Meriahnya Menu Berbuka Puasa Bazar Makan-Makan di Opero Hotel Southkey | Alhamdulillah, ni menu berbuka ciksun pada 3 Ramadan yang lepas. Pertama kali
ciksun masuk Opero Hotel kat Southkey, Johor Bahru yang baru sahaja dibuka
pada 14 Mac 2022 yang lepas ni. Kiranya antara hotel baru jugak lah ni kat JB.
Sangat-sangat cantik dari luar, bila masuk dalam pun terpesona dengan lobinya
yang nampak elegan. Datang sini sebab nak berbuka puasa, dari lobi turun ke
level LG untuk ke Grand Florius Ballroom.
Tapi mata ni ternampak kemeriahan kat luar ballroom tu dulu. Ade bazar live
stalls bila keluar dari pintu level LG sebelah ballroom. Lebih 10 live stalls
di bawah kanopi lutsinar dihias dengan lampu lip-lap. Paling menarik, ada
uncle setia berdiri tepi motor betul-betul depan pintu keluar tu, sambil sebut
"Puttu Mayam, Puttu Mayam." Wahh, macam betul-betul dekat bazaar Ramadan
rasanya!
Ada lebih 400 menu dihidangkan dalam bufet Bazar Makan-Makan di Opero Hotel
Southkey sepanjang bulan Ramadan tahun ni. Antara menu yang wajib uols cuba
termasuklah Kambing Kuzi, Seafood on Ice, Bubur Lambuk, Sup Ekor, Kari Kepala
Ikan, Rendang Ayam Lengkuas, Sotong Masak Telur Masin, aneka Sushi, menu-menu
Western termasuk ikan Salmon dimasak dengan keju, dan banyak lagi!
Tu belum ciksun sebut yang dekat live stalls kat luar lagi, ada Ayam Goreng
Berempah, Satay Ayam, Daging dan Kambing, Murtabak dan Roti John, Durian
Goreng, Apam Balik, Laksa Johor, Ikan Bakar, Daging Bakar, Sosej Bakar,
Chinese Carrot Cake, Mee goreng kawah, Dimsum, Nasi Ayam, dan lain-lain.
Ciksun suka Roti John Kambing dia, dah berapa hari teringin akhirnya dapat
jugak makan kat sini. Alhamdulillah.
Daging Bakar, Sushi, Seafood on Ice dia pun ciksun cuba,
sedappp! Untuk pencuci mulut pulak, diorang letak kat dalam dewan, dekat
bahagian belakang. Paling menarik mata ciksun, manisan Arab Baklava di antara
kuih-muih dan kek-kek potong. Memang terus ambik semua jenis, sedapp dijadikan
pembuka puasa sebab rasanya kan manis-manis gitu.
Oh, lain daripada tempat lain, uols jugak boleh mencuba aiskrim khas Opero Hotel dekat sini. "Buat" aiskrim sendiri guna mesin aiskrim diorang, kak Ajan cakap sedap aiskrim dia. Ciksun tak sempat nak cuba sebab dah terlampau full 😅
Uols boleh tengok juga gambar-gambar menu yang lain dekat FB page Sunah
Sakura, ciksun ada share kat situ. Nanti boleh lah plan dengan kawan-kawan or
family untuk berbuka puasa dekat sini. Surau perempuan terletak di tingkat 4,
surau lelaki di tingkat 2. Washroom sama level dengan LG tu depan ballroom.
Parking kete depan hotel aje hari tu.
Nah, details untuk uols tempah baucar:
Bazar Makan-Makan @ Opero Hotel Southkey
Grand Florius Ballroom, Level LG
4 April - 2 Mei 2022 at | 6.30pm to 10.30pm
RM148 nett per Dewasa
RM69 nett per Kanak²
Complimentary vouchers for every 10 purchased vouchers!
WhatsApp:
wasap.my/601136800899
4 Comments
Teringat-ingat Laksa dan brisket dia, sedap ya ampunnnn...
ReplyDeletebila pi buffet ramadhan mmg meriah menunya..larat ngan tak je nk cuba pelbagai menu tu kan
ReplyDeleteaduhaiii meleleh air liur uiii
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com