Alhamdulillah, tahun ni kita dapat menyambut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban dengan lebih meriah lagi berbanding tahun-tahun yang lepas.
Walaupun dah boleh meraikannya secara besar-besaran, ciksun tak balik kampung pun tahun ni. Raya kat Skudai aje, sambut sorang-sorang dan masak simple-simple je nanti. Itu pun kalo rajin. Hahaha! Dah ada dah menu dalam kepala ni, tapi tengok la nanti cane. Sebab Selasa depan ciksun ada mock viva lagi, presentation olok-olok thesis phd ciksun. Nak raya pun fikir sepuluh juta kali. Huhu. Housemate semua da balik kampung, yang last sekali baru beberapa minit yang lepas.
Kepada semua yang pulang ke kampung, semoga selamat tiba di kampung halaman ya. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah insan tersayang.
“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilahkamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)”.
(Surah Al-Hajj: 34)
“Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas apa yang dia beritakan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepda orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-Hajj: 37)
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2022 - 10 Zulhijjah 1443H kepada semua umat Islam.
6 Comments
Salam aidiladha 1443H
ReplyDeleteMat ri raya Sis Sunah. ^^
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)
ReplyDeleteDemi PHD, berkorban ye cik sun tak balik kampung. Selamat hari raya Aidiladha ye
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Ciksun!
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan menuntut ilmunya 🤲
Salam Aidil adha sunah n keluarga :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com