Berbaloi-baloi Makan Tengahari Bufet RM35 Citarasa Malaysia di GBW Hotel,
Johor Bahru
| Assalamualaikum dan selamat hari Isnin semua. Apa khabar JDT? Hari ni yang
kerja kerajaan kat Johor dah mula bekerja semula selepas dapat cuti peristiwa
semalam, sempena JDT menang lawan Terengganu final Piala FA Malaysia 2022 pada
hari Sabtu lepas. Tahniah JDT!
Yang kerja area Johor Bahru ni, makan tengahari kat mana hari ni? Dah ada plan
ke belum? Kalau belum, jom la ke bufet Citarasa Malaysia dekat GBW Hotel,
Johor Bahru. Diorang ada buat promo berbaloi-baloi, dengan hanya RM35 aje,
korang boleh makan macam-macam menu makanan tengahari kat De'Mezzanine
Restaurant diorang. Apa yang ada dalam buffet lunch ni? Nah ciksun share
antara gambar menu yang ada.
Uols suka Nasi Ayam tak? Kalau suka, memang sini la tempat terbaik untuk
korang makan tengahari menu Nasi Ayam. Sedap yeee ayam dia! Sempurna rasa
rempahnya, nasi pun lembut gebu. Kalau tak minat Nasi Ayam, diorang ada nasi
putih berlauk juga. Masa ciksun pergi hari tu ada Ayam Kurma, Sambal Sotong,
Kailan Ikan Masin, Udang Telur Asin, dengan Sweet Sour Fish Fillet kalo tak
silap ciksun. Lupa pulak nama menu ikan tu sebab da nampak udang sedap.
Hahaha!
Noodle station pun ada yang akan menampilkan satu hidangan mee yang
bertukar-tukar setiap hari. Waktu ciksun pergi, diorang hidang Mee Hailam.
Tapi ciksun tak sempat cuba sebab dah terlalu kenyang dengan hidangan yang
lain. Kawan ciksun try dan dia kata sedappp! Next time ciksun boleh cuba Mee
Hailam diorang pulak.
Aneka Kerabu, Salad, Rojak, Bubur Nasi dengan Sup Ayam Berempah, Pengat
Pisang, aneka Kek dan Kuih-muih, buah-buahan potong, ABC dan aiskrim pun ada.
Lengkap semuanya, tinggal uols nak pilih makan ape aje. Haa, berbaloi-baloi ke
idokkk? Memang banyak betul pilihan, dan semua pun sedap-sedap kalau kat GBW
Hotel ni. Siapa pernah berbuka puasa kat sini bulan Ramadhan, mesti dah sedia
tahu kesedapan menu kat sini kan?
Ok uols, kalau nak tengok lagi banyak gambar, boleh pergi ke Facebook Page
Blog Sunah Sakura ek. Ciksun ada share kat sana. And in case korang nak buat
tempahan lebih awal (memang sangat digalakkan sebab tempat adalah terhad),
boleh terus contact diorang ya!
Citarasa Merdeka
De'Mezzanine Restaurant, GBW Hotel Johor Bahru
12.00 tengahari - 2.30 petang
Harga:
RM35nett per Dewasa
RM25nett per Kekanak dan Warga Emas
** 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 **
Untuk tempahan, sila hubungi:
📞 https://linktr.ee/gbwhotel
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
*Tertakluk kepada terma dan syarat
3 Comments
Masuk sini mesti rasa lapar..mesti rasa terliur walau baru je lepas makan...huwaaa..nak makan sedappppp...
ReplyDeleteRM35 tu memang berbaloi untuk makan di hotel. Sedapnya mi hailam. Favourite tu
ReplyDeletetak sabo nak makan minggu depan hehehe
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com