216 Pelajar Sekolah Tempatan Menang Besar dalam The Planet LEGOLAND® School Challenge! | Sungguh teruja ciksun bila jejakkan kaki ke LEGOLAND® Malaysia Resort baru-baru ni. Gi sana hujung minggu lepas dengan kawan-kawan ciksun, diorang belum pernah lagi masuk ke LEGOLAND® Malaysia. Tu yang bila masuk aje ke theme park, terus lesap tak nampak ke mana. Ciksun dengan kak Ajan pulak terpesona tengok LEGO® builds yang ditayangkan dekat The Beginning tu!
Rupa-rupanya, hari ciksun pergi tu, diorang ada majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang The Planet LEGOLAND® School Challenge. Ramai pelajar sekolah memenuhi depan stage The Beginning hari tu. Siap ada kerusi disusun depan tu. Dalam pukul 11 lebih, VIP pun sampai. Tuan Haji Omar Bin Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Dr. Mohd Azlan Bin Abdul Jalil selaku Deputy Director, Tourism Johor datang memeriahkan majlis.
Peraduan dibawah naungan Kementerian Pendidikan ni menawarkan hadiah lawatan ke LEGOLAND® Malaysia Resort, trofi besar yang diperbuat daripada LEGO® bricks dan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM81,000 kepada para pemenang. Menariknya, pelajar sekolah tempatan boleh memilih untuk menyertai peraduan ni sebagai aktiviti kokurikulum diorang.
12 LEGO® Builds paling kreatif dan inovatif telah dipilih daripada 200 penyertaan dari sekolah-sekolah serata Malaysia, dengan tema "Pride of Your State". Melalui peraduan ni, kita boleh tengok inspirasi pelajar untuk merealisasikan imaginasi diorang dan mencipta dunia impian diorang dengan LEGO®. Masa majlis hari tu, LEGOLAND® Malaysia mengumumkan bahawa tahun depan, diorang akan start bukak contest ni secara international pulak! Haa mesti lagi sengit saingannya!
“The participation that we received warmed our hearts. These students dug deep into their creativity and constructed LEGO® Builds that we could not fathom in our wildest imagination. Seeing what Malaysian students can achieve with LEGO® bricks reinforces our confidence that by incorporating our LEGO® DNA of learning through play within our resort, we can cultivate creative thinking and a positive attitude towards learning for all.”“We are grateful for the support and endorsement that we have received from the Malaysian government to make Planet LEGOLAND® School Challenge a success. We hope to continue working closely with them to reinvigorate the tourism industry and propel Malaysia to the future of education.”- CS Lim, Divisional Director at LEGOLAND® Malaysia Resort
Pemenang grand prize pada hari kejadian adalah kumpulan Above and Beyond daripada Wesley Methodist School, Kuala Lumpur. Binaan LEGO® diorang yang siap ada lampu adalah diinspirasikan oleh evolusi dan pembangunan stesen kereta api di Kuala Lumpur. Memang cantik sangat kalau tengok waktu malam. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Legostaz 1 dari SK Tunku Azizah, Pahang. Sumber inspirasi binaan LEGO® diorang adalah daripada struktur ikonik terkini Kuantan, menara setinggi 188 meter, Kuantan 188.
Super Lego Group dari SJKC Li Hwa, Penang mendapat tempat ketiga dengan binaan LEGO® berinspirasikanbangunan ikonik Pulau Pinang termasuk Jambatan Pulau Pinang, Bukit Bendera dan Komtar Pulau Pinang. Pelajar juga mendapat inspirasi daripada seni bina jeti klan Pulau Pinang, feri, dan kawasan warisan. Salah satu kumpulan yang mendapat Special Recognition Awards pada hari tersebut adalah MK Blockteenz daripada SMK Mohd Khalid, Johor dengan binaan LEGO® Stadium Sultan Ibrahim, stadium rumah pasukan bola sepak JDT yang terkenal.
Tahniah ciksun ucapkan kepada semua pemenang! Korang yang nak tengok LEGO® builds diorang ni boleh lah datang LEGOLAND® Malaysia Resort, semua 12 binaan ni akan ditayangkan sampai Mac 2023 untuk dihayati oleh para pengunjung. Untuk maklumat lanjut tentang Inisiatif Pendidikan Planet LEGOLAND, ibu bapa, pendidik dan pelajar boleh mengetahui lebih lanjut di laman web rasmi LEGOLAND Malaysia. Untuk kemas kini terkini tentang promosi dan aktiviti, kekal berhubung melalui Facebook dan Instagram.
2 Comments
Hebat-hebat mereka. Punya daya ketelitian dan kesabaran yang tinggi.
ReplyDeleteSaya pun tak pernah jejak Legoland lagi. Nanti bolehlah pergi. Sentiasa meriah Legoland ni banyak aktiviti. Kreatif masing masing, buat sampai jadi.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com