Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat | Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Zakat Emas, Kerjasama Strategik bersama syarikat barangan kemas tempatan HABIB. 

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama strategik ini adalah untuk memberi hebahan tentang kepentingan berzakat melalui pendekatan holistik dalam hebahan zakat dalam kalangan masyarakat Islam. Bagi memastikan kerjasama yang berterusan, beberapa program dan kempen akan dilaksanakan antaranya:
  1. Kempen Zakat Emas yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran menunaikan zakat emas khusus kepada para pelanggan HABIB. HABIB merupakan syarikat barangan kemas pertama yang dipilih oleh PPZ-MAIWP bagi menjayakan kempen ini. Mengangkat tema ‘Permata Firdausi’, kempen ini menawarkan pelbagai hadiah istimewa berupa baucar tunai HABIB bernilai sehingga RM10,000 dan 10 syiling wafer emas edisi terhad HABIB untuk pembayar bertuah yang menunaikan zakat emas di PPZ-MAIWP bermula 1 hingga 30 September 2022. Sepanjang kempen berlangsung PPZ-MAIWP turut mempromosikan barangan kemas jenama HABIB di kalangan pembayar PPZ-MAIWP.
  2. Beberapa siri Program Bual Bicara Santai bersama para pelanggan HABIB dan pembayar zakat PPZ-MAIWP turut diadakan bagi sesi perkongsian ilmu mengenai topik-topik yang menarik. Sebagai nilai tambah perkhidmatan, PPZ-MAIWP turut menyediakan konsultasi secara personal kepada para pelanggan HABIB dalam taksiran dan bayaran zakat, pakej wakalah, agihan zakat dan pada masa yang sama pembayar PPZ-MAIWP turut didedahkan dengan promosi semasa barangan kemas HABIB.
  3. PPZ-MAIWP turut menawarkan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) kepada pelanggan HABIB yang menunaikan zakat di PPZ-MAIWP. Sekiranya berlaku kematian kepada pembayar, waris boleh menuntut wang khairat kematian sehingga RM3,000. 
  4. Pihak PPZ-MAIWP dan HABIB akan saling berkongsi maklumat, pengetahuan dan kepakaran dalam mewujudkan serta menjalankan tanggungjawab sosial ke arah mendidik masyarakat Islam tentang kepentingan menunaikan zakat. 
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata Kempen Zakat Emas ini merupakan antara inisiatif kolaborasi smart partnership antara PPZ-MAIWP dan HABIB yang diilhamkan daripada trend peningkatan kesedaran dan kepekaan masyarakat untuk membeli, melabur dan menyimpan emas bagi mengukuhkan kewangan mereka yang kini tidak hanya terhad kepada wanita, malah golongan lelaki juga.”

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

“PPZ-MAIWP memilih HABIB sebagai rakan sinergi kerana yakin dengan jenama dan kredibilitinya sebagai salah satu syarikat barangan kemas di Malaysia. Malahan HABIB juga merupakan syarikat barangan kemas pertama menjalinkan kerjasama strategik seumpama ini bersama PPZ-MAIWP.”

“Di samping dapat meningkatkan kesedaran menunaikan zakat emas dalam kalangan masyarakat Islam, kerjasama ini juga dilihat sebagai satu titik mula kepada syarikat-syarikat pengeluar barangan kemas di luar sana untuk turut sama menyebarluaskan dakwah zakat emas dalam kalangan pelanggan dalam masa dapat meningkatkan reputasi dan imej syarikat,” katanya. 

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran HABIB, Encik Zaruddin Mahmud berkata, permintaan terhadap barangan berasaskan emas terutamanya dalam bentuk jongkong dan barangan kemas semakin meningkat. Dan ianya menjadi tanggungjawab kami untuk mewarwarkan kewajiban umat Islam untuk berzakat ke atas barangan kemas emas dan memberi ilmu pengetahuan mengenai pembayaran zakat emas serta memberi kemudahan untuk pembayaran zakat emas dilakukan.

“‘Smart partnership’ antara HABIB dan PPZ-MAIWP dilihat sebagai satu penanda aras yang baru dalam memberikan pendedahan yang lebih meluas berkenaan pembayaran zakat khususnya zakat emas kepada pelanggan HABIB. Kerjasama antara dua organisasi ini diharap dapat mengubah persepsi para pelanggan terhadap kewajiban membayar zakat emas di mana pembayaran zakat emas ini bukanlah sesuatu yang rumit malah prosesnya sangat mudah jika kita mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam,” katanya.

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Kerjasama Strategik PPZ-MAIWP Bersama HABIB Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat

Para pelanggan boleh berkunjung ke bilik pameran HABIB yang berdekatan untuk mendapatkan perkhidmatan penilaian zakat emas secara percuma. Di samping itu, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti Skim Wakalah dan konsultasi berkenaan pembayaran zakat secara personal turut disediakan. 

Majlis dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib Datin Sri Zarida Noordin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP Encik Mohammed Hassan dan Pengurus Besar Kanan Jualan & Pemasaran HABIB, Encik Zaruddin Mahmud.

"PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT"

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com