Bake With Yen Memudahkan Sambutan Perayaan Kuih Bulan Tahun Ini | Sambutan perayaan tahun ini lebih manis untuk rakyat Malaysia dengan mengambil peluang untuk berkumpul dan meraikan kemeriahan bersama keluarga serta rakan-rakan selepas dua tahun pergerakan masing-masing terkawal susulan penularan pandemik COVID-19.
Perayaan Kuih Bulan adalah satu lagi keraian yang dinanti-nantikan semua - ia adalah salah satu sambutan yang meriah; keluarga yang berkumpul sambil bergelak-tawa, tanglung yang berwarna-warni dengan pelbagai corak menghiasi kawasan sekeliling dan tentunya, dengan kepelbagaian kuih bulan yang disajikan.
Peredaran masa kini membuatkan kuih bulan dievolusi daripada rasa tradisional inti biji teratai dan kacang merah, kepada seni kulinari dengan rasa kegemaran ramai disajikan bersama inti-inti yang lebih eksotik seperti keju, coklat, matcha, kopi serta pelbagai kacang dan buah-buahan kering.
Terjemahan kulinari ini mengambil masa dan percubaan untuk menjadi sempurna. Oleh demikian, Bake With Yen, rangkaian pembekal barangan membuat kek dan roti terbesar di Malaysia, memperkenalkan tawaran istimewa Perayaan Kuih Bulan pada awal tahun ini dengan pelbagai barangan dan ramuan kuih bulan bagi menggalakkan dan memberikan kegembiraan kepada semua untuk meraikan perayaan ini. Rangkaian barangan keperluan kuih bulan termasuk tepung pracampuran, inti yang sedia untuk digunakan serta pek pembungkusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BWY, Alexandre Rosso berkata, “Di Bake With Yen, kami percaya bahawa baking seharusnya mudah, pada kadar yang berpatutan dan menggembirakan. Tiga tepung pracampuran, yang merangkumi varian Tradisional, Shanghai dan Snowskin, adalah bukti kepada kepercayaan ini. Tepung pracampuran ini menyediakan solusi pantas malah enak untuk menyediakan sajian tradisi kegemaran ramai ini. Rangkaian tepung pracampuran dan inti memudahkan bagi mereka yang baru mula berjinak dalam dunia pembuatan kuih bulan serta bagi baker yang sedang mencari cara untuk menginovasikan resipi asas dan mempertingkatkan rasa sajian dengan memberikan kelainan tersendiri.
“Kami juga menawarkan keperluan-keperluan ini pada harga berpatutan. Contohnya tepung pracampuran kuih bulan dijual bermula dari RM8.20 setiap pek, sekali gus menawarkan nilai terbaik bagi mereka yang berhemat dalam perbelanjaan. Inilah Bake With Yen - matlamat kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia menghasilkan air tangan pada harga berpatutan kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan mereka tanpa berkompromi terhadap kualiti,” tambah Rosso.
Best jugak kan kalau dapat buat kuih bulan sendiri. Tapi kena beli jugak acuannya tu nanti. Bila buat sendiri, kita pun boleh pastikan bahan-bahan yang digunakan semuanya halalan toyyiban. Intinya pulak boleh lah pilih ikut citarasa kita kan?
Untuk maklumat lanjut berkenaan tepung pracampuran BWY serta promosi dan tawaran-tawaran terkini, ikuti laman Instagram dan Facebook Bake With Yen atau layari laman web www.bakewithyen.my.
1 Comments
Cuba engko try buat Sun.. mana tau menjadi...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com