perati aje kakak-kakak blogger ciksun "kutip" box dimsum, sementara ciksun berlegar-legar tengok sekeliling restoran tu amek gambar.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Pepagi macam tu restoran lengang sangat. Memang betul la pilihan kitorang untuk gerak lepas Subuh ke sini. Dalam pukul 6 gitu tau kitorang da naik tuktuk, sampai sini dalam pukul 6.30, belum pukul 7 lagi ha. Kalo sampai pukul 7, mahu kene berbaris macam orang lain yang baru sampai bila kitorang da habis makan. Ape je menu dimsum kat sini? Lebih kurang sama aje ngan Malaysia, tapi menariknya siap ada mini bowl tomyam juga. Kitorang tak ambik sebab diorang letak kat buffet masa kitorang da kenyang.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Pau telur asin dia sedap gilerrrr! And set gyoza goreng pun not bad. Ciksun suka semua pilihan dalam kotak tu, kak Retna kot yang pilih kalau tak silap. Menarik betul siap ada "kelkatu" takoyaki tu haha! Jumlah belanja hangus kat sini adalah 986B untuk 6 orang. So, sorang dalam RM20+ kalo sharing. Lepas makan tu kitorang tak tahu nak pergi mana. Awal pagi sangat, banyak tempat menarik belum buka.

7 Eleven Hatyai

Tapi sebelah Chabura Dimsum tu ada 7 Eleven. Kat Hatyai ni hampir semua 7 Eleven kitorang masuk. Macam satu kewajipan pulak. Haha. Kalau korang nak beli burger khas 7 Eleven Thailand, haaa boleh beli kat sini. Tapi baca betul-betul tau sebab ada juga burger tutttt yang tak halal tu, dari company yang sama. Kang tersilap ambik pulak nampak logo sama. Haha.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Air ganja pun dijual secara terbuka 😂 Kat 7 Eleven ni jugak ada jual tiub susu pekat manis yang ramai orang beli dulu-dulu tu. Now kat Malaysia pun dah ada dijual, ek? Tapi tak teringin pulak nak beli. Kat Hatyai la baru gatal nak beli, maybe sebab memang nak habiskan syiling gak kot. Boleh, gitu?

CentralFestival Shopping Mall, Hatyai

Dari Chabura Dimsum tu, kitorang naik tuktuk ke CentralFestival Shopping Mall. Walaupun mall tak bukak lagi, nasib baik juga Starbucks kat mall tu da bukak dari seawal pukul 8 pagi untuk serve breakfast. Kitorang lepak kat situ sementara tunggu kedai lain dalam mall tu bukak. CentralFestival ni macam high end punya shopping mall je ciksun tengok. Banyak kedai barang berjenama dalam tu. Skechers, Adidas, Uniqlo, G-Shock, Playboy dan macam-macam lagi.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Ciksun minum air Sally kat Starbucks sana, tapi tak nampak sangat Sally dia. Haha. Kelakar pulak staff dia siap bagi lebih foam dalam cup lain. Tapi bahagian atas takde drizzle caramel. Mengsedihhh. Haha. Lama jugak kitorang duduk kat situ tunggu mall bukak, siap pergi toilet bergilir-gilir. Kat Hatyai ni, toilet tak risau sangat sebab mostly ada faucet macam kat Malaysia. Bahkan toilet hotel pun ada faucet. Kat Malaysia lak amazing, ada jugak toilet yang takde faucet. Pakai bidet kat toilet bowl tu, adoiii. Tak best betul!

Pukul 10 lebih sikit, kitorang keluar Starbucks, explore shopping mall tu. Tapi misi pertama ciksun adalah mencari seluar. Hahahahaha! Seluar ciksun pakai pagi tu (kaler biru dalam gambar atas) adalah seluar baru yang tak pernah ciksun pakai. Pinggang dia ketat sikit, jadi macam senak perut ciksun nak berjalan. So, bila mall dah bukak, terus cari seluar lain dan tukar seluar baru (kaler coklat dalam gambar bawah). Sabor je lahhh.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Lepas tu sambung jalan-jalan, eh eh, rezeki kitorang betul, kat tingkat bawah mall tengah ada food festival. Macam-macam menu diorang jual kat bawah tu. Paling banyak, kerabu Maggi lerr. Pulut Mangga pun ada. Udang Galah Goreng menari-nari depan mata. Ok, tak menari pun, diorang terbaring je sebab da kena goreng kannn. Kat bawah ni menu gerai halal dengan tak halal kadang sebelah-sebelah je. Jadi, korang kena tanya dan alert dengan apa yang korang nampak depan mata tau. Dapat peniaga yang baik, dia nampak korang bertudung, dia terus silangkan tangan: "No, No."

