Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadhan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjong Puteri Golf Resort

Buffet Ramadhan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjong Puteri Golf Resort | Ciksun masih ingat lagi pengalaman berbuka puasa dekat sini tahun lepas. Ciksun suka open space dining dia. Persekitarannya luas dan selesa untuk kita nikmati hidangan berbuka puasa, menu-menu pulak ada banyak pilihan dan lazat seperti masakan mak-mak kita kat rumah.

Pelbagai juadah dan harga yang sangat berpatutan ditawarkan oleh Tanjong Puteri Golf Resort (TPGR) dengan mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu bertemakan "Cita Rasa Ramadan" dari resipi turun temurun untuk bulan Ramadan tahun ni.

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Bagi memberikan variasi pilihan kepada para pengunjung, pelbagai pilihan menu disediakan pada setiap minggu. Antara resipi yang bakal dikongsikan ialah Satay Daging dan Ayam, Daging Panggang, makanan Laut, Shawarma, BBQ / Teppanyaki Mongolia, Mee, Soto, Masakan Panas dan Kuih-Muih tempatan yang mengamit kenangan akan masakan ibu di kampung halaman.

Lebih 100 jenis aneka juadah yang akan disajikan. Tarikan utama adalah Kambing Panggang yang diperap dengan 16 jenis herba dan rempah ratus selama 36 jam. Menghasilkan Daging Kambing yang lembut dan berjus semestinya mampu menambat selera ramai untuk menikmatinya.

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Antara hidangan lain yang turut dihidangkan bagi mereka yang mementingkan kesihatan adalah pelbagai jenis ulaman tempatan dan pelbagai jenis sambal. Terutamanya Sambal Belacan Udang Kering Kota Tinggi yang pasti memikat selera, selain banyak maklum balas positif dari pengunjung tentang keunikan rasanya.

Terdapat juga Char Kueh Teow, Roti Canai, Murtabak, Daging BBQ, Makanan Laut dan juga BBQ Mongolia yang dimasak secara langsung oleh Chef terkemuka TPGR.

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Hidangan manisan dan pencuci mulut seperti Kuih Talam Ubi, Koleh Kacang, Bingka Jagung, Kuih Ketayap Seri Tanjong, Kek, Pie, Puding, Ais Kacang dan Ais Krim yang sentiasa menjadi kegemaran ramai juga ditawarkan di kaunter buffet.

Bufet Ramadan 2022 - Cita Rasa Ramadan @ Tanjung Puteri Golf Resort

Cita Rasa Ramadan Buffet @ Tanjong Puteri Golf Resort
Golfer's Cafe
6 - 30 April 2022 | 6.30 PM - 9.30 PM

MYR 88.00 nett per Dewasa
MYR 44.00 nett per Kanak-kanak

Tawaran Early Bird: 6 April -10 April 2022 & 30 April 2022
🌙 10% OFF

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
Call: 07 259 6136
WhatsApp: 017 744 2711

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com