Makan Tengahari di Restoran Juliana Bee, Kota Tinggi | Ni pun kisah JJCM dekat Kota Tinggi hari tu. Hari kedua dekat sana, Nada sampai dari Skudai. Pagi-pagi, Ayen dah keluar pergi ke Kg. Sungai Telor untuk program MOSTI dia. Tinggal lah ciksun dengan Ibah dekat hotel. Nada sampai dalam pukul 10 lebih. Elok sangat lah, time kedai-kedai kat Kota tu dah bukak.
Nada sampai aje, kitorang terus keluar cari brunch. Ibah suggest satu restoran ni, sepupu dia rekemen sebab Nasi Ayam Penyet dia sedap. Restoran Juliana Bee namanya. Terletak di Jalan Mawai, Kota Tinggi, siang-siang pun ada masakan panas. Disebabkan ciksun dah breakfast sebelum keluar and masih awal sangat nak lunch, ciksun order Mee Goreng Mamak aje.
Nah rupa Mee Goreng Mamak ciksun. Nampak sedap kannn, jenis yang ciksun suka kering macam ni dan mee nya tak kembang. Sua segarfu masuk mulut. Mak oiii pedassssss! Fuhh, memang takleh telan 😂 Ciksun terpaksa order lagi sekali, Mee Goreng Mamak tak nak pedas. Aduhh macam kanak-kanak, hahaha! Dan akhirnya dapat la Mee Goreng Mamak kurang pedas macam kat bawah.
Siap ada sotong sikit dalam tu, maybe buat ganti cili padi hahaha. Sedappp! Ibah dengan Nada pulak order Nasi Ayam Penyet. Sedap ayam gorengnya dan sambal, memang recommended. Harga satu set Nasi Ayam Penyet kat sini adalah RM11.00, manakala untuk Mee Goreng Mamak tadi RM8 sepinggan. Betulkan saya kalau tersilap. Tapi kalo betul tu harganya, agak mahal juga, tapi sedap lah.
Untuk uols yang tak tahu nak makan tengahari apa kat Kota Tinggi, Johor, boleh lah datang ke Restoran Juliana Bee ni. Jangan lupa cuba menu Nasi Ayam Penyet dan Mee Goreng Mamak dia tau! Dan banyak lagi menu-menu goreng atau masakan panas lain yang uols boleh cuba!
Ok bye!
Restoran Juliana Bee
Batu 1 Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi
Waktu perniagaan:
Setiap hari
11 pagi - 10 malam
Jumaat buka awal, dari pukul 9 pagi
No. Telefon:
019-705 0322
Facebook:
7 Comments
Boleh tahan jugak harganya utk lokasi yang menjadi tarikan pelencong2 macam CIk Sun. Kalau pelancong macam Ady, lagi mahal tu, sebab Ady kan Mat Saleh, hahaha.
ReplyDeletebaru weekend lepas wak santap nasi ayam penyet kat LC Catering JB.. tapi xde ulam raja., huhuhu
ReplyDeleteps. reply comment kamu dlm blog wak psl jauh beli meja ikea tebrau sbb wak PJJ kann., anak nk start keje kat KL.
dengan keadaan sekarang nih , bekalan ayam yang kejap ada kejap takda.. pening juga ya. harga boleh tahan juga, padan dengan cara dia present makanan tuh.
ReplyDeletepedas sangat boleh potong rasa sedap tu kan. lama tak makan mi goreng mamak
ReplyDeleteAlahai..nampak rupa paras dah lawa dan menyelerakan tu..tapi pedas ye....habis tu yang pedas tu kena bayar jugak ke..sebab dah buat yang baru kan
ReplyDeleteaha bayar jugak kak sebab kami bawak balik..dak Ibah tahan pedas..dia buat makan petang..
Deleteboleh singgah ni
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com