Pergi Open House Raya Pulai Springs Resort | Walaupun raya da habis, nak jugak cerita pasal raya ni. Sebab tak menyempat lagi nak cerita masa bulan Syawal hari tu. Dah masuk 2 Zulkaedah, baru la ada masa nak schedule entri ni. Haha! Tapi ciksun dengar, Sis Lin masih beraya lagi tu sampai hujung minggu ni. Seronok betullll dia yeee!
Minggu lepas, ciksun dapat undangan untuk ke Rumah Terbuka Aidilfitri Pulai Springs Resort ni. Beberapa tahun lepas, pernah juga pergi dan rasa best sangat! Jadi, setelah berapa tahun takde jamuan raya gini, memang excited sangat nak pergi. Boleh makan lauk raya lagi, dan berbaju raya kannn. Hihihi.
Ciksun pergi dengan dak Ibah. Ibah kan bekerja hari Khamis, jadi ciksun tunggu dia rehat tengahari, baru kitorang konvoi ke Pulai Springs Resort. Pergi asing-asing sebab ciksun takut nanti ciksun duduk lama kat situ. So, boleh lah Ibah balik awal untuk masuk kerja semula. Kononnya ciksun nak tunggu kak Ajan lah, temankan dia sebab nanti dia datang sorang-sorang dari Bandar Tenggara. Penghujungnya, kak Ajan tak dapat datang sebab ade hal yang tak dapat dielakkan. Tinggal la ciksun seketul-ketul kat situ. Eh, takkkk! Ade rakan blogger lain juga bersama! Yehuuu!
Masa mula-mula datang, jumpa kak Seri, duduk semeja dengan diorang. Kak Seri da kurus weiii! Inspired betul, nak kurus jugak nanti tapi lepas cuti YDPA baru ciksun start okeh! Hahaha, so no more food review for a month or two 😝
Ni lah menu-menu yang ciksun ambik. Sedap-sedap semuanya! Ciksun suka! Kat luar dewan siap ada Kambing Golek, Sup Tulang, Satay, Murtabak dan macam-macam menu lagi. Kat dalam dewan ada lauk-pauk raya, Nasi Beriani, ABC, Aiskrim, Kuih-muih dan banyak lagi!
Lepas makan-makan, tunggu cabutan bertuah, join game dari pengacara yang awesome, dan game dari Pulai Springs Resort sendiri. Seronokk sangat, kita rasa dihargai gitu. Haha.
Alhamdulillah, rezeki ciksun dan kak Eda JDT Blogger, dapat cabutan bertuah F&B voucher RM50 sorang satu. Tak sangka juga nombor ciksun bertuah, tapi mungkin sebab orang pun da sikit hujung-hujung tu. Jadi rezeki tu ada lah.
Terima kasih Charlotte dari Pulai Springs Resort atas undangan dan hadiah cabutan bertuah!
Tahun depan, buat lah lagi! Hihi.
4 Comments
Tahun ni memang takde rezeki nak beraya di sini... next year inshaallah... jom pi beraya harini...
ReplyDeletebestnya.siap dapat voucher lagi.he3
ReplyDeletenampak sedap ye makanan
ReplyDeletebestnya cik Sun. Pulai Spring resort ni ramai orang share memng cantik
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com