Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap Jugak Ayam Masak Rhad Prik Guna Pes Dapur Thai

Sedap Jugak Ayam Masak Rhad Prik Guna Pes Dapur Thai | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama sungguh ciksun menyepi tak bersiaran. Hari ni baru kembali setelah berhempas-pulas memujuk diri sendiri untuk bukak laptop dan kembali menulis. Thesis? Belum siap pun lagi. Ada lagi sedikit bahagian yang ciksun kena kemaskini, lagi tak sampai 3 minggu, ciksun dah kena submit final draft. Doakan ciksun ya!

Sedap Jugak Ayam Masak Rhad Prik Guna Pes Dapur Thai

Hari ni, nak share menu lunch kami tak lama dulu. Housemate ciksun ada beli pes masakan Dapur Thai ni banyak-banyak jenis. Kalau tengok dekat pek, ada tulis Premium Thai Cuisine. Haa, maksudnya memang juadah ekslusif negara Thailand lah kan. Kalau uols biasa dengan masakan Thai, mesti uols sedia maklum kesedapan menu-menu ala Thai yang ada dekat restoran-restoran tempatan.

Sedap Jugak Ayam Masak Rhad Prik Guna Pes Dapur Thai

Pes Dapur Thai ni ada enam iaitu Tom Yam, Phad Prik, Masak Merah, Gaengsom, Tiga Rasa dan Rhad Prik. Antara semua tu, ciksun tak pernah lagi cuba masakan Rhad Prik. Jadinya, housemate ciksun pun buat la menu Ayam Masak Rhad Prik untuk kami makan tengahari beberapa hujung minggu yang lalu. Ayamnya dia gorengkan dahulu celup tepung, kemudian berpandukan resepi dekat label belakang pek, siap lah sudah menu yang super sedap ni.

Sedap Jugak Ayam Masak Rhad Prik Guna Pes Dapur Thai

Ye, memang sedap rasanya, beza sedikit dengan Phad Prik yang berkuah, yang ni jadi sedikit pekat. Ke housemate ciksun buat jadi pekat? Tak tahu lah. Hahaha! Rasa masam-masam manis gitu. Tak pedas, tapi kalau uols suka pedas, boleh aje tambah cili padi Thai untuk memuaskan nafsu pedas uols ye!

Sedap Jugak Ayam Masak Rhad Prik Guna Pes Dapur Thai

Sedap Jugak Ayam Masak Rhad Prik Guna Pes Dapur Thai

Pes ni berharga RM7.90 aje per pek. Kalau uols yang duduk sekitar Johor Bahru nak cuba pes ni, boleh contact terus ciksun atau housemate ciksun ya! Dia ada banyak stok dekat rumah sebab dia dah jadi ejen! Hahaha! Ni whatsapp dia: https://pesthainani.wasap.my

Post a Comment

9 Comments

  1. Wah...senang la dah ada pes ni..maknan kita masak confirm menjadi kan

    ReplyDelete
  2. memacam jenis rempah ada... memudahkan kerja kalau nak cepat

    ReplyDelete
  3. Cantik warna masakannya. Senang nak masak kalau ada pes begini.

    ReplyDelete
  4. nampak sedaplah ciksun. Di KL takde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure, mungkin boleh wassap housemate ciksun, kot dia boleh pos..

      Delete
  5. banyaknya pes dia. macam-macam pes. menarik ni nak kena beli juga.

    ReplyDelete
  6. Sekarang pek macam ni banyak yang sedap.

    ReplyDelete
  7. Cambest je ada pek pes Thai. Macam macam menu ada. Senang kerja masak camni. Kadang teringin masakan Thai boleh jugak guna.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com