Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru | Agaknya bulan September ni bulan BBQ ek? Hampir semua hotel yang ciksun dah try makan, buat buffet bertemakan BBQ. Tak terkecuali, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. Ciksun dah try makan kat sini hari Sabtu yang sudah. First time ciksun makan kat Cafe Para Para dia, rasa best sangat suasana restoran yang lapang dan terang.

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Ape yang ada dalam Saturday Barbecue Buffet Dinner kat sini? Dah namanya BBQ kan, confirm lah ada bakar-bakar, panggang-panggang, grill-grill. Eh, mana ada kata ganda grill-grill 😂 Memandai aje ciksun ni kannn! Antara menu utama yang korang kena cuba kat sini adalah Roasted Crusty Garlic Lamb Leg, BBQ Honey Chicken Wings, Seafood Skewer, Jumbo Sausage, Beef Skewer dan Shell Out diorang!

Jangan lupa cuba Peking Duck juga kat sini, seekor itik dipanggang dan dagingnya dihirisn nipis sebelum dibalut dalam kulit popia. Ciksun suka rasanya, manis-manis daging itik ni. Cicah dengan sos yang disediakan, memang sedap! And kalau korang suka hidangan mee, kat sini ada Nyonya Laksa yee! Memeng terkenal dengan keenakkannya.

Lauk-pauk biasa pun ada macam Ayam Kalio Minang, Stir Fried Black Pepper Beef, Sotong Sumbat Perchik, Deep Fried Soft Shell Crab, Butter Prawn, Salmon Piccata dengan Creamy Caper Sauce, Oxtail Osso Buco, Vegetable Lasagna dan banyak lagi! Ciksun suka Ayam Kalio Minang, Butter Prawn dengan Oxtail Osso Buco dia, recommended ya untuk korang cuba!

Ok nah ciksun share beberapa keping gambar untuk tatapan korang ekkk!

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Makan Malam di Saturday Barbecue Buffet Dinner, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Pembuka selera pun ada - Seafood on Ice, Smoked Salmon with Lemon, assorted Tapas and Bruschetta, salad segar dengan aneka dressings. Kalau ada pembuka, mesti la ada penutup kan! Cuci mulut dengan Chocolate Fountain diorang, Ais Kacang, Apple Strudel dengan Sos Vanilla, aneka Kek dan Tarlets, Puding dan Jeli, Bubur Pulut Hitam, hirisan buah-buahan dan sebagainya.



Korang boleh tengok kat Facebook Page Blog Sunah Sakura untuk gambar-gambar yang lain ekkk! Ok, kepada yang berminat nak makan malam kat sini hujung minggu nanti, nah details!

Saturday Barbecue Buffet Dinner
Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru 
Setiap SABTU sahaja | 7 pm - 10.30 pm

Harga:
Promosi bulan September!!!
RM98+ (Dewasa), RM49+ (Kekanak 5-12 tahun)

Oktober
RM108+ (Dewasa), RM54+(Kekanak 5-12 tahun)

Untuk tempahan & pertanyaan:
📞 016-733 7363 | https://bit.ly/3s1OCZi
☎ +607-2685222 / 5255
📩 info@grandparagonhotel.com.my
📍 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

Website:

Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik ni...nampak sedap semuanya..terliur akak...eh nak pi JBnanti menginap kat sini la...leh makan buffet and breakfast jugak kat sini...

    ReplyDelete
  2. Beriah sungguh nampaknya menu yang ada. Sedap belaka BBQ buffet gini

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com