Menu Berbuka Puasa Hari Kedua Ramadan di GBW Hotel Johor Bahru | Alhamdulillah, dah hari ketiga Ramadan 1443H. Uols sahur ape ek pagi tadi?
Aci ke ciksun tanya, da masuk waktu Zohor? Hahaha. Maaf lerr kalau buat perut
semua orang berbunyi nak ingat menu sahur, lepas tu terbayang-bayang pulak
menu berbuka petang nanti. Lagi-lagi seketul ciksun ni nak kongsi menu berbuka
puasa hari kedua Ramadan dia dekat GBW Hotel Johor Bahru 😆
Alhamdulillah, ciksun berkesempatan untuk memenuhi undangan berbuka puasa
dekat hotel ni semalam. Dalam pukul 5 lebih gerak dari rumah, jalanraya menuju
ke Johor Bahru dah start jammed balik lepas border Singapura - Malaysia
dibuka. Ada lah nampak seketul dua kereta nombor plat SGN hihi. Sampai GBW
Hotel dalam nak dekat pukul 6 macam tu.
Tahun ni, diorang buat susunan berbeza dengan tahun lepas. Kat bahagian luar
depan maindoor hotel, diorang letak semua main courses, di sebalik maindoor
ada pembuka selera; rojak, sambal belacan, ulam-ulaman, kurma dan kerabu.
Dekat bahagian dalam restoran sebelah kiri pintu masuk, ada pelbagai jenis
pencuci mulut.
Meriah sungguh pencuci mulut dekat sini, tengok tu ciksun berbuka ambik
desserts dulu. Kan disunatkan berbuka puasa dengan benda-benda manis 🤭
Sebenarnya nak alas perut sikit aje sebab nak solat Maghrib dulu then baru
sambung makan. Tu yang ambil kuih-muih dan kek dia dulu. Tapi sendawa jugak
walaupun hanya beberapa ketul kuih dan secawan puding karamel.
Alhamdulillah!
Lepas solat Maghrib, turun balik untuk ambil menu-menu utama pulak. Tu
diaaa, licin tauuu menu-menu diorang! Tiap tahun kat sini memang meriah
sebab menu dia konsisten sedap. Ciksun tak sempat nak rasa lauk Sambal Udang Limau
Kasturi dia, tengok-tengok da bertukar ke menu lain 😂
Ayam Golek Madu Tg Puteri dengan Roti John pun licinnnn. Dapat ambik gambar
je, dah lah terliur masa ambil gambar Roti John tu 🤣 Durian Goreng pun ada,
tapi kena tunggu and kalau ambil waktu peak or orang ramai, diorang akan
hadkan sebiji aje seorang. Jadi, pergi la waktu lengang sikit, kalau rezeki
uols gi stall dia time ada, ada lah dia. Kalau tak ada, doa-doa moga ada
balik 15-20 minit kemudian.
Nampak tak betapa laku nya juadah berbuka kat sini! 😆
Nah ciksun share lagi beberapa keping gambar untuk tatapan uols.
Kalau nak tengok lebih banyak gambar menu, boleh terus belek page FB Sunah
Sakura. Ciksun ada share semua gambar menu semalam dekat situ.
Citarasa Keluarga Malaysia @ GBW Hotel
Lobby Level
4 April - 1 Mei 2022 | 6.30 pm - 9.30 pm
RM98.00 nett per Dewasa
RM48.00 nett per Kanak² (6 - 12 tahun)
RM48.00 nett per Warga Emas (60 tahun ke atas)
EARLY BIRD PROMO (sehingga 7 April 2022)
RM78.00 nett sahaja!
Ramadan Room Promo Citarasa Keluarga Malaysia
Stay 3 April - 2 May 2022
RM198.00 nett per 1 pax
@
RM296.00 nett per 2 pax
📍 2D / 1N Stay
📍 Sahur / Breakfast
📍 Free Room Upgrade
📍 "Citarasa Keluarga Malaysia" buffet ramadan @ GBW Hotel Johor Bahru
Untuk tempahan dan pertanyaan :
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
*T&C APPLY
3 Comments
fengsannn tgk menu2 ni....melting nyer....hehe
ReplyDeleteeh awak.... terima kasih kurma nya tau!! hahaha jenuh la cari sape yg bgai :p
ReplyDeletesalam ramadhan dan Selamat berpuasa :)
sama2 kasihhh
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com