Pengalaman Tengok Sepahtu Reunion Live Tour di Stadium Tertutup Pasir Gudang | Bukan selalu ciksun ada peluang macam ni. Dulu-dulu pernah juga tengok live kat studio masa tengah belajar degree. Now da tua sikit, ambil juga peluang untuk tengok bila Sepahtu Reunion Live datang buat tour dekat Stadium Tertutup Pasir Gudang. Kebetulan pulak ada peminat tegar Sepahtu kat rumah ni, ciksun angkut la dak Ibah pergi tengok sekali.
Kemain suka dia haaa, siap plan gerak awal and singgah makan dulu. Dedua uzur, tak boleh solat pada hari kejadian, so petang Jumaat tu kul 6 lebih da keluar rumah. Tak jadi singgah makan sebab ade parents student Ibah bagi makanan kat sekolah. Alhamdulillah. Ingatkan dah awal dah gerak ni nak elak jammed, tapi bila sampai aje stadium, tudiaaaaa full parking! Jauh jugak pusing cari parking, then pusing balik ke tempat awal masuk, park aje hujung-hujung asalkan tak block kereta lain.
Dahsyat ye mereka semua ni, sebelum pukul 8 dah nak penuh stadium tu. Padahal ikutkan pukul 9 baru start live. Memasing begitu setia menanti. Tapi takde la kitorang menunggu kosong aje. Bro Fattah memeriahkan suasana menunggu dengan macam-macam aktiviti dan ayat kelakar dia. Rasa macam dia pun boleh dah ni join Sepahtu, tapi takut jugak, tenggelam pulak si Jep nanti. Hahahah!
Bila tengok rakaman live, kita boleh nampak macam mana proses penggambaran dilakukan. Berapa banyak kamera diorang pakai, and apa yang boleh dengan tak boleh kita buat masa rakaman berlangsung. Bro Fattah orang kuat penggambaran, dia yang buat countdown, bagi pesanan semua and bagi signal kat comedian kalo hampir keluar frame camera. Bila nak kena bagi tepukan pun dia yang bagi signal kat penonton.
Pukul 9 malam tepat, live show bermula. Tepukan gemuruh untuk Jep dan Rahim bila keluar munculkan diri. Ingatkan tepukan tu masa awal je, next scene pun tiap kali Jep keluar, dapat tepukan gemuruh. Hahaha! Ramai betul peminat Jep ye! Paling best bila artis undangan muncul. Erra Fazira join malam tu, memang cantik betul Erra bila tengok depan-depan. Putih melepak dan tinggi lampai orangnya. Tak kering gusi tengok scene Erra dengan Jep, segala dialog adalah spontan yeee! Diorang hanya dapat arahan ape kena buat and situasi aje. Lepas tu cipta lah dialog sendiri. Hahaha!
Masa live ni jugak la kita boleh nampak apa reaksi sebenar comedian ni semua bila kat luar frame camera. Nampak la si Jep duk gelak guling-guling bila Rahim kutuk-kutuk dia. Adoii kelakor, hilang fokus ciksun sebab tercuit hati tengok dia tak senang duduk kat tepi. Rasa macam nak kena tengok lagi sekali! Hahaha! And Jep banyak juga bantu crew dan musician, bila nak keluarkan muzik latar dan muzik mana yang sesuai untuk certain scene. Daebakkkk!
Setiap live akan ada seorang artis cameo, malam tu Dato' M. Nasir buat kejutan bila muncul jadi cameo. Ayat Dato' simple aje tapi susah bebenor rasanya nak keluarkan dialog, mungkin sebab da lama tak berlakon. Sampai kena usik dengan Jep. Hahaha! Hujung live, Dato' nyanyikan dua lagu untuk hiburkan semua penonton. Meriahhhh stadium jadinya, dah macam konsert Mat Kilau, eh M. Nasir 😂
Alhamdulillah, rakaman berjalan dengan sangat lancar! Ciksun kagum sangat-sangat! Seronok juga tengok live depan mata, tapi tetap juga sekejap-sekejap tengok skrin besar sebab kamera zoom macam dalam TV. Haha! This Friday, diorang ada buat tour lagi dekat Pasir Gudang, tapi tiket da sold out yeee! Hahaha! Untuk Kedah pun tinggal Upper Tier je, manakala live tour dekat Terengganu masih banyak seat available. Harga tiket bermula dari RM20, boleh terus beli online aje dekat link negeri masing-masing tu.
Thank you team Sepahtu Reunion Live Tour dan ASTRO Malaysia, hiburkan kami!
Ok bye!
9 Comments
Terhibur lagi sekali baca cerita Cik Sun.
ReplyDeletepengalaman berharga!
ReplyDeleteTp kita mcm frust sket bila cameo tu kluar sbb mybe kita mengharapkan artis yg lg impak kot hahaha
ReplyDeleteMeriahnya. Sepahtu pun memang majoriti orang Johor kan, tu pasal sambutan menggalakkan. Bukan senang beraksi live macam ni.
ReplyDeletetengok kat rumah gelak sakan dengan jep hahahha
ReplyDeleteMeriah betul.. memang happening kalau tengok live berbanding TV, cuma tgk tv boleh kencing, tgk live kena tahan kencing hahahaha
ReplyDeleteSyoknya geng blogger JDT dapat tengok Sepahtu live. Jep kelako, ramai peminat. Episod kali ni memang best. Suka tengok :)
ReplyDeletecantik betul kamera hp kak sunnah, kalau saya ni dah kabur haha tengok tiket dia murah je, memang ramai lah yang dapat join tour ni kan. Happy fans Sepahtu boleh tengok live comedy show diorang
ReplyDeleteuntung la dapat tengok live
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com