Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort |
Jumaat minggu lepas, suami ciksun turun JB sebab nak jumpa klien kat sini.
Kebetulan, dia datang hari Jumaat, sampai JB pun dah petang. Ciksun terus ajak
dia dinner dekat Pulai Springs Resort, area depan rumah ciksun aje. Dia pulak
ada meeting kat JB pukul 8.30 malam. So, ok la nak jumpa sekejap makan malam.
Alang-alang Pulai Springs Resort tengah ada promo dinner bulan ni.
Cinta Terrace Restaurant dekat Level 2 bangunan hotel dia ada buat BBQ &
Thai Food Dinner Buffet setiap hari Jumaat & Sabtu. Kitorang sampai agak
awal masa tu, jadi sempat la masuk ambil gambar-gambar makanan sekejap. Suami
ciksun lagi happy, dapat jumpa chef yang tengah setup segala menu. Chef pulak
jenis suka berkongsi, semua menu highlight dia cerita kat suami. Hahaha!
Sepanjang promo dinner buffet ni, korang boleh cuba aneka menu makanan Thai
termasuklah Khao Phad Gaeng Khew Wan, Pla Phad Cha, Poh Pia Sod, Tab Tim
Grab dan banyak lagi! Eh, apa benda tu yang ciksun sebut? Haaa, kalau nak
tahu, jemput tengok gambor-gambor kat bawah ni ekkk! Lepas tu cuba tekaaaa 😆
Haaa, boleh teka ke tuuu? Khao Phad Gaeng Khew Wan tu Nasi Goreng Kari Hijau
dengan terung Thai dan daun selasih. Sedappp sungguh nasi tu! Makan pulak
dengan Pla Phad Cha, Ikan Goreng "deep fried" yang disalut dengan kuah pekat
khas diperbuat daripada lengkuas, lada hijau, daun selasih dan juga cili.
Memang ni la lauk paling sedap malam tu! Suami ciksun pun suka!
Poh Pia Sod tu first time ciksun nampak popia yang dimakan dengan cara tu.
Fresh spring roll berinti udang, daun selasih, daun pudina dan hirisan lobak,
cicah dengan sos pedas cili limau. Fuhhh, mantopssss ya! Tab Tim Grab tu pulak
ais batu kisar dengan buah berangan dan hirisan buah nangka. Sedap sungguh
makan sejuk-sejuk! Puas hati!
Selain daripada makanan Thai, korang boleh jamu selera dengan menu BBQ juga.
Paling penting, BBQ pun ada konsep Thai bila wujudnya sos cicah ala Thai.
Sedap dan pedas, cicah segala daging bakar, kambing bakar, sosej bakar dan
drummet ayam bakar ala Thai juga. Gambar menu yang lainnya korang boleh belek
dekat Facebook Page Blog Sunah Sakura ya!
Ni menu hari Jumaat tau! Kalau korang nak tengok menu hari Sabtu, boleh belek
link bawah nun! Berminat nak makan malam kat sini hujung minggu nanti? Jemput
buat tempahan segera dengan diorang:
𝐁𝐁𝐐 & 𝐓𝐇𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐖𝐄𝐄𝐊𝐄𝐍𝐃 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑
📍 Cinta Terrace Restaurant (Level 2)
🗓️ Setiap Jumaat & Sabtu - Ogos & September 2022
🕰️ 6.30pm - 9.30pm
Harga:
RM69.90 nett (dewasa)
RM34.95 nett (kekanak 4 - 12 tahun)
UNTUK TEMPAHAN:
📲WhatsApp: 016-733 2918 / 016-733 2919
📲WhatsApp Direct Link:
https://wa.link/6yn7p5
/ https://wa.link/u7rilp
Lihat menu penuh dan buat tempahan secara online kat sini:
https://www.pulaisprings.com/deals/f-and-b-promotions/bbq-thai-food-buffet-weekend-buffet-dinner
7 Comments
Ramainya juadah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Lama juga tak pergi Pulai Springs ni.. tapi jauh pun ku sanggup, sebab makanan dia memang sedap...
ReplyDeleteSelamat berdating hehehee. Sedap-sedap semua menunya.
ReplyDeleteTerliur nengoknya Cik Sun. Nama restoran pun romantik gitu. Terbayang daging bakar ala Thai tu
ReplyDeleteMeriah! Hotel ni cantik, pernah menginap dahulu.
ReplyDeleteaduh nampak sedapnya semua tu
ReplyDeleteterliur pulak dengan Tab Tim Grab, mesti sedap makan sejuk-sejuk
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com