Sarapan Mee Goreng Sis Lin | Salam hujung minggu semua. Apa khabar? Apa aktiviti weekend korang? Mesti ada yang plan nak jalan-jalan dengan kawan-kawan or family, kan? Dan mesti ada jugak yang plan nak rehat aje hujung minggu ni kat rumah lepas penat bekerja sepanjang minggu.
Ciksun pulak dari hari Khamis dah bermalam dekat rumah Sis Lin. Siangnya kitorang ada event dekat Nando's The Mall, Mid Valley Southkey dan Renaissance Johor Bahru. Petang tu ciksun terus ikut Sis Lin balik rumah dia. Alang-alang hari Jumaat semalam ada plan group dinner dekat Thistle Johor Bahru, redeem voucher yang kitorang dapat masa wedding showcase hari tu.
Pagi semalam, Sis Lin dah bertukang kat dapur, nak masak Mee Goreng Mamak katanya. Dia tahu ciksun suka Mee Goreng macam mana, jadi dia buat gaya citarasa ciksun. Tapi mungkin juga dia yang mengidam makan Mee Goreng Mamak. Hahaha!
Mekasih Sis Lin, sedappp sangat! Memula risau takut tak habis sebab sis letak banyak gilerrr dalam pinggan tu. Ciksun takde la makan sebanyak tu selalunya. Tapi semalam boleh habiskan dengan jayanya sebab sedapppp! Alhamdulillah.
Moga murah rezeki sis sekeluarga menerima kami sebagai tetamu. Excited sungguh sis plan nak masak macam-macam untuk kami. Hari ni ada lagi plan menu masakan dia, kita tungguuuu dia update nanti. Ciksun risau dia tahan sampai ke dinner pulak kang 😆
8 Comments
Wahh bestnya. Tengok gambar dah tahu sedap dia. Semoga melimpah ruah rezeki sis lin melayani tetamu. Tetamu juga pembawa rezeki :)
ReplyDeleteSeronoknya ada orang masak untuk kita.
ReplyDeleteKiranya masak ikut selera Cik Sun ketika datang ziarah.
Apalah ya menu tengahari?
nampak sedapnyer mi goreng SL
ReplyDeleteErm sedapnya. Semoga murah rezeki sis lin
ReplyDeletewahh..sedap.. nanti tapaukan sikit tau
ReplyDeleteLiat platingnya langsung rinduuu sangat Ama Mee goreng mamak 😄👍. Ingat masa2 kuliah di Penang, ada mee goreng mamak langganan dekat campus. Sedaap sangat
ReplyDeleteSedapnya mee goreng
ReplyDeleteNampak sedap betul! Harap sis Lin masakkan untuk saya la Kalau datang sana nanti...Hahahaha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com