Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah, Ciksun Dah Selesai Viva Voce PhD 1 Ogos 2022

Alhamdulillah, Ciksun Dah Selesai Viva Voce PhD 1 Ogos 2022 | Entri pertama selepas Viva Voce PhD ciksun semalam, 1 Ogos 2022. Alhamdulillah, ciksun dah selesai viva korang!!! Yahooo, merdekaaaa! Hahaha! Walaupun sebenarnya belum merdeka sepenuhnya lagi. Tapi tetap nak share kebahagiaan kat sini atas selesainya salah satu stage paling besar dalam perjalanan PhD ciksun.

Alhamdulillah, 17 Mac 2022, ciksun hantar thesis draft kepada pejabat sekolah melalui e-mail. Lebih tiga bulan ciksun dan penyelia menunggu laporan daripada pihak pemeriksa dalam dan luar. Dalam pertengahan bulan Julai 2022, baru ada ura-ura tarikh viva. Tarikh jangkaan awal, 26 Julai 2022. Tapi akhirnya seminggu sebelum tarikh sebenar, dah dapat whatsapp dari pihak sekolah kepada penyelia, 1 Ogos 2022 adalah tarikh viva ciksun.

Allahu. 

Dari sebelum raya puasa sebenarnya, ciksun dah buat mock viva dengan penyelia ciksun. Mock viva ni kiranya rehearsal untuk tengok slide presentation viva ciksun. Dari mock viva, kita boleh tengok apa yang perlu diperbaiki dalam slide dan penyampaian. Masa first mock, ciksun hanya tunjuk susunan slide tanpa present betul-betul sebab memang belum bersedia langsung.

Then second mock viva, pertengahan bulan Julai, one to one aje dengan penyelia utama ciksun. Masa ni dah start spot soalan-soalan yang akan dikemukan oleh panel pemeriksa kalau tengok pada slide ciksun. Then beberapa hari lepas second mock viva, akhirnya dapat tarikh Viva Voce pada 1 Ogos tu. Jadi, penyelia ciksun tetapkan the last mock viva yang melibatkan pensyarah dan rakan-rakan pascasiswazah dalam research group ciksun untuk datang sekali.

Alhamdulillah, Ciksun Dah Selesai Viva Voce PhD

Masa last mock viva ni lah rehearsal yang betul-betul present dan soal jawab tentang slide juga kerja PhD ciksun. Pensyarah-pensyarah yang turut sama hadir pun mostly memang senior ciksun. Diorang banyak bagi soalan kritikal dan teknikal yang kadang-kadang kita tak terfikir pun. Kawan-kawan PhD pun banyak membantu bagi idea macam mana nak jawab soalan dari panel pemeriksa nanti.

Hasil dari the last mock viva, ciksun improve lagi slide bagi nampak lebih menarik dan menyegarkan mata memandang. Then, penyelia ciksun bantu sediakan soalah spot kat google drive, ciksun kena rangka jawapan untuk setiap soalan by general dengan by chapter dalam thesis kat situ. Tapi jawapan tu tak boleh goreng tau, memang kena betul-betul reflected dengan thesis dan kalau belek thesis, ada jawapannya kat page mana.

Alhamdulillah, Ciksun Dah Selesai Viva Voce PhD
Masa ni tengah whatsapp dengan Sis Lin kat laptop hahahah

Sampai la sehari sebelum tarikh Viva Voce, ciksun masih lagi improve slide dan isi jawapan soalan. Hari sebelum viva tu pulak adalah hari kelahiran ciksun yang ke tuttt. Hahahaha! Memang tak celebrate la jawabnya. But ciksun bersyukur sangat-sangat, ada hikmah di sebalik semua yang Allah susun. Sehari sebelum viva, ciksun dapat banyak sangat doa-doa daripada semua. Ramai yang mendoakan agar urusan viva ciksun dipermudahkan. Tak kurang juga kawan-kawan yang pergi umrah dan haji, ramai yang tunaikan kiriman doa ciksun kat Padang Arafah dan depan Ka'abah. Sampai ke hari ni, ciksun masih rasa overwhelmed dengan ucapan dan doa daripada semua.

Allahu Allah. Akan ciksun ingat semua ni hingga ke akhir hayat.

Kerana sesungguhnya ada di kalangan doa-doa kalian yang Allah makbulkan. Ditakdirkan Allah, sungguh-sungguh mudah proses Viva Voce ciksun pada hari kejadian. Last minute, bangun pagi tu tiba-tiba Allah jentik dalam hati ciksun, macam mana kalau presenter view tak boleh dimainkan masa pembentangan slide sebab external examiner akan join secara online? Pagi tu juga ciksun tahu, kalau share screen dalam online meeting guna Webex, semua yang ada pada skrin akan nampak. Sangat lah tak ok kalau examiner nampak notes kita kat tepi masa present, kan? Jadi pagi tu jugak ciksun save slide notes ke pdf, dan masukkan dalam handphone.

