Buffet Ramadhan 2022 - Dari Dapur Bonda di TROVE Johor Bahru | Belum habis lagi cerita bufet Ramadan ciksun ni ek? Ye, selagi masih
dalam bulan Ramadan, masih ada lah ceritanya. Semoga memudahkan para pembaca
dan penduduk sekitar Johor Bahru ni nak cari tempat best untuk berbuka puasa.
5 Ramadan yang lepas, ciksun dan housemate pergi berbuka puasa dekat TROVE
Johor Bahru pulak. Antara hotel yang ciksun rindu juga dengan bufet
Ramadannya, sejak pandemik melanda memang senyap terus hotel ni. Tahun ni
diorang buat comeback dengan bufet Dari Dapur Bonda, bermula dari 8 April
hingga 28 April 2022.
Lebih 200 menu warisan disediakan dekat sini untuk santapan uols sepanjang
bulan puasa ni. Paling menarik, menu-menu warisan Melayu kat sini adalah air
tangan Mak Timah, chef yang didatangkan khas dari Melaka dan pernah berkhidmat
di beberapa institusi ternama di Malaysia; memasak untuk para VIP dan orang
kenamaan.
Kalau uols berbuka puasa dekat sini, jangan ketinggalan mencuba menu Sup
Tulang Merah Mak Timah, memang sedap sangat guysss! Nak nangis rasa bila makan
Roti Perancis yang dicicah dengan Sup Tulang Merah ni sebab kesedapannya dan
aroma dari tulang kambing tu. Aduhh, sedap gilerrr! Hirup macam tu aje pun
sodap, apatah lagi kalo dimakan bersama nasi 😋
Paling popular kat sini jugak adalah Nasi Kandar Mak Timah, dengan Kari Ikan
stail mamak, Ayam Goreng Berempah, Udang Goreng dan Bendi yang dicelur
sekejap. Paling laku lah bahagian ni, sekejap je habis lauknya. Tapi jangan
risau, diorang akan topup bila ada menu yang habis selagi orang masih bangun
nak ceduk makanan.
And rasanya setakat yang ciksun pergi, hotel ni lah yang ada hidangkan Nasi
Kerabu! Yeehaa! Happy gilerr ciksun sebab dapat berbuka puasa dengan Nasi
Kerabu. Lengkap dengan Solok Lada, Sambal Belacan dan Tumis. Aduhh,
teringat-ingat kesedapannya! Makan dengan lauk-pauk lain yang disediakan kat
situ, ada Perut Lembu Masak Lemak dengan Nenas, Gulai Ayam dan Kentang, Hati
Ayam Masak Kicap, Ikan Keli Goreng Rempah, Ikan Siakap Masam Manis, Udang
Nestum, Sayur Goreng dan macam-macam lagi! Katanya, Executive Chef Firdauds
dan team akan rotate Nasi Kerabu ni dengan Nasi Dagang juga nanti 😋
Nah ciksun share gambar-gambar menu yang best kat TROVE Johor Bahru ni.
Laksa Johor Mak Timah tu pun sedap juga bagi ciksun. Kawan-kawan warga Johor cakap agak sedikit manis rasanya, tapi ciksun suka aje. Mungkin sebab ciksun orang Sarawak, Laksa Sarawak kan ada manis-manis sikit. Haaa, ye ke? Memandai aje dia ni. Hahaha!
Aneka manisan pencuci mulut kat sini pun sedap-sedap. Banyak pilihan desserts, ada pengat, kuih-muih tradisional, kek-kek potong, buah-buahan, ABC, juga goreng-gorengan. Kalau nak buka selera pulak, ada macam-macam jenis kerabu, Kerabu Mangga dia sedap! Ada jugak bahagian juadah raya untuk yang da tak sabar nak raya. Hahahahahhaha!
Lebih banyak gambar menu ciksun ada share dekat page FB Sunah Sakura. Boleh
belek-belek dekat sana tau, senang sikit uols nak plan susunan makanan uols
nanti. Hahaha!
Ok, ni details bufet untuk yang nak beli baucar:
Dari Dapur Bonda @ TROVE Johor Bahru
Lada & Clove Restaurant, Level 8
8 - 28 April 2022 | 7.00 pm
RM98 nett per Dewasa
RM68 nett per Kanak² & Warga Emas
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, hubungi
Linda 📱
https://wa.me/+60167231917
Siti 📱
https://wa.me/+60167717585
Lorna 📱
https://wa.me/+60196812169
Janet 📱
https://wa.me/+60167239003
6 Comments
Banyaknya pilihan menu berbuka puasa. Meriah sungguh! Nampak sedap-sedap belaka.
ReplyDeletewah nasi kerabu. sejak puasa ni kita xmakan nasi kerabu lagi
ReplyDeleteLaksa dia tak pernah tak sedap, wuuuuu dapnyaaa
ReplyDeleteWah ada nasi kerabu tu yang wow..
ReplyDeletex menhan tengok kambing tu ha...sexy betul dia semasa dilapah ye...
ReplyDeletebuffet lauk kampung mcm tok agik berbaloi mkn... semua boleh rasaaa... kambin yaaaa x tahannnn nangga
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com