Ticker

6/recent/ticker-posts

7 Tempat Menarik Sekitar Alor Setar, Kedah

7 Tempat Menarik Sekitar Alor Setar, Kedah | Alahai, dah macam entri tourist ni padahal Kedah tu kampung halaman suami je. Haha. Takpe lah, sesekali kan ada peluang explore Alor Setar, gambar pun dah banyak, komen entri lepas pun dah bukan-bukan dah tu, nak stop pun alang-alang. Enjoy je lah ye! 😜

Kalo beberapa entri lepas ciksun share secara detail tiga tempat menarik tu, kali ni ciksun nak share secara ringkas aje. Ada tempat-tempat ni mungkin dah familiar atau dah selalu sangat orang pergi kalau ke Alor Setar. Ada yang mungkin tak pernah tahu kewujudannya macam ciksun dan housemates ciksun lah. So, kalo korang bukan orang Alor Setar, tiba-tiba plan last minute nak jalan-jalan kat sana, boleh buat entri ni as rujukan tempat menarik di Alor Setar yang boleh pergi dalam sehari.




4. Kompleks Pekan Rabu, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar 

Bangunan yang dibuka semula pada tahun 2018 ni adalah bangunan baru Pekan Rabu daripada lokasi sementaranya di Ukir Mall, Alor Setar selama tiga tahun. Ciksun pernah pergi ketiga-tiga tempat, yang asal, yang sementara dan yang baru dibuka semula di tempat asal.

Pekan Rabu mula dibuka di Tanjung Chali pada tahun 1930 dan diasaskan oleh seorang Putera Diraja Kedah, Tunku Yaakob Abdul Hamid. Pada tahun 1932, Pekan Rabu berpindah ke lokasi baharu di Jalan Tunku Ibrahim. Antara peniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kompleks Pekan Rabu, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar

Bangunan baharu yang dikenali Kompleks Pekan Rabu yang berharga RM55.5 juta dibina di tapak lama di Jalan Tunku Tunku Ibrahim pada tahun 2014 dan dibuka semula pada tahun 2018. Antara produk yang dijual adalah makanan, kuih, pakaian dan kraftangan serta barangan industri kecil dan tradisional. Kitorang spend masa agak lama jugak kat sini, beli segala makanan yang tak akan jumpa tempat lain dan juga tudung. Dak Nada siap beli baju kurung baru nak pakai gi kenduri esoknya. Haha!

Baca selanjutnya tentang Pekan Rabu kat SINI.

Buka Setiap Hari | 8 pagi - 9 malam
*tertakluk dengan waktu kedai masing-masing

5. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir, Jalan Seberang Perak, Alor Setar

Beria kitorang ke sini, tak check waktu buka. Pergi hari Jumaat, mostly tempat-tempat gini tutup sebab Kedah cuti hari Jumaat. Jadi dapat bergambar dengan bangunan depan kompleks dia aje.

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir, Jalan Seberang Perak, Alor Setar

Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ni dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa tu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ni tak dicat dan ade satu bilik aje mempunyai serambi tapi tak bertangga kat depan.

Rumah ni menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. Kat sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ni untuk menziarahi ibu bapa beliau. Nak tengok gambar rumah ni boleh rujuk SINI.

Buka Sabtu - Khamis | 10.00 pagi - 5.00 petang
Isnin & Jumaat TUTUP

6. Rumah Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar

Rumah kepunyaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Turut dikenali dengan nama Memorial Tunku Abdul Rahman, bangunan ini menyimpan pelbagai barangan dan koleksi peribadi Almarhum Tunku dan dipelihara oleh Arkib Negara sebagai bangunan bersejarah.

Rumah Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar

Dari segi lokasi, ianya terletak di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah iaitu berdekatan dengan Royale Hotel dan Stesen Minyak Mobil. Manakala kat belakang rumah ni pulak terdapat sebatang sungai iaitu Sungai anak Bukit yang mengalir ke Sungai Kedah.

Rumah ni dinamakan Rumah Merdeka sebab kat sini jugak lah urusan untuk mendapatkan kemerdekaan dilakukan oleh Tunku bersama rakan-rakannya. Waktu kitorang pergi tu hari Jumaat, jadi tempat ni tak buka. Kalau nak tengok bahagian dalam rumah, boleh jenguk kat SINI.

Buka Sabtu - Khamis | 10.00 pagi - 5.00 petang
Isnin & Jumaat TUTUP

7. Muzium Kota Kuala Kedah, Kuala Kedah

Kitorang pergi sini sebelah petang untuk chill out aje. Tak masuk muzium pun sebab muziumnya da tutup waktu tu. Lepak alas perut sambil tengok pemandangan bot laju lalu Sungai Kedah. Memang ramai yang datang lepak kat sini petang-petang, berpiknik dan ber-OOTD. Ada jugak pasangan pengantin buat shooting outdoor kat sini.

Muzium Kota Kuala Kedah, Kuala Kedah

Terletak di tapak Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang di tebing utara muara sungai Kedah, 11 km dari bandar Alor Setar. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Mula dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa dan siap pembinaannya dalam tahun 1780. Baca selanjutnya sejarah Kota Kuala Kedah hingga diwartakan sebagai muzium kat SINI. Lebih banyak perkongsian dalam muzium dekat SINI.

Buka Setiap Hari | 9 pagi - 6 petang (muzium)
TUTUP pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Ok dah, ringkas pun tak ringkas sangat lah. Hahaha! Sape tuuuu rajin baca sampai habis 😂

Kesemua tempat ni ciksun pergi dalam masa sehari aje. So, kalau uols takde idea nak ke mana bila sampai Alor Setar, boleh lah try pergi tempat-tempat ni. Just make sure pergi hari dia buka lah, jangan pergi hari tutup. Nanti kuciwaaaa. Haha.

Jemput singgah tempat-tempat ni kalau korang ke Alor Setar nanti!

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah ok klu ada rezeki jln2 smp alor setar, bole msk list tmpt2 kt atas ni heheh

    ReplyDelete
  2. Pernah ke kedah tapi tak banyak tempat dapat lawat, sempat ke muzium beras... pastu ke rumah tun tapi dah tutup.... entah bila nak repeat jalan2 ke kedah

    ReplyDelete
  3. In sya Allah boleh disinggah ni bila ke sana.

    ReplyDelete
  4. Ingatkan masuk Vocab Kedah tadi hahahahaha

    ReplyDelete
  5. saya lah tu baca sampai habis. semua tempat ni tak sampai lagi. kena pergi ni, mana tahu boleh lajak ke Langkawi eh

    ReplyDelete
  6. Bila tah nak sampainyaa.. Johor ni pun tak habis pusinggg lagiii. Kahhh... Ok tq info.. Aku baca selang selang... Mmg kuciwa kalau datang time totopp....

    ReplyDelete
  7. dulu-dulu pernah jelajah Kedah...keluarga sebelah bini pun ada tinggal sinun

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com