Set Hi-Tea Berbaloi-baloi RM35 je di GBW Hotel, Johor Bahru | Yeee, sangat berbaloi-baloi guys! Dengan harga serendah RM35, korang boleh makan macam-macam benda dalam set Hi-Tea kat GBW Hotel Johor Bahru sampai bulan September nanti. Harga ni untuk seorang ke? Eh, takkk! Ni RM35 untuk dua orang yeeee! Lengkap dari sandwich, kuih-muih dan kek potong, buah-buahan, juga satu bekas lasagna. Air boleh pilih nak teh atau kopi.
Ciksun da pergi cuba Hi-Tea ni dengan kak Ajan, hari Jumaat minggu lepas. Sebelum gerak ke Kajang petang tu, kitorang singgah GBW Hotel, alas perut kejap. Untuk menikmati set Hi-Tea ni, korang kena book awal tau sebab dia limited seats. Takut kalo korang walk in atau sehari sebelum baru nak book, nanti kecewa sebab slot penuh. So, better korang buat tempahan awal.
Hi-Tea ni dekat Chill Lounge dia, lobby level. Masuk pintu utama, terus ke kanan aje. Bagitau kat kaunter tu, ade buat tempahan Hi-Tea. Nanti diorang tunjuk meja korang, then tunggu je set Hi-Tea dihidangkan. Nak tengok tak macam mana rupa set Hi-Tea ni?
Nah.
Eh, kenapa ada Nasi Goreng, Spaghetti Bolognese dengan Crispy Fried Chicken Wings pulak tu? Haaaa, kalau korang nak tahu, selain dari set tetap Hi-Tea bersama Lasagna tu, korang boleh jugak add on dari ketiga-tiga menu tersebut, dengan harga dari serendah RM10 sahaja. Takut ada yang tak makan tengahari, boleh lah bayar ekstra in case tak cukup set Hi-Tea tu kannn.
Alhamdulillah semua sedap-sedap, ciksun suka fried popia, dumpling dengan fried chicken dia tu 😋 Nasi Goreng Kampung dengan Spaghetti Bolognese pun sodappp 👍🏻 Aiskrim tu pun termasukkk ye dalam set Hi-Tea ni. Tanjatt kiterrr, waiter cakap ada aiskrim, hahaha!
Psst, ni nak bagitahu. Kalau korang ada kawan-kawan or ahli keluarga yang birthday dia bulan Ogos ni, korang boleh dapat sebiji kek percuma untuk setiap 2 set Hi-Tea tau! Ni promo sempena Merdeka diorang. Haaa, ciksun dah booked dah untuk next weekend! Nak celebrate birthday kawan kitorang kat sana nanti, yeay!
Ok nah details untuk korang buat booking segera!
Hi-Tea Set @ Chill Lounge, GBW Hotel Johor Bahru
Setiap hari Isnin - Ahad
2 pm - 6 pm
1 Julai - 30 September 2022
Nak book Hi-Tea:
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
6 Comments
Ramainya juadah
ReplyDeleteberbaloy2 dengan harga yang ditawarkan
Kalau 35 ringgit untuk 2 orang.. memang sangat-sangat ok.
ReplyDeleteuish sedapnya..pastu murah pulak tu..ish nak pergi jauh pulak
ReplyDeleteBerbaloi sangat tu. Pakkal la jauh..
ReplyDeleteEh Cik Sun tahu ke maksud 'pakkal'. Dah lama dok Johor confirm tau ek?
DeleteKomen saya kejap muncul kejap hilang. Sis pening
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com