Ticker

6/recent/ticker-posts

Fikir 2 3 Kali Nak Travel Guna Kereta Bila Harga Minyak Dah Naik

Fikir 2 3 Kali Nak Travel Guna Kereta Bila Harga Minyak Dah Naik | Ye, sejak dua tiga bulan lepas pandemik COVID-19 ni, ciksun perasan harga minyak petrol semakin naik. Lagi-lagi lah kalau minyak RON97. Mencekik betul tengok rega dua kali ganda dari RON95. Mujur juga kita rakyat Malaysia, masih boleh guna RON95. Kalau jadi warga asing yang masuk Malaysia, diwajibkan guna RON97. Golongan T20 mesti terasa juga dengan kenaikan harga minyak RON97 ni kalau dah biasa pakai.

Fikir 2 3 Kali Nak Travel Guna Kereta Bila Harga Minyak Dah Naik

Baru-baru ni ciksun travel ke Kedah dan Pulau Pinang sempena cuti Hari Keputeraan YDPA. Berkira-kira juga nak travel naik kereta atau naik flight aje. Bila buat survey, harga tiket flight agak mahal sebab dah last minute check. Compare harga tiket dengan kos minyak, macam lebih baik naik kereta aje ke sana. Pergi balik naik kereta dalam RM300 lebih aje kata Nada sebab dia da biasa bawak kereta balik Kedah. So, kitorang pun on je la naik kereta, alang-alang memang nak jenjalan kat Kedah and Penang nanti. Senang kalau ada kereta sendiri.

Tapi kalau travel yang dekat dari JB ke KL, ciksun prefer naik bas atau flight aje sebab kos naik kereta sendiri lagi mahal berbanding naik public transport. Begitu lah bila harga minyak da naik. Kena buat belanjawan dan catit segala pengisian minyak kereta ni. Nak tau jugak berapa banyak duit habis kat minyak kereta aje. Bila dah tau berapa banyak habis, senang nak bajet untuk penggunaan masa depan. Lagi-lagi macam ciksun ni tiap hari pergi office naik kereta. Kadang-kadang pergi job blogger yang jauhnya dari rumah lebih 30km. Kena ambil kira bila buat bajet penggunaan duit untuk minyak kereta.

Itu belum masuk bab servis kereta lagi. Renew roadtax pun dalam bulan ni jugak. Aduhhh. Melayang banyak fulusss ciksun bulan ni 😂

Fikir 2 3 Kali Nak Travel Guna Kereta Bila Harga Minyak Dah Naik

Kereta ciksun tu dah 10 tahun usia dia. Dah tua kalau ikut umur kereta. Kesihatan dia pun dah tak berapa ok sangat. Bila dah gini, terfikir juga nak beli kereta baru, tak kisah lah sama ada 0% down payment or trade in aje. Tapi weii mana nak cekau duit dengan belum ada gaji tetap selayak segulung ijazah ni. Erkk. Business pun tak berapa nak masyuk sekarang ni. So, ciksun hold kan dulu lah nak beli kereta baru. Kereta idaman tu ada la jugak beberapa dalam wishlist.

Dalam keadaan kewangan yang tak berapa mengizinkan, terfikir juga lebih baik beli kereta terpakai daripada beli kereta yang 100% baru. Tapi kalau nak beli kereta terpakai, kena bijak sikit sebab dia antara dua aje. Boleh jadi pelaburan jangka panjang yang menguntungkan atau sebaliknya, beban kewangan yang mungkin boleh mengganggu aliran kewangan dan merugikan.

