Ticker

6/recent/ticker-posts

Tahun Ni Tema Tabung Digital, Duit Raya Guna Duit Syiling

Tahun Ni Tema Tabung Digital, Duit Raya Guna Duit Syiling | Salam 27 Ramadan 1443H. Apa khabar ibadah bulan puasa setakat hari ni? Lagi berapa hari aje nak raya, macam mana pulak persiapan menyambut Syawal? Da banyak tukar duit raya ke? Atau ada yang tak sempat nak tukar pun?

Takpe guys, uols boleh pakai duit syiling aje gantikan duit kertas untuk raya tahun ni. Hahaha! Teringat dulu masa kecik-kecik, pernah jugak dapat duit raya berbentuk syiling. Kalo sekampung bagi syiling, memang berat laa poket dibuatnya. Tapi tahun tu aje kot, lepas tu da guna duit kertas balik.

Balik Kedah hari tu, suami buat kejutan untuk anak-anak buah sekalian. Setiap seorang dapat hadiah sebiji tabung digital. Then, bila masing-masing dah tampal sticker dekat tabung tu dan da pasang bateri, baru suami bagi duit raya berbentuk syiling. Syok la memasing masukkan duit syiling dalam tabung tu.

Tahun Ni Tema Tabung Digital, Duit Raya Guna Duit Syiling

Setiap kali satu keping syiling masuk, tabung tu automatik kira berapa sen yang masuk. Tapi tak berapa tepat sangat lah, kadang dia tertambah sendiri nilai bila kita try masukkan duit, tertekan sensor dia, tapi duit tak masuk lagi. Tapi takpe lah,buat main budak-budak aje pun. Haha.

Bila ada tabung digital gini, semangat la memasing nak isi tabung tu dengan duit syiling. Segala yang dijumpai kat atas lantai, diorang masukkan dalam tabung tu. Dalam kereta mak pak masing-masing pun gigih diorang gali sebab nak bagi cepat naik jumlah kat skrin LCD tabung tu. Hahaha!

Alhamdulillah, semua happy.

Uols dah ready ke tu nak bagi duit raya?

Post a Comment

5 Comments

  1. fun fun kan... bdk2 seronok laa.. konpom x sabar nk kutip duit raya nya tu kan :D

    ReplyDelete
  2. kite ready nak dapat duit raya .. tapii tu laaaa.. huhuhuhuhu ..

    ReplyDelete
  3. Aku yang tua ni pun ada ko hahaha tapi lama tak isi tabungnya.. jap lupa letak mana hahahaha

    ReplyDelete
  4. Menarik jugak idea ni. Tak sempat tukar duit raya tahun ni. Bagi mana yang ada je lah nanti :)

    ReplyDelete
  5. dah standby dah. bagi ikut kemampuan. syiling banyak gak ni. buat back up kalau duit yang ditukar dah habis

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com