Makan Malam Sea & Grill Buffet Dinner di Thistle Johor Bahru |
Kalau uols nak cari tempat makan malam best pada hujung minggu dengan family
or kawan-kawan, ciksun nak rekemen uols cuba Sea & Grill Buffet Dinner
dekat Thistle Johor Bahru ni. Ciksun da pergi makan hujung bulan September
yang lepas, punya lah kalut pilih tarikh sebab ingatkan buffet ni sampai 30
September aje. Rupa-rupanya pihak hotel dah extend buffet ni sampai 30
November 2022! Haa, berita tersangat baik kannn untuk uols yang suka
makan-makan kat luar.
Banyak betul ye pilihan makanan dalam buffet ni. Masa ciksun pergi tu ada
Shell Out Ikan Bakar Sambal, Sotong Bakar Sambal, Ayam Bakar, Sosej Bakar
kat bahagian grill luar Glass Restaurant. Serius sedap-sedap semuanya. Tapi
paling ciksun suka adalah Roasted Lamb Leg yang dihidangkan bersama
lauk-pauk tempatan dekat bahagian dalam restoran. Serius sedapp sangatttt!
Uols kena cuba kalau uols penggemar kambing bakar macam ciksun!
Ohhhh, Nasi Briyani dengan Kambing Masak Hitam diorang pun cenggini haaaa
👍🏻Teringat-ingat sampai sekarang 😋 Rasa macam susah nak jumpa yang sesedap
tu kat tempat lain. Wahh, over kann? Tapi tu la kebenarannya. Tapi ciksun
faham, citarasa masing-masing berbeza. Mana yang sedap pada tekak ciksun,
belum tentu lagi sedap pada tekak orang lain, kan?
Selain menu-menu ni, ada jugak Seafood on Ice, Pasta live station, Satay
Ayam dan Satay Daging, aneka Kerabu dan Salad, Sup, Laksa, dan juga pelbagai
jenis pencuci mulut. Boleh lah uols datang makan sini hujung minggu nanti!
Tempah awal ye, sebab selalunya memang full kalo last minute!
Kalau uols nak tengok lagi banyak gambar, boleh pergi belek dekat page Blog
Sunah Sakura ya!
Sea & Grill Buffet Dinner
Glass Restaurant, Thistle Johor Bahru
📅 Sehingga 30 November 2022 (Jumaat dan Sabtu)
⏰ 6.30 pm - 10.00 pm
🍽️ RM80 nett per Dewasa / RM45 nett per Kekanak (6 - 12 tahun) or Warga Emas
(60 tahun ke atas)
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 07-267 8999
📱 +6012-789 2092 (WhatsApp)
*Tempahan awal diperlukan
5 Comments
walaupun tengahari dah makan nasi berlauk tengok segala menu yang ada, lapar pulak
ReplyDeleteHuissshhh.... Mengancam betul menu-menu dia ni... Happy my tummy tengoknye... Harga pun tak semahal dekat hotel KL ni sampat ratus... Bawah RM100 kire ok la tu
ReplyDeleteAllahu! banyaknya...nak pilih mana satu ni? Semuanya sedap.
ReplyDeleteAku sampai laa ni macam tak move on dengan menu-menu bbq dia, banyak gilerrrr...
ReplyDeleteHotel ada ada ni Cik Sun. Menu dia banyak pilihan. Sedap sedap semuanya
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com