Jom Makan Hujung Minggu di Weekend Flame & Grill Buffet, Amari Johor
Bahru
| Dah lama rasanya ciksun tak makan kat sini. Hujung minggu yang lepas, ciksun
datang makan kat sini dengan housemate sebab diorang ada buat Weekend Flame
& Grill Buffet. Masa tu kan baru-baru lagi lepas Hari Merdeka, signage 65
Merdeka tu ada lagi kat main dishes diorang. Meriah suasana restoran
dibuatnya.
Antara menu utama yang ada dalam Weekend Flame & Grill Buffet ni adalah
Roasted Angus Beef, Marinated Whole Baramundi, Hickory Smoked BBQ Chicken
Wings, Tiger Prawns with Cajun Spices, Spiral Sausages, Grilled Beef Patties,
Lamb Shoulders, Grilled Sting Rays dan Baked Seafood with Kam Heong Sauce.
Sedap-sedap semuanya, paling ciksun suka adalah Hickory Smoked BBQ Chicken
Wings tu!
Yang bestnya dekat sini ada Japanese section, diorang buat sushi live on the
spot. Jarang-jarang ciksun nak ambik sushi dekat buffet, tapi kat sini nampak
menyelerakan bila diorang bakar Aburi Salmon Rolls tu depan mata. Ada juga
Salmon, Maguro and Tako Sashimi, Unagi, dan Ebi Sushi. Tempura daripada
sayuran pun ada!
Selain tu, diorang ada live station Cheese Wheel Pasta jugak dekat Fusion
Pasta Station. Menariknya, diorang perkenalkan Salted Egg Yolk Sauce untuk
digandingkan dengan pilihan pasta kegemaran uols. Serius sedap, ciksun curik
rasa sikit dari pinggan kawan waktu tu. Hahaha! Oh, Tom Yam Soup with Lime Juice and Fresh Coriander signature diorang pun ada ya! Memang febret ciksun kalo makan kat sini. Pedas, masam, manis, cukup semuanya.
Ok, ok kita share sikit gambar
menu yang ada ekkk!
Apa benda pulak yang tinggi kaler hijau tu? Haa tu lah Profiteroles Durian
a.k.a Cream Puff Durian. Isi durian sebenar dia masukkan bersama cream dalam
puff tu. Puas hati sungguh makan! Peminat durian mesti suka sebab ada banyak
menu durian sebagai pencuci mulut kat sin. Ada Durian Goreng, Serawa Durian,
Durian Mousse with Gula Melaka, Durian Chendol, Durian Ice Kacang, Dodol
Durian dan banyak lagi!
Diorang hidangkan jugak Fresh Canadian Oysters, New Zealand Mussels, Half
Shell Scallops, Cherry Clams dan Red Prawns dekat Seafood on Ice counter,
wajib cuba oyster tu tau! Nah tengok kat Facebook Page Sunah Sakura untuk
lebih banyak pilihan menu yang sedap-sedap!
Weekend Flame & Grill Buffet
Amaya Food Gallery, Amari Johor Bahru
Lunch Buffet (Sabtu & Ahad) | 12 pm - 3.30 pm
RM98Nett - Dewasa
RM78Nett - Warga Emas
RM49Nett - Kekanak
Makan Malam (Jumaat & Sabtu) | 6 pm - 10.30 pm
RM128Nett - Dewasa
RM108Nett - Warga Emas
RM79Nett - Kekanak
Tawaran istimewa untuk tempahan berkumpulan:
2 pax, tempahan pax kedua dapat 20% discount
3 pax, tempahan pax ketiga dapat 30 % discount
4 pax, tempahan pax keempat dapat 40% discount
5 pax, tempahan pax kelima dapat 50 % discount
6 pax, tempahan pax keenam adalah PERCUMA
*Tertakluk kepada terma & syarat
Untuk tempahan dan pertanyaan:
Tel: +607 266 8888
Online booking:
http://bit.do/amayajb
WhatsApp:
https://tinyurl.com/Amaya-AmariJB
2 Comments
wah..merata rata tempat ada tiram fresh sekarang
ReplyDeleteKali ni makan sini sedap kannn... kemain banyak aku makan daging hahahaha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com