Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru | Selamat hari Selasa semua! Makan tengahari kat mana hari ni? Kat rumah ke kat office? Ke makan kat luar? Keeee takde plan lagi nak makan kat mana? Okeh, kalau korang duduk JB aje, dan buntu nak lunch kat mana, boleh lah datang Thistle Johor Bahru! Diorang ada buat Retro Lunch Buffet Selera Utara sepanjang bulan Julai ni. Ciksun sendiri dah try menu-menu dia hari tu, masa rerakan blogger dari KL datang JB.

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Lunch Selera Utara ni diorang buat setiap hari Ahad hingga Jumaat, pukul 12 tengahari sampai 3 petang. Macam-macam menu dari negeri-negeri kat utara Malaysia dihidangkan sempena dengan tema ni, termasuklah Kambing Bakar Perap dengan Ayaq Asam, Ayam Goreng Berempah Vanggey, Kari Kepala Ikan dengan Bendi Pakeza, Kambing Masala Hussain, Telur Sotong Karipule, Rojak Pasembor, Ikan Goreng Hameediyah, Curry Mee Merdeka Garden, Laksa Penang, Mee Goreng Mamak super sedappp dan banyak lagi!

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Serius teramat sedap masa ciksun pergi hari tu adalah Kambing Bakar Perap cicah Ayaq Asam dia tu! Daging kambing tu dah la lembutttt sangat, kuah asam tu pun sodap nak mampuihhh uiii! Sebagai seorang yang bersuamikan orang Kedah, ciksun bagi 100 markah!!! Hahaha! Rasa nak pergi tambah nasi masa tu tapi mengenangkan banyak lagi menu lain yang ciksun nak rasa, maka ciksun beringat-ingat lah sikit. Hihi.

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Mee Goreng Mamak dia pun ya Allah, memang jenis kegemaran ciksun. Kering-kering gitu, susah nak cari kat luar. Memilih sikit ciksun bab Mee Goreng ni! Kambing Masala Hussain dengan Daging Rendang Naina pun ciksun suka! Cuma Laksa Penang je ciksun tak cuba hari tu, Sis Lin cakap sedap, maka sedap lah tuuu! Nah ciksun share gambar-gambar menu yang lain juga.

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Makan Tengahari dengan Selera Utara di Thistle Johor Bahru

Selebihnya, uols boleh belek kat Facebook page Sunah Sakura tau. Ciksun ada share kat sana. Untuk uols yang nak datang makan tengahari kat sini, memang berbaloi-baloi sangat dengan harganya ye. Book la cecepat sebelum slot penuh!

Nah details!

SELERA UTARA
Glass Restaurant, Thistle Johor Bahru

📅 Ahad - Jumaat
⏰ 12.00 pm - 3.00 pm
🍽️ RM47 nett per Dewasa
💛 RM37 nett per Warga Emas (60 tahun ke atas)
⭐ RM27 nett per Kanak-kanak (6 - 12 tahun)

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 07-267 8999

*Buat tempahan awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan

Post a Comment

3 Comments

  1. ni apa asyik share pasal makan aje ni... dah makan pun jadi lapar balik tau

    ReplyDelete
  2. kambing perap cicah air asam..pergh pergh pergh....sedap tuuuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com