Buffet Ramadhan 2022 - Irama Warisan Buffet Dinner @ Amari Johor Bahru | Tak sampai sebulan je lagi, kita akan masuk ke bulan Ramadan 1443H.
Alhamdulillah. Da habis ganti puasa tahun lepas ke tu? Kalau belum, better
usahakan segera sebelum terlambat. Baru lah tenang hati nak buat ibadah puasa
tahun ni pulak. Kalau dah setel, alhamdulillah.
Bulan puasa tahun ni, berbeza dengan tahun lepas. 1 April 2022, insya'Allah
kita akan beralih ke fasa endemik. Beratus-ratus SOP dikurangkan, sempadan
negara dibuka, makanya mesti lah sektor ekonomi dan terpaling khusus; sektor
pelancongan juga perhotelan akan naik semula. Haa, boleh le uols berbuka puasa
dekat hotel macam dulu-dulu. Yang penting terus pakai mask dan jangan lupa
check in MySejahtera.
Salah satu hotel kat JB yang akan menawarkan bufet Ramadan bagi tahun 2022 ni
adalah Amari Johor Bahru. Ciksun takleh lupa betapa sedapnya Briyani Kambing
kat sini. Ye, menu Indian Briyani kat sini wajib uosl cuba tau, sedap sangat
dan lembut daging kambingnya. Buat ciksun terkejut masa makan tu, sebab makan
sambil berborak dengan kawan-kawan. Tak pandang apa yang dikaut masuk ke
mulut. Kunyah-kunyah, eh sedapnyaaaa! Apa benda ni???
Haa, ni la rupa dalang kesedapan tu. Hahaha! Selain daripada Indian Briyani,
diorang ada juga hidangkan Nasi Briyani Gam Johor, Traditional Salmon Fish
Head Curry, Sizzling Grill, Gulai Kawah dan Pek Nga, Laksam, Nasi Kerabu
dengan Daging Bakar, Satay, Keropok Belinjau, Keladi Goreng Celup Tepung,
Murtabak, dan banyak lagi.
Hampir 200 juadah disediakan untuk uols yang nak berbuka puasa dekat sini
nanti. Jangan lupa untuk try juga Balinese Kambing Golek, Johorean Assorted
Favourite Brew Corner: Kambing Gearbox, Ayam, Daging, Perut, Ekor, Lidah,
Urat, Chinese Wok Fried dan Char Kuey Teow Live Cooking stations, aneka Kerabu
dan salad Thai, termasuklah signature diorang: Som Tam.
Pelbagai jenis Ulam-ulaman seperti Petai dan Kacang Botol dihidangkan bersama
Sambal Kelapa, Sambal Mangga, Sambal Belancan, Sambal Budu dan Cencaluk. Bagi
yang nak rasa suasana Hari Raya, boleh la menyinggah ke Lemang Station. Aneka
pencuci mulut citarasa Malaysia pulak boleh uols dapati di Malaysian Dessert
Stall, akhiri menu berbuka uols dengan pelbagai jenis kuih tradisional, Dodol,
Pengat Pisang, Pengat Durian, Sago Gula Melaka, Bubur Kacang Hijau, Pulut
Mangga dan macam-macam lagi.
Menu delivery @ takeaway pun ada kalau uols lebih selesa berbuka puasa dekat
rumah bersama keluarga. Just contact aje person in charge untuk order dan set
kan waktu uols nak delivery or pickup.
Lagi banyak gambar menu, uols boleh belek dekat page Sunah Sakura ya!
So, apa tunggu lagi?
Cepat grab harga early bird sebelum terlambat! Maklumat lanjut tentang Irama Warisan boleh baca kat bawah.
Irama Warisan Buffet Dinner
5 April - 1 Mei 2022 | 6.30 - 10.00 pm
Amaya Food Gallery, Level 6, Amari Johor Bahru
RM128 nett per dewasa
RM96 nett per warga emas 60 tahun ke atas
RM64 nett per kanak² 9 - 13 tahun
FREE untuk 8 tahun ke bawah (max 2 kids per family)
*Beli 10 dewasa, dapat special rate RM108 nett seorang
EARLY BIRD sebelum 5 April 2022:
RM98 nett per dewasa
RM74 nett per warga emas 60 tahun ke atas
RM49 nett per kanak²
Take away menu:
RM65 per set
Daily delivery & self collect*
Untuk maklumat lanjut,
Call: 07 266 8888
WA: 016 776 8547
Email: amaya.johorbahru@amari.com
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
7 Comments
bila ramadhan kembali ... jawabnya.. buffet ramadhan pasti bersusun susun yer merata rata . hahaha. apa yang penting , kalau nak g buffet ni jangan membazir .. makan ikut kapasiti perut je yer ..kihkihkih..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ganti puasa ditunaikan pada bulan Syawal selepas puasa enam.
ReplyDeleteSedap-sedap pilihan menu berbuka puasa. Kalau dah ada depan mata, tak tahu mana satu nak terkam dulu.
tu dia lauk berbuka dia. time tak puasa ni pun dah kecur air liur
ReplyDeletePuas hati tengok menu-menunya.
ReplyDeleteBanyak tu juadah yang disediakan, hampir 200! Dapat makan kat sini jadi rambang mata memilih makanan.
ReplyDeleteJeles!!!lama dah x dapat jemputan review buffet Ramadhan...
ReplyDeleteAmari jangan cakap lerr, tak buffet pun, menu dia memang sedap kan kan..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com