tips beli kereta terpakai

Ciksun ada baca juga 10 tips beli kereta terpakai mampu milik dari Carsome.my ni:
  1. Tetapkan bajet yang bersesuaian mengikut tahap kewangan dan kemampuan, pastikan harga kereta tidak melebihi gaji tahunan.
  2. Survei online kereta terpakai dan tetapkan ‘filter’ mengikut kesesuaian dan keperluan dalam lingkungan bajet, sebelum walk in ke premis kereta terpakai.
  3. Tetapkan had usia kereta terpakai supaya boleh kecikkan lagi skop pilihan kereta.
  4. Pilih kereta terpakai dengan had perbatuan yang rendah atau sederhana untuk dapatkan nilai jualan yang lebih tinggi, mana tahu nanti nak jual balik.
  5. Pastikan periksa sejarah kereta sebelum membuat keputusan untuk membeli mana-mana kereta terpakai.
  6. Cari pemilik kereta yang setia menggunakan perkhidmatan pusat servis jenama masing-masing, atau boleh juga minta rekod penyelenggaraan atau resit alat ganti daripada pemilik sebagai bukti jika pemilik berurusan di bengkel biasa.
  7. Periksa sama ada terdapat sebarang kerosakan atau kecacatan tidak kira di bahagian dalaman atau luaran kereta yang ingin dibeli, cuba minta diskaun kalau ada sebarang kerosakan.
  8. Periksa kelengkapan dan peralatan asas kereta seperti signal, wiper, lampu, soket dan sebagainya berada dalam keadaan baik.
  9. Periksa enjin untuk mengetahui kerosakan yang berlaku pada kereta - kesan minyak bocor, radiator, keadaan kabel sambungan elektrik, keadaan komponen lain dan juga minyak enjin.
  10. Minta kebenaran pihak penjual untuk pandu uji kereta yang ingin dibeli untuk memberikan anda kepuasan dan keyakinan sebelum membuat keputusan.

Korang boleh baca lebih lanjut kat web Carsome.my tu tau. Bila dah ikut semua tips ni, boleh lah buat kira-kira berapa bayaran bulanan kereta kalau sambung bayar dari pemilik asal. Tapi kalau nak beli kereta baru pun tak salah, asalkan ada bajet lebih dari keperluan. Beli kereta ni kalau usia ciksun ni dah masuk kategori keperluan, bukan lagi kehendak. Kalau boleh, nak ada kereta yang bonet dia besar untuk angkut barang, CC sederhana supaya bila bawak laju kat highway tak terbang, dan jimat minyak paling penting.

Dalam waktu COVID-19 dulu pun ciksun nampak ramai juga beli kereta baru, maybe sebab waktu tu harga kereta turun. Lepas COVID-19 ni lagi lah. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pun ada buat statement, industri dijangka terus melonjak dalam tempoh lima tahun akan datang, disokong pemulihan berterusan ekonomi di seluruh dunia pasca COVID-19.

Fikir 2 3 Kali Nak Travel Guna Kereta Bila Harga Minyak Dah Naik

Jumlah keseluruhan industri (TIV) dijangka melonjak kepada 600,000 unit tahun ni, sebelum diunjurkan berkembang 7.5 peratus kepada 645,000 unit pada 2023. Bagi tempoh 2024 hingga 2026, TIV dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan dengan purata 2.0 hingga 2.2 peratus masing-masing kepada 657,900 unit (2024), 671,700 unit (2025) dan 686,500 unit (2026).

Tahun 2021 yang lepas, pengeluaran automatif sedikir menurun asbab cabaran gangguan berkaitan pandemik dan isu rantaian bekalan seperti gelombang baharu COVID-19, kekurangan cip semikonduktor, kenaikan kos pengangkutan dan ketidaktentuan politik tempatan yang menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Apapun, ciksun harap ekonomi negara akan kembali pulih dengan segera. Sebab tu buat masa ni ciksun pilih untuk travel dalam negara aje dulu. Sama-sama bantu pulihkan ekonomi sambil support perniagaan tempatan. Next, nak travel ke mana pulak ya?


P/S: Kalau korang suka main game kereta, boleh main kat sini. EH, sempatttt!

Post a Comment

5 Comments

  1. Apa2 barang pun semuanya naik harga sekarang

    ReplyDelete
  2. barang naik..duit kita dalam poket turun..hihi

    ReplyDelete
  3. sebab ni lah saya bersyukur bos saya benarkan kami kerja dari rumah. jimat kos minyak kereta. tapi dalam pada minyak mahal tu, jem jugak jalan

    ReplyDelete
  4. Kalau nak tukar atau beli kereta, bolehlah contact anak Sis (Proton) atau menantu Sis yaa (Mitshibishi).. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Yaaa ek.. Minyak naik dan semakin naikk.. Lol... Semoga cik Sun dilimpahkan rezeki agar dapat beli kereta idaman mu... Ya
    kereta satu keperluan.. aku pun kalau leh nak beli yang terpakai.. tapi dalam masa 10 tahun guna,. macam macam jugak kerenahnya... huhu.. Tapi masih leh guna.. kena pakai jimat jimat dan berhati hati gak..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com