Buffet Ramadhan 2022 - Bufet Selera Kampung @ Holiday Inn Express and Suites
Johor Bahru
| Sebelum cerita tentang bufet Ramadan dekat sini, ciksun nak ucapkan tahniah
dulu kepada Holiday Inn Express and Suites Johor Bahru. Diorang dah bukak
secara rasmi, Grand Opening, pada 24 Mac 2022 yang lepas.
Haaa, meriah sekali acara perasmian oleh Datuk Bandar Johor Bahru, YB
Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman pada hari tersebut. Sempat
jugak ciksun rakamkan detik-detik upacara perasmian hari tu. Ramai juga
influencers, tiktokers, dan media perdana yang datang. Boleh pulak terjumpa
tiktoker femes, PakCik ChinSwee #kamisempoi.
Apa lagi ciksun, mesti lah ambil gambar kan. Siap ambik video lagi dengan
PakCik ChinSwee, bahahahha! Memang sempoi, dia yang bagi idea dekat ciksun,
nak buat content video macam mana. Ciksun ikutkan je lah. Kalau uols nak
tengok VTT ciksun dengan PakCik ChinSwee tu, jenguk aje kat
tiktok ciksun. Haha! Ehhh, ni nak cite pasal Holiday Inn Express ke pasal tiktok ni 🤣
Ok, ok! Berbalik kepada Holiday Inn Express, diorang pun tak terkecuali
daripada menyediakan bufet berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti. Ciksun
pernah makan menu bufet dekat sini beberapa kali, memang antara bufet yang
sedap juga kat area JB. Bufetnya nanti akan dibuat di Great Room, Level 1.
Ruang menjamu selera yang bersaiz sederhana, dengan pilihan menu yang
berpadanan harganya. Boleh belek gambar-gambar kat bawah, antara menu yang
akan disediakan untuk uols nanti.
Memikat ke idok? Aneka Asam Pedas yang buat ciksun meleleh air liur, Daging
Salai Masak Lemak Cili Api, Udang Nestum, Laksa Johor, Sup Tulang Rawan, Nangka Muda Masak Lemak Daun Selasih, aduhhhh seriusss boleh kecur air liur kalo tertengok di bulan Ramadan. Haha!
Tengok sekarang pun dah kelaparan sebab menaip waktu lunch 🤭
Lagi banyak gambar, uols boleh belek dekat page Facebook Sunah Sakura ye!
Bagi yang berminat nak buat pembelian baucar Bufet Selera Kampung, boleh lah
belek maklumat kat bawah. Selamat berbuka kat sana nanti!
Bufet Selera Kampung @ Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru
Great Room, Tingkat 1
5 April - 1 Mei 2022 | 6.30 pm - 9.30 pm
RM88 nett per Dewasa
RM48 nett per Kanak² (5 - 12 tahun)
Beli 10 PERCUMA 1
EARLY BIRD (Beli sebelum 1 April 2022)
RM68 nett per Dewasa
Untuk tempahan dan pertanyaan:
No. Tel: 072183333
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com