Ticker

6/recent/ticker-posts

Sayyidul Istighfar, Penghulu Istighfar

Sayyidul Istighfar, Penghulu Istighfar | Tertengok live Ustazah Asma Harun pagi ni kat TikTok, ustazah tengah berkongsi kebaikan salah satu istighfar yang rupa-rupanya selama ni ciksun pernah baca pagi dan petang dalam al-Ma'thurat. Sayyidul Istighfar namanya, penghulu kepada segala istighfar.

Sayyidul Istighfar, Penghulu Istighfar

LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،

Maksudnya :

Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-MU dan aku di dalam gengganman-MU dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-MU sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-MU dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

WAKTU DIBACA:

Selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA:

Riwayat Imam al-Bukhari yang bermaksud:

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.

Jom sama-sama kita istiqamah amalkan, semoga dihilangkan segala kesulitan, dilapangkan segala kesempitan, diringankan segala bebanan dalam kehidupan. Ameen.

Rujukan: Sinar Harian

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah, elok sangat baca Sayyidul Istighfar ni

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk perkongsian ni. Membaca Istighfar yang ringkas pun dah bagus, inikan bacaan yang panjang. Sama-sama kita amalkan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi. Jom sama-sama amalkan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com