Staycation 2H1M, Berbuka Puasa dan Sahur di Amansari Residence Resort Seri
Alam |
Assalamualaikum, salam 10 Ramadan 1443H. Hari ni berbuka puasa dekat mana? Ke
buka puasa dekat rumah aje? Masak sendiri menu kegemaran atau beli makanan di
bazar? Bagi yang masih belum ada idea nak berbuka puasa dekat mana, boleh lah
datang ke Amansari Residence Resort Seri Alam.
Ciksun staycation kat sini hujung minggu lepas. Ambil pakej stay 2H1M, berbuka
puasa dengan Citarasa Ramadan Buffet dan sahur di Courtyard Cafe. Dari rumah
ciksun nak ke sana petang Jumaat tu agak jammed juga. Naik highway Pasir
Gudang, ambil masa sejam perjalanan. Sampai sana, terus check in, dapat bilik
macam kat bawah.
View cantik sebab dari beranda nampak kolam hiasan kat bawah. Tapi menghadap
residence apartment kat sebelah lah. It's ok aje sebab nak stay sekejap aje.
Takde nak duduk lama kat beranda. Ciksun suka sebab bilik dia lengkap dengan
segala amenities termasuklah iron dan iron board. Memang penting sungguh dua
benda ni. Paling tak suka kalo nak kena call housekeeping hantar iron ke bilik
😫
Sementara waktu berbuka puasa, kitorang stay kat bilik dulu. Rehat sambil
setelkan kerja-kerja tertunggak. Wifi dia lajuuu berdesup dan always connected
walaupun ciksun turun ke lobi. Masih connected jugak, best best! Sempat la
ciksun update tentang buffet Ramadhan 2022 dekat IG, FB dan TikTok ciksun. Ni
pun ada beberapa lagi yang nak kena update dekat blog. Kat socmed
alhamdulillah dah selesai semuanya. Tinggal masukkan link blog je nanti.
Pukul 6 petang, ciksun turun bawah untuk berbuka puasa. Masa sampai tu, nampak
dalam lima meja bulat yang berpenghuni kanak-kanak kecil dan remaja. Oh, ada
anak-anak yatim rupanya yang berbuka kat sini hari ni. Alhamdulillah, hari tu
ciksun berbuka puasa dengan diorang. Sebelum waktu berbuka tu diorang ada
aktiviti juga sikit dengan busker yang buat performance kat sini.
Nak tengok tak menu-menu berbuka puasa? Nah ciksun share beberapa keping
gambar ya.
Masya Allah, sedap-sedap sangat menu bebuka Citarasa Ramadan Buffet yang
disediakan oleh Chef Aris and team ni. Wajib cuba Sup Gearbox Signature Chef
Aris, aneka Gulai Kawah, Rendang Ayam (sedapppp sangat!!), Lauk-Pauk masakan
kegemaran tempatan: Ayam Butter, Sotong Paprik, Udang Nestum fresh, Ikan
Siakap 3 Rasa, Pajeri Terung, bahkan Sayur Campur Goreng dia pun sedappp,
macam mana ni 😂
Selain tu, dekat luar ballroom jugak ada Kambing Bakar, Ikan Bakar dan Satay.
Jangan terlepas pandang pulak macam kak Ajan hari tu. Terkejut dia tengok
Farahain bawak satay dengan hirisan kambing bakar sebab dia tak jenjalan
keluar dewan pun. Haha! Durian Goreng, Kuetiau Goreng, Pasta live cooking
stall pun ada ya!
Lepas berbuka puasa, naik ke bilik untuk laksanakan kewajipan memasing. Sempat
pulak kitorang buat sesi betulkan coding blog Farahain sebelum tidur malam tu.
Ciksun tak bawak laptop pun, tapi kak Ajan dengan Farahain bawak. Memang
ciksun dah cakap kat kak Ajan awal-awal, dia kena update blog malam ni, ciksun
akan duduk tepi tengok sampai siap. Tapi tak sure la siap ke tak hari tu,
ciksun dah masuk dalam selimut awal dari dia pulak. Hahaha!
Esok paginya dalam pukul 4.30 kitorang bangun dan turun ke Courtyard Cafe
untuk bersahur. Menu-menu main course untuk sahur hari tu adalah beberapa lauk
yang sama dengan menu berbuka semalam, then ada pilihan roti, pastri,
buah-buahan potong, bijirin dan kurma. Air ada jus, minuman panas dan filtered
water. Alhamdulillah, tu sahur makanan berat pertama ciksun sepanjang berpuasa
bulan ni.
Ciksun takde ambik gambar sangat, ambik gambar gitu aje sebab baru bangun tido
energy takde kot. Hahaha!
Kalau nak tengok gambar-gambar menu yang lain, boleh terus ke Facebook page
Sunah Sakura. Serius banyak gambar kat sana tau!
Nah details bufet untuk uols yang nak berbuka puasa dekat sini.
Citarasa Ramadan Buffet @ Amansari Residence Resort Seri Alam
6 April - 1 May 2022 | 6:30pm - 10:00pm
RM128 nett per Dewasa
RM64 nett per Kanak² (6 - 12 tahun)
Pakej Penginapan:
RM240 untuk bilik Deluxe (2H1M)
termasuk Citarasa Ramadan Buffet + Sahur untuk seorang
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
Whatsapp - https://wa.me/60127647488
Call - +607-3817070
6 Comments
Best sahur kat hotel, celik mata tinggal makan. Yg tak best nak kena bersiap comel2.
ReplyDeleteSyoknya berbuka bersahur di hotel.
ReplyDeletetengok tulang gearbox tu uiih..rasa nak repeat buka puasa kat sana lagi
ReplyDeleteAku memang suka betul sup gearbox dia laa, sedap dan puas makan beso lutut lembu tu hahahaha
ReplyDeleteburger malaysia tu nampak 'fresh' nya hahaha
ReplyDeleteBila la nak layan sahur dan berbuka kat hotel ni....
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com