Buffet Ramadhan 2022 - Selera Warisan @ Holiday Inn Johor Bahru City Centre | Apa yang paling uols rindu bila tibanya bulan Ramadan? Selain daripada solat
sunat Tarawih berjemaah di masjid, semestinya berbuka puasa bersama keluarga
tersayang yang paling kita rindui. Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang
sudah tiada dan tak akan kembali selamanya.
Mencuba menu berbuka puasa di Holiday Inn Johor Bahru City Centre tempoh hari,
ciksun teringat dengan arwah mak mertua. Gulai Dagingnya kuat rasa kerisik,
sama macam yang arwah mak biasa buat bila tiba hari raya. Kadang-kadang, bukan
hari raya pun arwah mak akan buat juga bila anak menantu dengan cucu-cicit
balik kampung beramai-ramai.
Sedap sungguh rasa Gulai Daging arwah mak. Tahun ni, masuk raya kedua arwah
mak tak ada bersama. Alhamdulillah, sempat arwah mak turunkan resepi kepada
anak menantu, menjadi warisan untuk generasi seterusnya. Yang paling sama
sedapnya Gulai Daging tu dengan air tangan arwah mak, kakak ipar paling sulung
dan adik ipar perempuan paling bongsu. Serius boleh bertambah berkali-kali
makan dengan lemang dan ketupat. Kadang tu hari last kat kampung, baru ada
Gulai Daging. Sebelum balik, masuk dapur lagi sekali meratah gulainya. Betapa
sedapnya tu sampai rasa rugi nak kena balik KL or Johor. Sampai mintak resepi
untuk buat sendiri kat Johor. Hihi.
Al-Fatihah untuk arwah mak mertua ciksun, Bedah binti Idris.
Untuk uols yang rindukan rasa Gulai Kawah di kampung, boleh lah cuba menu
berbuka puasa, "Selera Warisan" dekat Dine@EIGHT, Level 8, Holiday Inn JBCC ni
bulan puasa nanti. Selain daripada Gulai Kawah, diorang ada jugak Kambing
Golek Warisan dengan 33 jenis herba, Aneka Sup Tanjung, Asam Pedas Ekor, Bubur
Lambuk, Ketam Bakar Percik, dan banyak lagi!
Jangan lupa cuba juga menu Medan Bakar diorang, dengan pilihan udang, sotong,
ikan dan daging. Ada jugak live station Warung Malam dan Lok Lok untuk
pengalaman menjamu selera dari seluruh pelusuk negara di bawah satu bumbung.
Cuci mulut dengan pelbagai pilihan kek, kuih-muih, puding, tart, buah-buahan
dan aneka pastri.
Gambar-gambar menu selebihnya, uols boleh belek kat FB page Sunah Sakura ya!
Bagi uols yang berminat nak berbuka kat sini pada bulan Ramadan nanti, cepat
grab harga early bird sebelum terlambat!
Selera Warisan @ Holiday Inn JBCC
Dine@EIGHT, Level 8
7 April - 1 Mei 2022 | 6.30pm - 10.00pm
✨ RM158.00 nett per Dewasa (Beli 5 + 1 PERCUMA)
✨ RM128.00 nett for Warga Emas (60 tahun ke atas)
✨ RM78.00 nett per Kanak² (4 - 12 tahun)
🕊 Early Bird Special Price
15 Mac - 6 April
RM128 nett seorang
Untuk tempahan dan pertanyaan:
No. Tel: 07-2078888 extn. 1165
WhatsApp: 011-51122168
Private Events
RM98 nett per person
Email: sales@hijbcc.com
Stay & Dine
Tempah bilik dan dapatkan 50% off Selera Warisan Buffet Dinner
Log on:
https://www.ihg.com/holidayinn
Call: 07-207 8888
Email: reservation@hijbcc.com
3 Comments
Meriah betul buffet ramadhan kat Johor...kat KL macam x nampak banyak la..
ReplyDeletestay and dine tu nampak berbaloi sungguh
ReplyDeletePaling aku lupa dan terkilan, nak rasa vietnamese roll dia tu haaaa.. adeiii kena dtg laa time ramadan nanti ekkkk
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com