Banyaknya Makan Kambing di Samballana Bistro, Kota Tinggi | Korang pernah dengar
atau baca tak tentang kisah viral kat TikTok, anak murid yang kahwin dengan
cikgu beza umur 25 tahun tu? Pernah? Haaa...ni lah restorang diorang! Ciksun
pergi makan petang dekat Samballana Bistro, Kota Tinggi ni dalam seminggu yang
lepas. Saja-saja jenjalan area sini, da sampai waktu perut kelaparan, kita
cari la restoran yang best kat Kota Tinggi ni. Terjumpa la pasal restoran ni
haaa.
Restoran ni dah lama buka rupanya, dah bertahun-tahun. Tapi ciksun yang
beberapa kali ke Kota Tinggi pun tak aware dengan kewujudannya. Ye lah, mostly
lalu je bandar Kota tu, tak berhenti makan pun. Ade sekali je memang duduk 3
hari 2 malam, tapi nape tah tak jumpa restoran ni. Yang benernya tak tahu nak
tanya sape, kat mana makan best kat Kota Tinggi, haha! So, lepas ni dah tahu
la kat mana nak makan or bawak kawan-kawan kalau datang area sini.
Ni la owner Samballana Bistro, Encik Akmal dan Cikgu Suhana |
Restoran Samballana Bistro ni terletak di No 31, Jalan Kolam Air, Taman
Medan Indah. Tak jauh pun dari KIPMall Kota Tinggi tu haa. Tapi diorang bukak
start dari pukul 4 petang kalau hari biasa, dan dari pukul 3 petang kalau
hujung minggu. Sampaiii ke 12 malam. Maybe sebab tu ciksun tak jumpa kalo cari
waktu tengahari. Sebab kedainya belum buka pun. Haha!
Ape menu yang ada kat Samballana Bistro ni?
Nah ciksun share beberapa keping gambar menu yang ciksun try hari tu ekkk!
Haa, nampak kan tema menu dia? Ada banyak gilerrr pilihan menu sampai rambang
mata kita dibuatnya. Menu local ade, menu barat pun ade. Menu fusion ala Korea
pun ada tau! Yang ada ikan siakap goreng disalut dengan sambal khas Samballana
tu nama dia Black Coral Set. Satu dulang tu bole makan 3 - 4 orang, paling
ciksun suka dalam tu adalah Meatball dan Kambing Bakar dia, sedap gilaaaaa 🤤
Korang kena try juga Nasi Goreng Kambing Bakar, Ramen Lamb dan Carbonara Seoul
Bites diorang..eh apesal banyak pilihan kambing, nampak sangat ciksun ni suka
makan kambing ekkk 🤣 Nak buat macam mana, susah nak buang kegemaran yang satu
ni, padahal memang dah kena kurangkan dah. Hahaha! Selain menu-menu ni,
diorang ada jugak menu Shell Out, aneka Pasta dan pilihan Nasi Goreng, juga
Kudap-kudapan.
Pssst, depan Samballana Bistro ni ade gerai Popichang jugakk, Popia Pisang
diorang sedappppp makan panas-panas! Crispy popia tu lawan dengan pisang
yang cair dalam mulut kat dalam. Lepas tu ada pulak drizzle Coklat, Biscoff,
Nutella, Nestum, Cornflakes dengan Oreo. Perghhhh! Bukak sampai 9 malam
pulak tu, so kalo malam-malam tiberr nak makan popichang, haaa boleh lahhh
datang sini.
And in case korang perlukan event space untuk celebrate birthday, buat
meeting, or majlis kecil-kecilan, diorang ada provide jugak kat tingkat atas
restoran ni. Save info ni tau, next time senang korang nak survey tempat
kalau ada nak buat majlis nanti!
Kalau korang nak tengok harga menu yang ada, boleh belek kat Facebook Page
Blog Sunah Sakura ya! Ciksun ada masukkan kat sana 💖
Samballana Bistro
📍 No 31, Jalan Kolam Air, Taman Medan Indah, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi:
✅ Isnin - Khamis
4.00 ptg - 12.00 Malam
✅ Jumaat - Ahad
3.00 ptg - 12.00 Malam
No. Tel: 012-7048504
3 Comments
terliur nengoknya cik Sun. alamak tak tau pulak diorang viral. kalau saya yang pergi tobat tak tau tu suami isteri
ReplyDeleteRamainya menu sesedap
ReplyDeletemasya Allah kambing sodappppppppp
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com