Jom Makan Malam Discover Malaysia Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel!
| Dah lama kan ciksun tak update review bufet makanan hotel. Rasa macam
last review dulu bulan Mei. Lepas tu ciksun berehat sekejap merawat hati dan
perasaan. Kahhh! Yang benarnya, selain bizi melapis tempahan raya haji, ciksun
juga bizi dengan persiapan viva PhD. Semua review ciksun terpaksa tolak ke
tepi. Tu pun ingatkan da nak viva, masih belum juga sampai sekarang. But
semalam da jumpa pensyarah ciksun, ada dah ura-ura tarikh viva ciksun lagi dua
minggu, insya'Allah.
Macam bakal kembali menyepi jugak la ni nanti dari review dan update blog.
Kena fokus pada benda paling utama ni dulu. Maaf tau sebab tak balas lagi
lawatan rakan-rakan blogger ke sini. Nanti da setel semua ni, ciksun balas
dendam, ok! Tapi ada beberapa jugak lagi review hari ni yang dah terRSVP, so
hari ni last la sebelum menyepi semula sampai lah lepas viva nanti. Harap
semua faham dengan pilihan dan keputusan ciksun. Tanpa sokongan dari semua,
sukar untuk ciksun berada di sini pada hari ini. Eh, macam salah je ucapan ni.
Haha! Ok jommm lah kita share dulu pasal makan malam ciksun last weekend ni!
Hujung minggu yang lepas, ciksun berkesempatan untuk dinner dengan rakan-rakan
blogger dekat Renaissance Johor Bahru Hotel. Seronok jumpa semula dengan
rakan-rakan yang dah lama tak bersua muka. Kebetulan hari tu ada antara kami
yang berpuasa sunat, dapat la berbuka puasa bersama-sama. Meriah bebenor menu
berbuka, rasa macam bulan Ramadhan pulak. Haha! Mana tak nya, Renaissance
tengah buat promo makan malam Discover Malaysia Buffet untuk bulan Julai
hingga September ni. Tema patriotik gituuuu, ye lah hujung bulan ni Hari
Pahlawan, hujung bulan depan Hari Kemerdekaan, bulan September pulak ada Hari
Malaysia. Sesuai sangat lahhhh tema tu!
Bersempena dengan tema ni, diorang sediakan menu-menu khas kegemaran rakyat
Malaysia dari serata pelusuk negara. Sure korang akan suka dengan menu-menu
yang ada. Kenapa? Ada macam-macam menu dari pelbagai latar belakang dan etnik,
berkumpul bawah satu bumbung kat sini. Wajib cuba Nasi Briyani Maqlubah, Nasi
Briyani dengan Tandoori Kambing, Ikan Siakap Bakar dan Kambing Grill Portugis,
Asam Pedas Ikan, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Rendang Itik, Laksa
Johor; tak lupa jugak Laksa Johor Pizza! Uiiii, fusion youuuu! 😆
Nah gambar sikit bagi ngencesss.
Amacam?
Ok tak tu?
Ape?
Tak puas hati gambar sikit je?
Nah tengok kat Facebook Sunah Sakura pulak!
Haa, puas hati ke idokkk? Banyak gila kan makanan! Sedap-sedap pulak tu!
Menu-menu ni akan berubah setiap hari, diorang rotate untuk pelbagaikan supaya
korang tak boring dengan menu sama setiap hari. Eh, hari-hari ke korang datang
nanti? Kemain ye korang ni 😏
Kalo pergi weekend, boleh makan fresh giant Oyster dan Sashimi jugak! Cuma
harganya kena tambah sikit la dari harga pergi makan hari biasa. Nah ciksun
bagi details untuk korang buat tempahan nanti.
𝗗𝗜𝗦𝗖𝗢𝗩𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧 | 𝗝𝗨𝗟𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟮
🗓 Sunday to Thursday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM98 nett per adult
🏷 RM49 nett per children (6 to 12 years old)
🗓 Friday & Saturday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM138 nett per adult
🏷 RM69 nett per children (6 to 12 years old)
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
1 Comments
Tengok gambar pun terliur, apalagi kalau depan mata kannn...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com