Buffet Ramadhan 2022 - Gandingan Citarasa Air Tangan Cef Adu @ The Westin
Desaru Coast Resort | Macam mimpi jadi kenyataan, dapat bersua muka dengan Cef Adu Amran, salah
seorang Cef selebriti dan hakim untuk siri pertandingan MasterChef Malaysia,
di The Westin Desaru Coast Resort, tempoh hari. Alhamdulillah, rasa sangat
beruntung dapat mencuba menu-menu air tangan Cef Adu. Tengah makan tu rasa
macam, "eh betul ke ciksun tengah makan masakan Cef Adu ni?" 🙈
Memang betul lah kalau dah bergambar dengan tuan badan. Cef Adu merupakan anak
Johor, antara cef yang paling ciksun kagumi kerana sangat-sangat berjaya dalam
segala bidang yang beliau ceburi. Bermula dengan seorang penari, kemudian
bertukar bidang terus ke dunia kulinari. Mula menimba ilmu di Stamford
College, Kuala Lumpur dalam jurusan Culinary and Kitchen Management, hingga
berjaya membuka restoran pertamanya, Champor-Champor Restaurant di
Langkawi pada tahun 1994.
Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam perniagaan, Cef Adu dah banyak dapat
recognitions. Champor-Champor Restaurant beliau pun sampai ke London,
sangat-sangat dikenali di kalangan pakar hingga tersenarai dalam
UK Food Guide, UK Michelin Guide, dan
Zagat’s Special Gold Edition Best Restaurants in the World. Restoran
tersebut jugak dinilai sebagai AA-Rosettes selama 9 tahun, dan mendapat
anugerah
Winner of Restaurant Magazine’s Best Dishes Awards 2007 in the Best Curry
Division. Masya Allah! Hebat!
Sekarang, Cef Adu da kembali ke tanah air dan bukak Adu Sugar pulak
dekat Bangsar. Dan jangan tak tahu, Cef Adu ada jenama pakaiannya yang
tersendiri juga, dikenali sebagai Aduh! by Adu - merangkumi pakaian
ekslusif tradisional lelaki, hijab wanita, dan koleksi unisex menggunakan
fabrik import berkualiti tinggi dari serata dunia. Haaa, padu ke takkk? Rezeki
Allah bagi, semoga perniagaan Cef Adu semakin berjaya dan berkembang-biak,
ameen!
Bagi uols yang teringin nak merasa masakan Cef Adu, boleh lah ke The Westin
Desaru Coast Resort pada bulan Ramadan ni. Diorang ada buat buffet istimewa
Gandingan Citarasa Air Tangan Cef Adu dari 3 April hingga 2 Mei 2022 di Desaru
Coast Conference Centre (DCCC), 5 minit aje perjalanan dari resort tu. Sebelum
park masuk resort, uols akan nampak DCCC ni betul-betul sebelah simpang masuk
ke The Westin DCR.
Wajib cuba, Laksa Johor, Nasi Minyak Pengantin, Mee Bandung Maharani,
Ikan Assam Pedas Chef Adu, Ayam Ros, Pechel Jawa Cef Adu, Pajeri Mangga Muda,
Telur Pindang dan banyak lagi menu kolaborasi antarasa Cef Adu bersama
Executive Chef The Westin DCR, Adrian Jackson. Ada live stalls juga yang akan
menawarkan Sup Gearbox, Aneka Sate, Kambing Golek, Ulam-ulaman Desa,
Bubur Lambuk Ayam, Rendang Sapi Ala Minang dan sebagainya.
Serius cakap tau, memang sedap sungguh Laksa Johor dan Mee Bandung Maharani
Cef Adu! Ciksun ni jarang-jarang nak ambil dua menu ni kalau berbuka dekat
luar. Lebih suka makan benda yang simple. Tapi sebab ni Cef Adu yang masak,
nak jugak merasa kannn! Allahu, memang Johor sangat! Bukan senang nak jumpa
dua menu ni yang betul-betul menepati citarasa ciksun. Kadang-kadang ada yang
terlampau pekat, ada yang tak berasa kuahnya, tapi yang ni secukup rasa!
Ayam Ros, makan dengan Nasi Minyak Pengantin, sekali dengan Pencuk / Jelatah,
fuhhhh ke dasar laut perginya. Mentang-mentang berbuka di tepi pantai Desaru
kan, dia punya kesedapan tu sampai nampak ikan berenang-renang di antara
rumpai air dan batu karang kat dasar laut. Bahahahaha! Uols bukan tak tahu,
ciksun ni kalo describe benda sedap tu memang over 😜
Ok lah, daripada ciksun terus merepek, baik uols cepat-cepat book voucher
berbuka puasa dekat The Westin DCR ni! Sekali-sekala guysss, bukan selalu
dapat berbuka dengan air tangan Cef selebriti! Pssttt, Pechel Jawa Cef Adu pun
antara tarikan utama pada hari kejadian tau! Kemain
Sis Lin
bangun menambah makan kali kedua sebab sedap sangat rasanya.
Uols boleh belek gambar-gambar lain dekat page FB Sunah Sakura tau!
Ok, nah details untuk uols buat pembelian voucher!
Gandingan Citarasa Air Tangan Cef Adu Dinner Buffet @ The Westin Desaru
Coast Resort
Desaru Coast Conference Centre
3 April - 2 Mei 2022 | 6.30pm – 10.30pm
MYR148+/Dewasa
MYR74+/Kanak²
EARLY BIRD (Beli selewatnya 31 Mac 2022):
MYR120+/Dewasa
Untuk tempahan dan pertanyaan:
Call: +607 838 3333
1 Comments
memang serius sedap weh laksa johor dengan pecel tu..Teringat-ingat kesedapan pecal.Nasib dah penuh perut, kalau tak memang menambah lagi rasanya
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com