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Ciksun beli Pulut Mangga je dengan air Markisar. Macam tak teringin pulak menu-menu yang lain tu. And tak berapa reti sebenarnya. Mujur juga masih kenyang makan dimsum pagi tadi. Tapi ada share jugak dua potong slice cake dengan kak Ret. Kitorang bawak balik makan tengahari dekat hotel aje. Rehat sampai petang, siap pergi berurut kaki kejap kat massage parlour depan hotel tu (250B sejam). Itu la first time ciksun gi berurut kaki, menjerit-jerit kegelian bila tukang urut bersihkan kaki dan berus dengan begitu kasar sekali. Haha.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022

Lepas berurut tu, kitorang pergi kedai cenderahati sebelah kedai urut tu aje. Macam-macam cenderahati ada kat sini, fridge magnet, keychain, beg, tshirt, semua ada. And paling best, boleh bayar guna duit Malaysia. Sempat jugak ciksun beli fridge magnet dan beg kecik untuk kawan-kawan and family. Itu pun, esoknya sebelum balik, kitorang pergi lagi sekali menghabiskan segala duit yang berbaki 😂

Makan Malam di Khlonghae Seafood, Buffet Halal Hatyai

Petang dalam pukul 5.30 waktu Hatyai, kitorang naik tuktuk pergi Khlonghae Seafood Buffet. 400B tambang untuk 6 orang, pergi balik hotel. Jauh juga perjalanannya, dan mengambil masa setengah jam sebab petang-petang gitu orang balik kerja. Jammed betul jalan, penuh dengan kenderaan termasuklah menghala keluar bandar. Khlonghae Seafood ni tepi highway, jadi nak dapat tuktuk dari tempat ni balik ke bandar agak susah. So, kalo korang nak selamat, terus book tuktuk tu untuk perjalanan pergi dan balik. Driver akan tunggu kita sampai habis makan. Ciksun rasa driver tu pun akan dapat free meal bila bawak tourist datang ke sini.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Bila sampai kat sana, memang da penuh ye orang. Rupanya diorang bukak dari pukul 2 petang lagi. Time kitorang datang tu pun dah ada barisan nak bayar kat pondok sebelum masuk ke ruang buffet. Tapi tak la panjang sangat barisannya waktu tu. Selang beberapa orang aje. Nak makan buffet kat sini, bayar 299B untuk seorang dewasa, kalo kanak-kanak ciksun dah tak ingat dah rega nya. Dalam separuh ke ek? Tu lah, tulis lambat-lambat lagi. Haha!

Meja kat sini banyak, tapi orang yang datang makan pun banyak juga. So, pepandai la korang bawak diri. Sebelum ke meja, diorang akan bagi korang cawan dan sepit untuk korang sepit-sepit segala makanan nanti. Bila dah duduk kat meja, staff diorang akan datang hantar dapur. Ada dua jenis dapur, satu untuk korang bakar-bakar guna alas grill, satu lagi yang bentuk dia separa bulat. Yang separa bulat ni diorang akan tuang sup sikit, bahagian tengah dia korang boleh letak daging yang korang nak bakar. Macam pelik sikit, and agak leceh bila daging asyik jatuh tergelincir masuk dalam sup masa nak balik-balikkan.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Kat sini paling mendapat tumpuan semua adalah udang galah. Memang banyak gilaaa dan segar-segar semuanya. Suami Sis Lin sampai tiga kali ambil udang galah. Kitorang grill aje, puas hati makan banyak-banyak. Selain daripada udang galah, ada udang laut juga, scallop, kerang, ikan, sotong dan lain-lain. Kalau korang nak ikan bakar salut garam, korang boleh pilih bahagian ikan yang korang nak dekat bahagian buffet, then bawak ke stesyen bakar-bakar ikan. Haha. Tak tahu la nama apa, tapi memang ada sorang brader yang handel bakar ikan bergaram kat situ.

Meriah dan banyak pilihan menu yang dah siap juga, nasi goreng dia sedap, ada lauk-pauk sekali dan juga cemil-cemilan macam kentang goreng dan nugget. Ye lah, kalo bawak budak-budak memang tu la makanan yang diorang suka kannn! Air kat sini free flow, korang minum la banyak mana pun, asalkan takde pembaziran. Surau dan toilet pun ada disediakan. Alhamdulillah, kenyang dan puas hati makan kat sini tapi sedikit panas sebab dapur tu memang betul-betul depan muka. Makan sampai berpeluh-peluh. Hahaha! Kalau laki ciksun ni mesti tak suka sebab crowded gini, tapi sekali datang Hatyai, mesti nak cuba kan. Dah rasa sekali, ok lahh. 

