Beli Hadiah Perfume Online di iHadiah, Mudah dan Pantas! | Beberapa hari lepas, ade parcel dari J&T sampai ke rumah ciksun. Tengok nama penerima, nama ciksun. Eh, apa pulak ni ek? Rasa macam ciksun takde order ape-ape dekat Shopee. Kalau tengok consignment note dia pun, takde pulak tanda-tanda beli dari Shopee. Maksudnya ada individu yang poskan sendiri. Apa lagi, ciksun pun bukak la tengok ape isinya.
Ohhh, ada kotak cantik kat dalam.
Bukak lagi, ada satu pouch kaler hitam.
Bukak pouch, ohhh minyak wangi!
Macam ni rupa botol dia. 55 ml.
Sembur sikittt, wangiii!
Suka betul ciksun dengan bau dia, soft dan sweet gitu! Ciksun pun tanya kawan-kawan yang rapat dengan ciksun, siapa yang hantar ni??? Buat surprise pulak ye! Ohhh, si Farahain yang hadiahkan. Best juga hadiah macam ni, ciksun tanya lah dia beli kat mana. Rupa-rupanya ada website best untuk beli hadiah perfume online. iHadiah.com namanya.
Disebabkan berapa hari lagi birthday adik ciksun yang duduk Shah Alam nun, ciksun pun belek la website tu. Niat di hati nak hadiahkan dia minyak wangi as birthday gift. Dia pun macam ciksun, suka bau yang sweet sweet. Tak terlalu kuat, cukup sekadar tuan badan yang bau. Ye lah, kalau kuat sangat nanti jatuh haram pula bila pakai kat luar, lelaki ajnabi selain suami terhidu baunya. Macam SITI ni, just nice untuk hidung ciksun dan hidung suami ciksun aje😆
Cara nak order dekat website iHadiah tu pun senang sangat. Ciksun suka website dia yang simple dan direct to the point. Kita boleh terus tengok pilihan minyak wangi yang ada dekat katalog tab atas website tu. Ada beberapa option untuk citarasa bau yang berbeza. Ada jugak pilihan sama ada nak minyak wangi perempuan, lelaki, atau untuk couple.
Minyak wanginya tahan lama, seharian pakai pun masih melekat baunya. Memang suka la housemates ciksun. Diorang selalu masuk bilik ciksun nak ngecek minyak wangi. Ye, kat rumah ni ciksun la paling banyak koleksi perfume. Hahaha! Banyak yang orang bagi hadiah, ada yang ciksun beli sendiri. Kongsi-kongsi la pakai dengan housemates.
Ni kalau buat hadiah anniversary pun best sangat-sangat! Harga untuk sebotol hanya RM60 sahaja. Tambah postage guna J&T, RM9 ke alamat adik ciksun kat Shah Alam. Caj transaksi RM1, jadi jumlah akhir adalah RM70. Ok, ciksun tunjuk cara-cara nak beli perfume kat iHadiah ni ek.
Memula pilih minyak wangi yang korang nak, then Add to Cart. Ikut lah nak beli banyak mana pun, bila dah selesai memilih, boleh klik Cart dan Checkout. Isi segala maklumat penghantaran dekat checkout page, nanti dia bagi terus shipping fee and courier. But for this time ciksun rasa memang diorang guna J&T aje. Tak try lak pos ke Sabah & Sarawak, kot postage dia jadi lain. Kalau korang dah cuba, bagitahu ek! Klik Place Order Now, nanti keluar payments gateway page. Korang boleh pilih sama ada nak bayar guna online banking atau credit/debit card. Banyak pilihan pembayaran, best! Dah siap bayar, haaa tunggu lah minyak wangi sampai! Ciksun punya hari tu, kawan ciksun order hari ni, esoknya dah sampai kat ciksun. Pantas betul!
Senang kannn? Dah lah mudah, cepat pulak tu hadiahnya sampai. Kalau korang takde idea nak beli hadiah apa untuk kawan-kawan atau family, memang ciksun rekemen sangat-sangat beli hadiah minyak wangi kat iHadiah ni.
Jemput membelek:
Website:
Facebook:
Instagram:
6 Comments
bagus ni... next time bole try beli juga or kasi hadiah kan :)
ReplyDeletesaya suka gak perfume..tp yg mur mur la... takde la rahsia viktoria ke... diyor ke...
ReplyDeleteGreetings from Turkiye:)
ReplyDeleteWahhh.. terbaik... Banyak pilihan.. Yang pentinggg, brg sampai dengan selamat lepas buat order... huhu
ReplyDeletelama dah tak membeli minyak wangi.. sbb dulu rajin membeli yg miniature skrg gigih nak menghabiskan
ReplyDeleteBau dia serious best kak. Hari hari pula pakai hehehe
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com