Hard Rock Cafe Puteri Harbour Lancarkan Satay Burger dan Spicy Sambal
Burger | Siapa ada nampak ciksun share burger dekat socmed pada Hari Burger Sedunia,
28 Mei 2022 yang lepas? Haa, kalo tak sempat tengok, ni la ciksun nak
kongsikan kat blog pulak.
Serius, ciksun baru tahu tanggal 28 Mei setiap tahun adalah World Burger Day.
Walaupun ciksun suka makan burger, tapi tak tahu la pulak ada hari khas untuk
burger. Haha! Rupa-rupanya kat Amerika Syarikat, diorang sambut National
Hamburger Day pada 28 Mei. Mungkin dari sini la jadi World Burger Day tu.
Sempena World Burgey Day hari tu, Hard Rock Cafe Puteri Harbour tak
ketinggalan meraikannya dengan memperkenalkan dua Local Legendary Burgers,
iaitu Satay Burger dan Spicy Sambal Burger. Menu Satay Burger dan Spicy
Sambal Burger dia paduuuu gilerrr! Korang boleh try ikut level kepedasan
korang untuk Spicy Sambal Burger tu, dari Extra Spicy, Super Spicy ke Hottest
Burger in Town!
Ciksun dah cuba Satay Burger dan Spicy Sambal Burger tu, tapi ciksun order
Satay Burger lah. Kak Ajan yang order Spicy Sambal - Hottest Burger in Town.
Perghhhh memang pedas gilerrrr sambal dalam burger tu! Siapa yang suka gilaaa
hantu pedas, boleh lah try. Satay Burger dia pun sedap dan ada kuah kacang
pada atas lapisan patty burger tu.
Kedua-dua burger baru ni ada pilihan ayam atau daging pada harga RM70.00 per
set. Kitorang pilih dedua daging sebab memang dedua suka makan burger daging.
Kalau dia ada kambing, confirm kitorang pilih kambing 🤣 Seriously sedap
sangat beef patty dia! Ciksun makan sekelip mata aje da habis, meja sebelah
ciksun baru makan separuh padahal diorang punya da sampai dulu hahahahaha!
Selain daripada dua burger ni, diorang ada launched jugak beberapa menu baru
yang lain, uols boleh terus tengok dekat page Sunah Sakura. Ciksun ada share
gambar-gambar menu dekat sana.
Ok, jemput tau!
⏰: 12pm-12am daily
📞: +607-276 9999
🎸: Live band - Tues to Sun, 8pm to 12am
📍: Lot 2-B2, Residensi & Hotel Marina, Persiaran Tanjung, Pengkalan
Puteri, Iskandar Puteri
🚗: Parking spaces - Pinetree Marina Resort
3 Comments
Cantik presentation. Kemas. Tapi harga mampu tengok ni. Kena tunggu kaya dulu baru boleh beli. 😂
ReplyDeleteComelnya burger... Ciksun pun comel sama!
ReplyDeleteKita pun suka burger tau.
Owhh ada hari burger sedunia ek
ReplyDeleteTapi wak tak makan burger
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com