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Time nak balik, kemain panjang dah barisan yang menunggu kat luar. Alhamdulillah, rezeki datang awal sikit sebelum gelap. Dari sini kitorang pun terus balik ke hotel. Tapi tak terus naik ke bilik pun. Tiba-tiba semua nak sambung berjalan lagi. Ada tuktuk da tunggu depan hotel, kak Ret ajak pergi Greenway Street Life. Ala macam Asean Night Bazaar semalam tu, tapi sini macam lebih banyak barang murah-murah. Ciksun takde amek gambar sangat kat sini.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Lee Gardens Plaza Night Market, Hatyai

Dari Greenway Street Life, kitorang balik ke hotel. Kebetulan pulak dapat driver tuktuk yang sama bawak kitorang ke Khlonghae Floating Market semalam. Allahu. Rezeki dia kannn. Sepatutnya pagi tadi kitorang hubungi dia untuk ke Chabura Dimsum tapi kad dia tertinggal dekat bilik hotel. Akhirnya malam ni bertemu balik dengan dia. Sempat kitorang ambil gambar dengan dia sekejap sebagai kenangan. Mr. Sama nama dia.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Masa ni kak Ret nak cari makan lagi, sebab tadi kat buffet tu dia tak makan sangat. So kitorang menapak aje dari hotel tu cari kedai makan berdekatan. Memula nak ke restoran sebelah hotel tapi diorang dah tutup walaupun baru pukul 8.35 malam waktu tu. Agaknya bahan basah dah habis. So, kitorang berjalan lagi cari restoran guna Google Maps. Kononnya nak ke Restoran Kelantan yang ciksun nampak siang hari semalam, tapi akhirnya nampak Ham!d Restaurant kat depan mata lepas menapak dalam 500m. So, kitorang masuk teman kak Ret makan kat situ kejap.

Duduk dalam kedai tu, nampak la keramaian kat depan kedai. Lahhh, ada night market jugak area depan restoran tu rupanya. Kak Ret sempat tanya budak Restoran Ham!d tu, ada jual pes tomyam Thai tak dekat night market tu. Kot la dia tahu kan, tau tak budak tu jawab apa?

"Tak tau, pergi lah tengok sendiri!"

Erkk! Tersentap hati memasing yang mendengar jawapan dia. Laahh, tak kan marah kitorang berenam duduk semeja order 1 pinggan sandwich je? Hmmm, entah lah ye. Mungkin cara dia bercakap memang kurang sopan macam tu kot? Tapi boleh je kan dia cakap, "maaf cik, saya tak pasti." Cukup sampai tu dah lah, tak payah sambung ayat yang melambangkan kesombongan tu. Hurmm. Terbantut kak Ret nak habiskan sandwich dia. Kitorang bangun, bayar dan terus pergi market depan tu.

Lee Gardens Plaza Night Market rupanya nama tempat tu sebab pasar malamnya dekat dengan Lee Gardens Plaza. Ada macam-macam barang dijual kat sini, paling tak sangka ada orang jual gelang kristal 😂 Murahhhh pulak tu! Hmmm, hampir-hampir la lupa diri nak terbeli. Mujur teringat duit kene simpan takut ada apa-apa emergency kat tempat orang ni. Haha.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Sis Lin beli Sotong Kering Bakar kat sini, boleh tengok macam mana penjual buat dari A-Z. Kita pilih saiz sotong yang kita nak, then nanti penjual tu akan lenyekkan sotong guna mesin khas macam orang guna untuk buat mee tu. Sotong akan jadi senipis-nipisnya, dari rupa sotong yang pendek tiberr jadi sotong panjang dan "bergru-gru" ala tak tau nak sebut hahahahha. Lepas tu sotong yang dah leper akan dibakar sekejap. Sedap jugak rasa dia.

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Depan Lee Gardens Plaza tu ada Art and Music area juga. Siap ada band tengah buat live show, and ada beberapa art pieces dipamerkan kat area depan plaza. Menariknya aktiviti macam ni, free aje tak payah bayar pun nak join. Dari tempat ni, kitorang gerak balik ke hotel. Tapi sempat pulak singgah beli aiskrim kelapa jugak, wak ghaso ghaso khennnn. Akhirnya tercapai semua hajat JJCM kami. Haha!

Jalan-jalan Cari Makan Hatyai 2022 - Hari Kedua

Alhamdulillah. Menapak balik hotel, kemas-kemas beg dan berehat sebelum balik hari esok. Nanti ciksun sambung entri hari terakhir di Hatyai ya!

Post a Comment

3 Comments

  1. Lhahhaha akhirnya muncul dah entry ni.. Hehe tetiba kita xde mood nak update hatyai haha tergantung sudah! 😅😅

    Seafood tu frust svb lmbt sgt dpt makan ikan bakar garam hahah terus jd lapar

    ReplyDelete
  2. Lengang je pagi pagi jalan tu. Tapi susah juga tak ada tuktuk. 7E thailand antara tempat wajib masuk. hehe...Meriah betul dimsum beraneka jenis kat sana. Peminat pokok keladi wajib ambil gambar pokok keladi. hehe...

    ReplyDelete
  3. Seronok ehh JJCM ni... bahagia berjalan, kita penuhkan perut dgn makan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com