Ticker

6/recent/ticker-posts

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022! | Macam yang ciksun dah share sebelum ni kat entri MaQan Food Fest 2022, ada banyakkk sangat vendor makanan dan minuman berkumpul kat sini bermula dari hari ni, 29 hingga 31 Julai 2022. Ciksun sendiri dah pergi pagi tadi dengan kak Ajan, lepas hantar anak-anak bulus ke projek kembiri dekat Noah's Ark. Nanti petang, dah boleh ambik bila diorang dah selesai pemandulan.

Pukul 11 pagi, ciksun dengan kak Ajan dah masukkk dalam gelanggang MaQan Food Fest 2022 tau. Hahaha! Time tu ada beberapa kedai gak yang belum setup sepenuhnya, tapi dah ramaiiiii jugak pengunjung yang datang! Buktinya bila hujan je, penuh semua duduk bawah khemah khas untuk makan. Uishh, ternyata dahsyat yeee penangan festival makan-makan macam ni. Kalau hari Jumaat pun dah sebegini, apatah lagi esok hari Sabtu dan Ahad! Jadi, plan waktu korang betul-betul untuk mengelakkan kesesakan, ok?

And jangan risau lah pasal tempat duduk, kali ni memang lebih banyak tempat duduk disediakan, masih mengekalkan ruang makan yang lama dulu depan pentas, now ditambah pulak dengan ruang makan berbumbung bawah khemah di sekitar Padang B tu. Haaa, baru lah selesa kan!

Nah, ciksun share serba sedikit vendor yang ada tadi.

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Tu serba sedikit aje tau, kalau nak tengok lebih banyakkkk lagi, boleh belek gambar-gambar dekat page Facebook Sunah Sakura ye. Ciksun dah upload kat sana tadi. Tak terambek satu-satu gerainya sebab ada hampir 150 gerai semuanya.

Dan ape pulak yang ciksun pilih untuk makan dan juga minum?

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Masa ciksun tengok nama vendor Kopi Dua Darjat dalam senarai MaQan Food Fest 2022, terus simpan hajat nak cuba kopi dia. Memang dah lama teringin, jadi tadi apa lagi, terus beli! Ciksun pilih Darjat Karamel, uihhh serius sedapp sangat! Tu la first time rasa, terus jatuh cinta tau! Kopi Rey tu kak Ajan beli, Toffe Nut Latte, memang sedap sebab da pernah rasa sebelum ni.

Andddd serius guysss, sedap gilerrr set Combo B dari booth Chops tu! Kepingan Lamb Shoulder bersama Meatball dan Mashed Potato dengan curahan sos BBQ lezatttt sekali! Pedas-pedas jugak rasa sos dia tu, tapi sedap! Kitorang sampai pergi sekali lagi ke booth tu sebab nak betulkan IG username kat banner dia, sebab nak tag kat IG, tapi akaun orang lain yang kene tag. Haha!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Banyaknya Makanan Best dan Sedap di MaQan Food Fest 2022!

Selain makanan dan minuman, ada jugak aktiviti untuk para pengunjung yang datang. Ada rumah hantu, face painting, mini zoo, dan ada jugak booth informasi macam booth kesihatan, booth Tourism Johor, dengan car dealer. Tempat untuk buat sumbangan baju terpakai pun adeee! Time ciksun pergi pagi tadi hujannn lebat sampai tengahari. So tak dapat nak amek banyak sangat gambar aktiviti yang lain, tapi korang boleh terus belek aje kat IG dan FB rasmi MaQan Food Fest 2022 tau!

Ok bestieee, apa tunggu lagi? Cepat la datang dengan kawan-kawan and family ke sini! 

📆 29 Julai - 31 Julai 2022 (Jumaat - Ahad)
📍Padang B, Angsana Johor Bahru Mall
⏰ 11.00 Pagi - 11.00 Malam (Setiap Hari) 
☎️ 013 405 2008 (Whatsapp)


#MaQanFoodFest2022 #MaQanFoodFest #MaQanxVisitJohor #AngsanaJohorBahruMall #JohorEventJuly #BestieMaQan

Post a Comment

7 Comments

  1. Tumpang jamu mata di sini ye Ciksun. Nak datang.... kaki tak sampai hahahahaa.

    ReplyDelete
  2. Malangnya masa kami sampai sini dah hujan lebat, tak sempat nak nyinggah banyak booth.Tapi Hantu Kak Limah tu buat umi terkejut tau!! Tetiba je terpandang dia dari celah langsir hitam..aduiii...seram

    ReplyDelete
  3. Meriah gilerr tahun ni, sayang pergi hari pertama hujan, nak singgah hari kedua dan seterusnya dah ada hal.. tapi happening gilerrr..

    ReplyDelete
  4. menarik sangat event maqan ni. kalau dekat kompom dah p.

    ReplyDelete
  5. rumah hantu pun ada? masuk tak? event makan-makan memang akan sentiasa ramai orang. aduh terliur la baca entry ni

    ReplyDelete
  6. Menarik!!! Saya kirim foods kat adik je.. duaa kali dia pergi sanaaa.. Ahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com