Staycation at Four Points by Sheraton Desaru, Weekend Dinner at The Mesh Restaurant | Ni kisah masa cuti JDT menang hari tu. Sambung lagi daripada cerita Malaysiaku Afternoon High Tea yang masih lagi berjalan sampai 30 September 2022 ni. Ciksun staycation kat sana 2 hari 1 malam, dalam pukul 3 petang, ciksun dah checked in dah dengan kawan ciksun.
Alhamdulillah, dapat bilik Deluxe Twin Room, sehari sebelum ke sana dah dapat confirmation email tentang reservation. Sama macam dulu ciksun datang, bilik Deluxe juga, cuma hari tu ciksun stay Deluxe King Room. Kali ni try bilik twin pulak. Syukur, selesa dan boleh tidur nyenyak. Walaupun kepala duk fikir pasal kerja yang bertimbun. Bawak laptop, tapi tak sempat nak bukak langsung, esoknya lepas sarapan baru bukak buat kerja.
Kenapa sampai tak sempat?
Sebab ciksun enjoy sangat weekend dinner dekat restoran diorang, The Mesh Restaurant. Macam-macam menu disediakan, paling best siap ada Tomahawk Steak! Staff diorang cakap, bukan selalu chef nak keluarkan Tomahawk Steak tu. Ikut stok yang ada kat kitchen masa guest datang makan, kalau ada, haa chef keluarkan. Kalau tak ada, diorang hidangkan Lamb Leg atau daging bakar bahagian yang lain. Alhamdulillah, rezeki ciksun dengan kawan-kawan dapat makan Tomahwak Steak super sedap dan juicy. Dihidangkan dekat dengan Nasi Briyani, Kari Ikan Tenggiri, Kuah Dhal dan Sayur Campur Goreng.
Selain dari menu ni, ada juga menu Mee Goreng, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Putih bersama lauk-pauk, aneka Mee, Sup dan Roti, juga Seafood on Ice. Meriah Seafood on Ice dia, tapi ciksun tak ambik sebab kenyang lagi. Mee Goreng dia yang paling menarik perhatian ciksun, dimasak dengan cara yang ciksun suka, kering-kering gitu. Live station untuk Pasta pun ada! Yang ni kawan ciksun cuba, dia memang suka makan pasta. Ada pulak pilihan Aglio Olio kegemaran dia, lagi la gembira hati dia.
Tak kurang meriahnya, bahagian pencuci mulut diorang. Macam-macam jenis kek ada! Rambang mata kita nak pilih, semua nampak sedap! Peminat desserts macam ciksun mesti suka! Hahaha! Harga untuk weekend dinner diorang hari tu adalah RM128nett per Dewasa, RM64nett per Kekanak dan Warga Emas. Harga ni ada hari-hari dia juga tau. Ada hari, harga dia boleh cecah RM168nett per Dewasa sebab ada hidangan special.
Haa, kena la follow update kat page Facebook Four Points by Sheraton Desaru untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa tentang dinner package diorang. Kalau nak buat booking, boleh hubungi diorang terus:
TabbleApp:
WhatsApp The Mesh:
3 Comments
Bila la kita plak nak merasa pegi desaru ni hahaha... Asyik2 dok jb haha x tau kenapa ssh beno nak jejak desaru 😂
ReplyDeleteBestnya dapat stay hotel dekat Desaru..Makanan nampak menyelerakan semuanya..anyway salam kenal CikSun
ReplyDeleteLuas biliknya. Suka stay bilik luas luas ni. Luas permandangan. ID pun cantik. Menu pun menarik. Best best.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com