Sepanjang sebelum hari viva, ciksun masih rasa tenang lagi. Takde debaran apa-apa macam dulu-dulu. Tapi pagi hari kejadian, bila tengok baju kurung yang dah gosok, tiba-tiba rasa gemuruh tu datang. Masya Allah, akhirnya. Kawan-kawan semua pesan, selawat banyak-banyak dan baca ayat-ayat penting dalam al-Quran untuk permudahkan urusan hari viva. Tawakkal sebenar-benar dan sebulat-bulatnya kepada Allah setelah apa yang diusahakan. Semoga Allah lembutkan hati para pemeriksa untuk memahami penyampaian ciksun, dan sekiranya ada sebarang perkara yang akan menyukarkan, semoga dilembutkan hati mereka untuk membantu ciksun perbaiki thesis ciksun. Ameen.

Alhamdulillah, Ciksun Dah Selesai Viva Voce PhD

Alhamdulillah. Allah tetapkan panel pemeriksa dalam dan luar yang lembut tutur kata dan menenangkan. Masa bentang slide, handphone ciksun dah jadi macam tab dah. Jenuh scroll sebab dalam bentuk pdf kan, banyak kali tersasul tapi ciksun just minta maaf dan proceed aje bentang sampai habis. Eye contact kena jaga, kena tengok muka pemeriksa dalam kat depan mata, dan kena tengok juga skrin pemeriksa luar yang online dari UM. Tak dilupa, pengerusi viva dan pembantu pengerusi. Penyelia kedua ciksun takde pada hari kejadian atas urusan pendaftaran anak dia masuk U. Tapi ciksun ingat pesanan dia untuk turut sama meraikan pengerusi dan pembantu pengerusi viva sebab beliau yang akan baca decision penganugerahan gred thesis kita.

Panel pemeriksa dalam dan pengerusi sangat-sangat banyak membantu mempermudahkan semuanya. Banyak kali dalam masa dua jam peperiksaan Viva Voce tu, diorang suruh bertenang sekejap seminit dua lepas ciksun terangkan beberapa bahagian dalam slide dan thesis. Panel pemeriksa luar ciksun agak teknikal dan mathematical orangnya. Jadi beliau cadangkan penambahan complexity analysis pada results ciksun nanti. Bila beliau sebut ni, terpinga-pinga juga ciksun sebab ia sesuatu yang baru buat ciksun. Ingatkan ciksun sorang rasa macam tu, rupanya pemeriksa dalam pun terkejut juga. Tapi beliau hanya bagitahu masa kitorang makan-makan, apa pulakkk complexity analysis ni. Haha.

Sesi Q&A chapter by chapter berlalu dengan sangat-sangat mudah. Mostly soalan dan cadangan penambah-baikan daripada pihak pemeriksa adalah sangat general, chapter results tu aje yang kena tambah untuk naikkan taraf thesis ciksun selayaknya ke level PhD. Lepas sesi Q&A, ciksun diminta keluar sekejap untuk para pemeriksa ni buat keputusan berapa gred dan berapa lama ciksun punya correction.

Masa tunggu kat luar ni ciksun whatsapp suami, bagitahu dah selesai pembentangan. Tengah tunggu result dari examiner. Ciksun biasa nampak orang tengah viva lama duduk luar tunggu examiner bagi keputusan. Jadi ciksun fikir lama jugak la agaknya. Tapi Allahu, tak sampai 5 minit, diorang da panggil ciksun. Dengan jangka masa decision dibuat tu, macam boleh expect range result, tapi ciksun pasrah dan redha aje dengan segala ketentuan. Berlapang dada dengan keputusan yang bakal didengar.

Pengerusi Viva Voce bagitahu, ciksun dapat gred B2. Minor correction in 6 months.

Allahuakbar.

Alhamdulillah. Ciksun tak tahu nak react macam mana waktu pengerusi bagitahu tu semalam. Ciksun just ucap alhamdulillah dan terima kasih aje. Speechless.

Terima kasih Allah atas segala yang Kau permudahkan bagiku dalam urusan pengajianku.

Now, ciksun hanya perlu siapkan thesis yang dah dibuat correction, dan hantar semula ke fakulti dalam masa 6 bulan. Pengerusi pun dah pesan, jangan rileks sangat and jangan bertangguh. Siapkan segera kalau boleh. Insya'Allah.

Terima kasih semua atas doa-doa kalian.

Post a Comment

9 Comments

  1. Alhamdulilah, tahniah CikSun.. Moga Allah permudahkan perjalanan CikSun seterusnya.. Allah Maha Besar...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Teruskan usaha ciksun sampai dapat title Dr. tu tau. Kami akan sentiasa doakan urusan dipermudahkan dan diberi ketenangan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Kena panggil dr ss lah lepas ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah cik Sun aka Doktor! Hehe.. Syukurlah minor correction je... Dapat tarik nafas lega... Sebelum siapkan sampai 6 bulan.. Again wish, happy belated birthday to you... 💓

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..tahniah cik sun..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah & congrats Ciksun 🌹
    Happy for you alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete
  7. Yang mendengar cerita cik sun pun dia punya debo lain macam, inikan pulak yang berdepan kan.Haduii..kalau akak rasanya asyik pegi bilik air jelah kot..hahaha..Apa pun tahniah cik sun..Segala kerja kuat cik sun akhirnya berbalas...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com