Eh, Sedapnya Nasi Ayam Kee Chup, Johor Bahru! | Ye, tak sangka pulak sedap. Housemate ciksun yang ajak lunch kat sini. Ciksun on aje, tanpa high expectation. Ye lah, nasi ayam je kot? Rasa nasi ayam je la kan? Tapi tak sangka, bila da masuk dalam mulut, eh sedap jugak Nasi Ayam Kee Chup ni!
Tengok tu, menggoda tak? Bukan yang nampak bahu kat belakang tu tau. Tapi nasi ayam tu. Hahaha! Ayam 1/4 bahagian peha. Eh, makan pulak ciksun bahagian peha ni? Hakikatnya ciksun dan housemate tu dedua jenis tak makan peha ayam. Tapi sebab da sampai sini, ok proceed je la peha ayam, mana tahu ok je kan.
Memang ok sangat, takde "rasa ayam" yang golongan tak-suka-peha-ayam tak suka tu. Hahaha! Ayam dia memang besar dan puas hati makan dengan portion nasi yang sama besarnya. Biasanya nasi ayam gini, nasinya mesti sikit aje. Kat sini, berlambak jugak lerrr. Sup, sambal dan kuah kicap boleh refill ambil sendiri.
Bagi ciksun memang kena dengan citarasa ciksun lah, boleh ajak kawan-kawan or family datang makan kat sini jugak pada masa akan datang. Cuma nak parking tu susah sikit la sini sebab kedainya betul-betul tepi jalan utama depan Persada Johor tu.
Kedainya pun simple aje, dalam kedai ada vibe antik sikit sebab banyak hiasan-hiasan lama kat dinding. Dia punya menu dan harga pun simple aje, direct to the point. Haha. Ok lah, uols nak datang makan sini boleh waze aje tau! Kalau duduk area JB, boleh Foodpanda or GrabFood aje!
Nasi Ayam Kee Chup
24A, Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
NO PORK, NO LARD
Waktu perniagaan:
Rabu - Isnin | 11 am - 4 pm
Selasa TUTUP
Instagram: https://www.instagram.com/keechup/?hl=en
No. Tel: 019 669 2133
3 Comments
dah lama nak try makan kat sini tapi tu lah tak try try lagi . bahahhahaa.
ReplyDeletemakanan lebih menyelerakam..
ReplyDeletetapi rasa cuak walaupun ada notis no fork hehehe
Tengok ayam tu pun dah nampak sedap. Mungkin perapan dia dengan kicap tu buat tambah sedap kan. Dari tak suka paha terus suka.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com