Buffet Ramadhan 2022 - Taste of Johor by The Sand Village | Ini kisah
berbuka puasa ciksun pada hari Sabtu lepas, 7 Ramadan 1443H. Iftar dengan
menu-menu bufet Taste of Johor by The Sand Village di Dewan Hassan Abdullah,
Tampoi. The Sand Village ni adalah catering yang selalu ambil tempahan majlis,
bulan puasa ni diorang buat pulak bufet amal Ramadan dekat sini. Kenapa ciksun
sebut bufet amal? Sebab 20% daripada hasil jualan baucar harian akan
disumbangkan kepada madrasah dan rumah-rumah anak yatim yang memerlukan.
Alhamdulillah, semoga semakin murah rezeki mereka kerana berkongsi dengan
orang lain. Setiap hari juga, sebelum waktu berbuka, akan ada adik-adik yang
membaca al-Quran atas pentas tu, kemudian diorang sendiri yang akan laungkan
azan Maghrib menandakan dah masuk waktu berbuka puasa.
The Sand Village ni dikenali dekat menu tarikan utamanya, Ikan Bakar Hj Adan.
Diorang siap ada pes ikan bakar ni sendiri tau untuk jualan. Ada 21 ramuan
yang digunakan untuk menghasilkan pes ikan bakar ni hingga mencapai rasa yang
sangat sedap dan sampai ke jiwa penggemar ikan bakar sambal. Haaa, gituhh
sekali deskripsi nya. Ciksun suka sebab tak terlalu pedas sambalnya, dan boleh
makan dengan lauk-pauk yang lain sekali.
Selain dari ikan bakar, ada jugak Satay Ayam dan Daging, Otak-otak dan Pepes
dekat bahagian luar dewan. Manakala dekat bahagian dalam, dihidangkan dengan
menu lauk-pauk tempatan seperti Sambal Kupang, Ketam Masak Lemak Cili Api,
Asam Pedas Tetel, Asam Pedas Telur Ikan Tenggiri, Asam Pedas Ayam, Kari
Ayam, Ayam Masak Merah, Dalca, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah,
Tofu Sos Tiram, Sayur Goreng, Mee Goreng, Nasi Serai, dan Nasi Goreng.
Sedap sungguh Asam Pedas Tetel dan Sambal Kupang dia. Sambal Kupang guna
sambal sama dengan pes ikan bakar tu, aduhhh berkupang-kupang ciksun telan.
Eh, betul ke istilah tu 😂 Bubur Lambuk dia pun not bad tau, and lain dari
yang biasa ciksun jumpa sebab ada daun kat dalam buburnya. Tak pasti daun
apa, pucuk paku ke? Orang Johor boleh jawab tak?
Untuk buka selera, ada juga aneka Kerabu, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan.
Menu kanak-kanak, goreng-gorengan macam Nugget dan Fries pun ada, tapi
ciksun tak sempat ambil gambar hari tu sebab plastik tak bukak lagi masa
tengah snap gambar. Bila plastik da bukak, orang da start berpusu-pusu ambil
makanan.
Tips nak berbuka kat sini, kena cepat ambil makanan sebelum waktu berbuka
sebab memang cepat gilerrrr habis! Ada menu yang memang tak akan ditopup,
ada yang diorang topup. Weekend lagi ramai dari weekdays! So, kena plan
betul-betul untuk berbuka puasa dekat sini sebab harganya sangat
berbaloi-baloi dan menjadi rebutan penduduk Johor Bahru.
✅ Dewasa - RM40.00
✅ Warga emas - RM30.00
✅ Kanak-kanak (6 - 12 tahun) - RM20.00
✅ Bawah 5 tahun PERCUMA
Berpatutan sangat kan?
So kalau uols nak tempah baucar, boleh terus hubungi nombor whatsapp yang
tertera:-
*Surau disediakan
3 Comments
Sy orang Kampung Pasir.. patut macam biasa dengar jer 'The Sand Village', hehehe
ReplyDeleteMemang sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan! Saya suka berbuka sini!!! Hehee
ReplyDeleteNyum nyum nyum.. mok repeat dah full house ajak²...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com