Jom Berbuka Puasa di SDS Bakery & Cafe! | Salam 2 Ramadan 1443H semua. Semalam berbuka puasa apa tu? Most kawan-kawan ciksun upload gambor berbuka puasa kat rumah bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah semalam ciksun dan housemate berbuka dengan menu simple aje, ikan goreng, terung celup tepung cicah sambal kicap, dan sup sayur gochujang. Ciksun masakkan semalam untuk housemate sebab ciksun uzur, nak rebut pahala seperti orang berpuasa. Hari ni baru start puasa insya'Allah.
Untuk uols yang ada plan nak berbuka puasa dengan kawan-kawan, tapi nak alternatif selain daripada bufet Ramadan hotel, ciksun nak rekemen satu tempat yang ada menu best dan berpatutan. SDS Bakery & Cafe ada lancarkan menu istimewa sempena Raya tahun ni, tapi menu-menu ni available dari bulan Ramadan, 6 April 2022 sampai lah lepas raya nanti, 22 Mei 2022. Nak tahu tak menu apa tu?
Set Nasi Tomato guysss, dengan empat pilihan menu, iaitu Rempah Chicken Chop, Ayam Kunyit, Beef Rendang dan Sambal Sotong. Uols wajib sangat cuba Nasi Tomato with Sambal Sotong dekat SDS Bakery & Cafe ni, serius ciksun suka sangat! Sambalnya tak terlalu pedas, rasa sotong dia smoky-smoky gitu. Ciksun kan suka rasa-rasa macam tu. Haha. Rempah Chicken Chop tu pulak special sebab diperap dengan resepi rahsia seakan-akan rasa Otak-otak.
Nasi Tomato with Rempah Chicken Chop RM22.90++ |
Nasi Tomato with Ayam Kunyit RM18.90++ |
Nasi Tomato with Beef Rendang RM23.90++ |
Nasi Tomato with Sambal Sotong RM18.90++ |
Setiap menu Raya ni dilengkapi dengan Keropok, Telur Rebus Goreng, Acar dan Sambal Kentang. Uols boleh pilih untuk add-on jugak Pandan Chicken, Tempura Chicken Nugget dan Karipap dari harga RM8.90++ sahaja. Oh, selain tu, diorang pun ada minuman khas untuk uols padankan dengan Nasi Tomato tu, iaitu Soya Brown Sugar Bandung Cincau dan Soya Brown Sugar Pandan Cincau. Sedap tapi sedikit manis bagi ciksun.
Soya Brown Sugar Bandung Cincau (RM7.90++)
Soya Brown Sugar Pandan Cincau (RM8.90++)
*add on price RM6.90++ with any Ramadan meal
Macam tahun-tahun sebelumnya jugak, uols boleh dapatkan kuih raya dan hamper istimewa sempena raya dekat SDS Bakery & Cafe. Cenderahati raya SDS bermula dari harga RM88 sehingga RM258, uols boleh pilih mana satu yang uols nak untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan atau keluarga. Ciksun letak senarai hamper beserta dengan harganya kat bawah ya.
Untuk uols yang nak beli kuih raya satu-satu pulak, diorang ada jugak pilihan kuih raya dari harga RM20.80 hingga RM33.80. Tiap tahun, ciksun memang tak akan missed Nyonya Pineapple Cookies diorang! Sedap sangat, dah jadi febret! Selain dari tu, ada jugak Almond Seeds Crisp, Peanut Cookies, Melting Almond Cookies, dan Chocolate Cookies dalam bekas tin khas Raya. Tiga kuih raya terbaru tahun ni yang uols kena cuba adalah Prawn Cracker Roll, Sugee Cookies dan Almond London Cookies.
Ciksun, tahun ni takde kek lapis ke? Eh adeee, boleh beli dekat SDS. Tapi bukan ciksun yang buat. Hahaha! Selain cookies, SDS Bakery & Cafe jugak ada Kuih Lapis tradisional dalam perisa asli, prune dan pandan. Uols boleh pilih dari dua saiz, standard dan royal dari harga RM33.80 hingga RM75.80.
Begini baru lah raya kan? Uols da tengok ke teaser video raya SDS? Kalau da keluar dekat page dia nanti, boleh la tengok iklan raya tu tau! SDS menyeru semua untuk pulang beraya ke kampung halaman bersama keluarga tercinta tahun ni, alhamdulillah kita da beralih ke fasa endemik. But jangan lupa terus berjaga-jaga sebab virus ni masih ada dalam komuniti kita.
Jangan ketinggalan jugak untuk join aktiviti sempena Raya SDS, termasuklah Photo Contest, Kids Colouring Contest, Share and Win, social media LIVE stream dan sebagainya sepanjang bulan Ramadan ni nanti. Hadiah-hadiah menarik menanti uols!
Menu-menu Raya SDS available di SDS Bakery & Cafe Bangi, Bandar Seri Putra, AEON Mall Nilai, Taman Nusantara, Taman Impian Emas, AEON Mall Tebrau City, AEON Mall Kulaijaya, KSL City, City Square, Taman Universiti, Johor Jaya, Kota Tinggi, Desaru, Paradigm Mall, Taman Perling, dan The Mall, Mid Valley Southkey.
Untuk maklumat lanjut dan update terbaru, jemput follow page Facebook diorang:
4 Comments
Menariknya Ciksun! Nampak sedap sangat set nasi tomato tu...
ReplyDeleteSelamat berpuasa Ciksun :)
Menu yang menyelerakan
ReplyDeleteBahaya la masuk sini..semua mkanan sedap- sedap..hahahha
ReplyDeleteTiap tahun mesti akan ada aku buka puasa kat SDS ni hahahaha..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com