Buffet Ramadhan 2022 - Citarasa Muhibbah @ Impiana Hotel Senai | Buat
warga Kulai, Senai, Taman Universiti dan sekitarnya, yang rasa nak ke Johor
Bahru tu jauh, boleh lah pergi berbuka puasa dekat Impiana Hotel Senai pulak
bulan Ramadan nanti. Diorang pun ada buat jugak bufet Ramadan, dengan tema
Citarasa Muhibbah di restoran The Tiffin. Lagi best, diorang siap ada pakej
bilik istimewa sempena bulan Ramadan dari harga serendah RM200++!
Haaa, nanti ciksun cerita!
Memula sekali, mesti la kita nak tau apa menu yang ada untuk berbuka kan?
Kalau tempat lain ada Kambing Golek, Impiana Hotel Senai pulak ambil
pendekatan berbeza dengan hidangan Ayam Pasu! Yesss, unik sekali jumpa Ayam
Pasu dekat hotel. Pertama kali ciksun jumpa dalam hidangan hotel, sebelum ni
pernah nampak orang jual kat tepi jalan, tu pun tak sempat lagi ciksun nak
mencubanya.
Nampak sedap tak? Ok, bukan dalam gambar aje nampak sedap ye, bila makan cicah
sos BBQ pun memang sedap gilerrr! Ayamnya lembut sangat, kulit ayam pulak
crispy. Aduhh teringat-ingat ciksun dengan rasanya, uols wajib cuba kalau
berbuka kat sini nanti tau! Ape lagi menu yang sedap? Nah ciksun share antara
menu yang ada.
Peminat kambing jangan risau, diorang ada jugak buat Kambing Bakar atas pan
walaupun tak ada Kambing Golek. Rasanya pun tak kurang sedapnya, tambahan
pulak dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ diorang. Sos pun memainkan peranan
dalam kesedapan juadah bakar-bakar tau! Jujur cakap, setakat ni sos Lada Hitam
dan sos BBQ kat sini paling sedap! Daging bakar dihiris nipis-nipis, cicah
dengan dua sos ni pun sedap oiii!
Banyak lagi gambar sebenarnya, uols boleh belek terus dekat page Facebook
Sunah Sakura ya!
Berapa harga? Nah ciksun share details kat bawah.
Citarasa Muhibbah Buffet Dinner @ Impiana Hotel Senai
The Tiffin, Lobby Level
6 April - 30 April 2022
RM99 per Dewasa
RM40 per Kanak²
Early Bird (beli sebelum 3 April):
Beli 5 PERCUMA 1
Untuk tempahan & maklumat lanjut:
📞: +60 16-713 4590
Ok, ape pulak cerita pakej bilik istimewa sempena bulan Ramadan? Haaa, ni
nak habaq! Diorang ada buat pakej khas untuk uols yang nak datang stay kat
sini bulan puasa nanti, tak kira lah datang dengan kawan-kawan atau family,
sebab business atau saja-saja nak relax berstaycation. Ciksun dah pernah
stay kat sini, dalam Club Deluxe Room. Masya Allah memang best sangat bilik
dia dan selesa!
Masuk aje bilik, tak tipu ek...ciksun rasa vibe 5 star hotel 😁 Maybe sebab
Club Deluxe kot. Kalau bilik lain pun rasa macam ni, memang wow giler lah.
Sebab dari luar, hotel ni nampak biasa aje kan. Dah masuk bilik baru lah tau
betapa nicenya bilik dia. Bathroom besar, takde bathtub, tapi ada shower
yang canggih, kelengkapan lain dalam bilik cukup, iron dengan iron board pun
dah sedia ada. Tak payah nak call receptionist.
Swimming pool dengan gym pun ada ye kat hotel ni, boleh lah mandi or
bersenam lepas waktu berbuka kalau siang tu takut tak larat. Hahahaha! Untuk
uols yang nak try stay kat sini bulan puasa nanti, nah ciksun kongsikan
pakej yang Impiana Hotel Senai sediakan siap sahur dengan berbuka.
Pakej A - RM200++ | 2 April - 2 Mei 2022
▪️ 2H 1M - Deluxe Room
▪️ Bufet Sahur untuk 2 orang
Pakej B - RM288++ | 2 April - 2 Mei 2022
▪️ 2H 1M - Deluxe Room
▪️ Bufet Sahur untuk 1 orang
▪️ Bufet Ramadan untuk 1 orang
▪️ Add-on Bufet Ramadan pada harga RM99nett per Dewasa, RM40nett per
Kanak-kanak
Lain-lain promosi bilik:
Untuk tempahan atau pertanyaan:
📞: +60 16-775 0741
📩: ados.ihs@impiana.com
2 Comments
Nasib baik ayam pasu belakang rumah kita ada hehehehe.. kang petang nak belilah ...
ReplyDeleteayam pasu tu yang menarik.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com