Ticker

6/recent/ticker-posts

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri | Hujung minggu lepas, ciksun teman kak Ajan dinner dekat sTREATs Cafe, hotel ibis Styles Johor Iskandar Puteri. Masa kak Ajan ajak memula tu, terpegun jugak ciksun. ibis Styles dah ada kat Johor Bahru? Wahhh! Selalu nampak kawan-kawan share duduk dekat ibis Styles tapi kat negeri lain. Ciksun sendiri pernah stay sekali je ibis Styles ni tapi kat Sandakan nunnn jauh di sana. Itu pun ex-ibis Styles, dah jadi S'kan Styles hotel.

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Benda pertama yang menarik perhatian ciksun bila masuk ruang kafe dia adalah ini. Comel dan instagrammable. Suka dengan pilihan warna alas meja dia, jarang-jarang untuk kita nampak hotel guna tema macam ni. Meja pun comel-comel, simple tapi menyedapkan mata memandang. Nak tengok makanan tak? Nah ciksun share menu-menu yang kitorang makan hari tu.

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Kata kak Ajan, hari tu makan malam kami tema dia Sicilian Night Buffet Dinner. Ada banyak pilihan menu berasaskan makanan laut. Semua sedap-sedap, paling ciksun suka, Napoli Eggplant Lasagna dia. Mata ni tak baca pun nama tu betul-betul sebelum ambik. Nampak rupa lasagna terus ambik. Bila ceduk, ehhh terung rupanya. Sedap jugak terung dibuat lasagna, jarang-jarang jumpa. Rasanya kali pertama ni ciksun makan. Chicken Parmigiana dia pun sedap juga, and Seafood on Ice dia semua segar-segar. Geram je rasa makan udang besar-besar.

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Tak banyak ambil gambar makanan, buang tebiat jugak pergi amek gambar dengan dinding "coklat" dia. Hotel ni banyak tema coklat dan koko sebab owner dia adalah pemilik Guang Chong Cocoa, syarikat pengeluar coklat di bawah jenama FAVORICH. Kalau dah nama tema koko, korang wajib rasa pencuci mulut dia yang berasaskan coklat yeee. Serius sedap gila nak mati! Psst, kalau nak tahu, koko dia jugak lah yang ciksun pernah guna untuk buat brownies ciksun dulu. Customer semua suka!

Teman Kak Ajan Dinner di sTREATs Cafe, ibis Styles Johor Iskandar Puteri

Mekasih kak Ajan!

Ok, kalau korang nak try dinner kat sini, jemput jemput lah ya!

Post a Comment

6 Comments

  1. Ehhh ehhhh.. comel lahhh! Memang menarik!!! Kena try ni...

    ReplyDelete
  2. haaa... suka warna dia, comel. Boleh buat makan banyak ni.

    ReplyDelete
  3. memang comel deco cafe dan makanan dia. bestlah tema seafood

    ReplyDelete
  4. Ooo dia pi makan-makan juga rupanya hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com