Ticker

6/recent/ticker-posts

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru | Kisah ni dah berlalu agak lama, dalam bulan lepas. Baru hari ni ciksun berkesempatan nak share pengalaman istimewa ni. Memang jarang-jarang ciksun dapat hadiri majlis perkahwinan waktu malam. Dalam dua tiga kali aje. But kali ni lebih special sebab majlisnya dibuat berkonsepkan dalam taman.

Ciksun pergi dinner pool side dengan kawan-kawan kat Thistle Johor Bahru. Masa bertolak dari rumah, hujan sangat-sangat lebat. Aduhh, ciksun dah risau dah. Macam mana agaknya majlis ni nanti? Tapi bila dah sampai JB, area sana dah berhenti hujannya. Fuhh, memang rezeki lah dapat tengok majlis Secret Garden Wedding ni, kannn!

Sebelum pengantin sampai, kitorang makan duluuuuu! Menu-menu Poolside Cocktail ni disediakan oleh team Executive Chef Afifi dekat Oasis Restaurant. Restoran ni ada akses terbuka terus ke tepi kolam renang depan hotel. Memang sesuai sangat la lokasinya. And nama je cocktail, tapi korang jangan risau. Diorang hidang jus, mocktail dengan air Barbican jeee. Cocktail tu untuk nama hidangan diorang yang berkonsepkan koktel.

Nak tengok ke menu-menu yang ciksun makan hari tu? Nahhh ciksun share beberapa keping yang sedap gilaa pada hari kejadian ek!

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Seriusss sedap sangat weiii Kambing Panggang Sebulan tu! Kitorang siap ulang makan lepas pengantin balik, hahaha! Daging kambingnya lembut dan rempah perapan tu berasa sangat! Cicah pulak dengan BBQ sauce dia, aduhhhh ngences bila teringat balik! And kalau korang nak tahu, ciksun jatuh cinta dengan Smoky Salmon Roulade with Caviar dia! Jarang ciksun ni nak suka Salmon tau! Siap suruh Ibah ambik lagi satu hahaha!

Then lepas Maghrib, kitorang standby untuk tunggu pengantin sampai. Nak tengok tak hiasan Secret Garden Wedding ni? Nah ciksun share kat bawah gambar-gambar sekitar pool hari tu.

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru

Disebabkan waktu malam dan tiba-tiba hujan lepas pengantin potong kek, sikit je gambar yang ciksun boleh ambil. Geram dengan kamera ni, jadi moody ciksun sebab dia tak nak bekerjasama! Takpe lah, yang penting ada la beberape keping untuk tatapan korang kan!

Secret Garden Wedding ni hiasan sepenuhnya oleh Whitebox Bridal. Diorang ni banyak terlibat dalam perkhidmatan profesional untuk hiasan majlis dan acara perkahwinan. Perkhidmatan diorang termasuklah hiasan pelamin, gerai foto, gerai gula-gula, perancang perkahwinan, hiasan majlis dan macam-macam lagi. And in case korang suka aksesori perkahwinan lain macam buku tetamu, pintu gerbang, laluan pejalan kaki, papan selamat datang dan reka bentuk kad perkahwinan yang menarik, diorang pun ada sediakan benda-benda ni!

Dinner Poolside Cocktail Sambil Tengok Secret Garden Wedding di Thistle Johor Bahru
Ada live band juga masa tengah dinner kat Oasis Restaurant tu

And korang tahu tak, korang boleh daftar as Thistle Hotel Bookers untuk company korang? Melalui program ni, penempah boleh kumpul mata ganjaran untuk tempahan bilik dan tempahan M.I.C.E yang dibuat di Thistle Johor Bahru. Sebagai ahli Thistle Bookers, tetamu akan menerima faedah eksklusif melalui penebusan baucar dengan mata yang telah diperolehi (Sepuluh mata untuk setiap malam bilik yang ditempah dan/atau 10 mata untuk setiap perniagaan Mesyuarat & Acara bernilai RM1,000 yang ditempah). Ganjaran yang boleh ditebus termasuk Baucar F&B Hotel, Baucar Bilik Hotel, Baucar Tunai Hotel, Baucar Jusco / Ikea / H&M atau kad hadiah.

Fuhhh berbaloi-baloi ek?

Ok lah, kalau korang nak riki-riki majlis kahwin dekat Thistle Johor Bahru ni, korang boleh terus contact pihak diorang ya! And tips dari ciksun, kalo nak buat garden wedding, jangan lupa check ramalan cuaca dan prepare backup 💕 

Email: sitihajar.mohdzahid@thistle.com.my
Phone No: 012-788 0507

Post a Comment

6 Comments

  1. perghhh.... hidangan nya... kalau jemputan kat kampung hidangan hotel thistle... masak pengantin bayar katering. tapi kat hotel orang bandar tak makan banyak dan takde budaya punggah lauk pauk...hahaha

    ReplyDelete
  2. Masa dapat jemputan dari Joshua, ingatkan coctail hi-tea tepi pool aje. Mesti meriah siap ada pengantin.

    ReplyDelete
  3. wedding cantik, makanan sedap. pergh masa muda dulu selalu berangan nak garden wedding macam ni. saya suka pergi majlis malam sebab tak panas. huhu

    ReplyDelete
  4. Terus rasa tak sabar untuk majlis perkahwinan anak aku nanti hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com