Flavours of the World Dinner Buffet di Makan Kitchen, DoubleTree by
Hilton, Johor Bahru | Kalau sebut Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Johor Bahru, ciksun memang
terus terbayang kepelbagaian pilihan menu dia. Kalau takde seasonal promo
pun, diorang ada banyak varieti makanan tempatan sebab memang siap-siap ada
Malay Kitchen, Indian Kitchen dan Chinese Kitchen. Bila diorang buat promo
Flavours of the World Dinner Buffet ni, tentu lah makin banyak pilihan
makanan yang tersedia.
Setiap hari Ahad hingga Khamis sampai bulan November 2022 nanti, diorang
buat bufet Flavours of the World ni dengan menampilkan menu-menu terkenal
dari seluruh dunia, termasuklah Beef Bulgogi, Oden, Ratatouille,
Kartoffelpuffer, dan Chicken Parmigiana. Paling ciksun suka kat sini adalah
Sup Gearbox Kambing Berempah dia! Sedappp dan beraroma, daging kambing kat
gearbox tu pun lembut ajeee.
Selain tu ada jugak Asam Pedas Ekor, Sweet Murtabak, Roti John Wagyu, Nasi
Biryani, Saaqwala Chicken, Seafood on Ice, Laksam, Laksa Penang, Nasi Itik
Bakar (macam Nasi Ayam, tapi tukar kepada Itik), Ayam Percik, Gulai Daging
dengan Rebung, aneka Mee, Satay Ayam dan Daging, Udang Telur Asin dan banyak
lagi!
Nah ciksun share gambar menu-menu yang ada ya!
Jangan lupa cuba segala pencuci mulut yang ada juga, ada Serawa Durian,
Pandan Layer Cake, Fruits Tart, Chocolate Brownies, Fruits Pudding, Kueh
Kole Kacang, Burger Malaysia, Classic Blackforest Gateau, Tarte Tartin
(Apple Pie), Cheese Cake, dan macam-macam lagi. Ciksun cuba Serawa Durian
dengan Cheese Cake dia, sedapppp gilaaa!
Berapa harga bufet ni?
Flavours of the World Dinner Buffet
Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru
1 September – 30 November 2022
Ahad - Khamis | 6.30pm – 10:00pm
RM108 nett per Dewasa | RM54 nett per Kekanak
50% off untuk Warga Emas
Dannnnn heyy, sempena Hari Malaysia yang akan tiba tak lama lagi, diorang
ada buat promo juga tau! Berbaloi-baloi kalau korang datang makan kat sini
dan gunakan diskaun yang ada!
18% off untuk 3 pax sempena Hari Malaysia, jadi RM265 untuk 3 orang!
Klik sini:
18% OFF
Beli 3 pax, percuma 1 pax! Jadi hanya RM324 nett untuk 4 orang!
Klik sini:
BELI 3 PERCUMA 1
Nak sambut birthday kat sini?
Pun bolehhh, diorang ada Makan Kitchen Birthday Package jugak!
Ahad - Khamis | RM118 nett per pax
Jumaat - Sabtu | RM168 nett per pax
𝙋𝙖𝙘𝙠𝙖𝙜𝙚𝙨
Deluxe: Min 4 pax
Premium: Min 10 pax + 10% OFF
Platinum: Min 20 pax + 15% OFF, complimentary usage of the private dining
room, and 1 KG birthday cake.
Tempah sekarang 👇
🔗 Weekdays:
bit.ly/DTJBBdayWeekdayBuffet
🔗 Weekends:
bit.ly/DTJBBdayWeekendBuffet
Belek lebih lanjut semua promo kat sini:
4 Comments
Ishhh banyaknya makanan, aku sampai dah tak boleh nengok dah daging hahahahaha
ReplyDeleteTak tahu nak pilih yang mana
ReplyDeletePaling tergoda kat seafood on ice tu.
ReplyDeleteSedapnyaaa.. Ish, lapo!!!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com