Bercuti di Genting Highland dan Explore Genting SkyWorlds - Day 1 | Awal bulan hari tu, husband ciksun pergi bercuti dekat Genting Highland. Geram aje ciksun tengok gambar-gambar dan video dia. Masa tu ciksun tengah busy siapkan thesis PhD. Tak dapat nak join dia ke sana. Ikutkan plan asal, memang nak ke sana dengan dia. Tapi bukan rezeki ciksun nak jejak Genting Highland kali ni. Insya'Allah nanti kalau ada rezeki, nak ke sana juga sebab teruja tengok gambar-gambar suami.
Hari pertama, suami dengan kawannya naik bas dari KL Sentral ke Genting, ambil masa dalam 1 jam. Turun bas, naik pulak Cable Car (Awana SkyWay) dalam 15 minit untuk sampai ke puncak. Sampai sana dalam waktu tengahari, sedang elok lunch time. Jadi, kalau dari Johor, sesuai sangat gerak pagi-pagi naik bas, turun dekat KL Sentral, then ambil bas dan cable car ke Genting pulak, sama macam ape yang suami ciksun buat.
Disebabkan sampai waktu makan tengahari, kena la lunch dulu. Ada banyak pilihan restoran kat atas tu, tapi kalau nak cari makanan Halal, boleh ke Jom Makan Street Food. Pelbagai menu makanan Asia yang Halal ada kat sini, antaranya Nasi Kandar, Nasi Lemak, Mee Goreng, dan lain-lain. Masa ni suami try menu Nasi Kandar dan Nasi Briyani Kambing, boleh tahan sedapnya.
Lepas lunch, apa lagi? Berjimba lah! Apa yang menarik dekat Resort World Genting ni? Sebenarnya, dekat sini lah terletaknya Genting SkyWorlds Theme Park yang baru dibuka semula pada bulan Februari 2022 yang lepas. Outdoor theme park ni dibina di atas tanah seluas 26 ekar dan menampilkan 26 tunggangan serta tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Macam-macam attractions ada kat sini, kalau bawak anak-anak sure diorang suka! Kalau datang sini, wajib explore 9 dunia bertemakan filem kelas antarabangsa - Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. But sebab sampai sini da tengahari dan start explore pun lepas lunch, so lebih sesuai untuk jenguk indoor attractions dia dulu.
Ripley’s Believe It Or Not! Adventureland
Level 4, Sky Avenue Genting Highlands
Buka setiap hari
Ahad - Khamis:10.00 AM – 10.00 PMJumaat & Sabtu:10.00 AM – 11.00 PMCuti Sekolah & Cuti Umum:10.00 AM – 12.00 AM
Tarikan utama dekat sini ialah Odditorium dia, sebuah muzium yang menempatkan lebih 300 pameran yang memaparkan pelbagai perkara-perkara pelik. Kat sini jugak ditempatkan Pusat Penyelidikan Jurassic yang menampilkan kajian kehidupan prasejarah dengan koleksi patung dinosaur, fosil dan rangka.
Kalau uols suka ambil gambar 4D yang menarik, boleh singgah ke 4D Trick Art Museum - galeri ilusi optik yang penuh dengan mural dan 4D tricks yang unik. Kalau datang dengan anak-anak pulak, confirm diorang enjoy dekat Jungle Gym - taman permainan interaktif untuk kanak-kanak dengan gelongsor, permainan dan juga pawagam mini.
Tapi daripada semua yang ada, paling best adalah Zombie Outbreak - seperti rumah hantu dimana kita perlu melalui kawasan yang dipenuhi dengan kehadiran zombie secara mengejut. Ciksun boleh bayangkan suami ciksun punya reaksi terkejut tu macam mana bila muncul zombie menyergah. Haha! Ada jugak Infinity room - uols boleh ambil gambar banyak-banyak dekat 5 bilik bertema diorang, salah satunya adalah upside-down (TOPSY-TURVY) room. Nampak tak tu suami ciksun amek gambar terbalik, ahhh semua ni ilusi!!!
Dari Ripley’s Believe It Or Not! Adventureland, early dinner dekat High Line Roof Top Market dulu. Kat sini makan western food macam pizza, ayam goreng, salad dan lain-lain. And paling buat suami ciksun excited, dia boleh pulak terjumpa penyanyi kegemaran dia, Muna Syahirah. Muna pun tengah bercuti kat sana waktu tuuu.
Skytropolis Indoor Theme Park
Level 1, Skytropolis Indoor Theme Park
Buka setiap hari: 2.00 PM - 9.00 PM
Untuk join aktiviti kat sini, uols kena beli 1-day Unlimited Ride pass berharga RM62 aje. Ada jugak harga lain ikut pakej-pakej tertentu, uols boleh terus belek kat SINI. Apa yang best sangat kat sini?
Ada macam-macam tarikan sebenarnya. Kalau nak disenaraikan, tersangatlah banyak sampai rasa tak cukup masa nak try semuanya. Tapi antara tarikan yang paling suami ciksun suka adalah Power Surge Adventure Rides dan Spin Crazy Thrill Rides. Wajib cuba katanya kalau pergi sini. Kalau pergi dengan anak-anak, ada juga pilihan Family Rides seperti Jumping Spurs, Boo Boo Bump, Ride ‘Em Round, Skyscraper, Copper Express, Tea Cups, dan Chariot Cruise.
Sky VR
Level 2 , Skytropolis Indoor Theme Park
Buka setiap hari: 2.00 PM - 9.00 PM
Juga terletak di dalam Skytropolis Indoor Theme Park, tapi naik ke tingkat atas. Kat sini ada tarikan - SkyGlider VR, VORTEX, Virtu Globe, RoboCoaster dan XD Theater. Nak main game kat sini kena ada Tap & Play Card. Hanya perlu topup kad ni dekat mana-mana cashier counter, then uols boleh guna untuk main setiap game yang ada. Kalau credit dalam tu habis, topup je lagi. Credit Tap & Play Card ni valid untuk 90 hari dari aktiviti terakhir.
Suami ciksun paling suka XD Theater tu. Waktu dia pergi, game nya adalah virtual war melawan zombie beramai-ramai. Dalam satu sesi game, semua peserta akan bersaing untuk dapat ranking terbaik mengikut point yang kita dapat bila bunuh zombie. Haa, macam tu lerrr. Zombie lagi ek?? Suami ciksun ni suka benda-benda related dengan zombie agaknya. Hahaha!
First World Hotel, Genting Highland
Lepas penat meneroka indoor theme park, suami check-ed in pulak di First World Hotel, Genting Highland. Hotel ni merupakan hotel terbesar di dunia! Ada 7,351 bilik astronomi dengan pelbagai pilihan untuk meraikan pelancong dengan bajet yang berbeza-beza.
Dengan lokasi strategik, terletak di tengah-tengah Resorts World Genting, uols boleh dapat akses mudah ke lokasi utama seperti First World Plaza, SkyAvenue, Skytropolis Indoor Theme Park dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting. Tengok gambar dari cable car tu, First World Hotel yang tepi sekali, tinggi dan very colourful!
Buat self-check in kat sini guna kiosk aje, sangat mudah! Tak perlu check in kat kaunter. Tapi kalau guna apps Resorts World Genting pun lagi senang, hanya pakai digital key aje untuk unlock your room. Bagus gini, sebab boleh kurangkan contact dengan benda-benda yang digeruni pada zaman pasca pandemik ni.
Ok, nak tengok bilik tak?
Suami stayed dekat World Club 2 Room di tingkat 27. Bilik dengan dua katil bujang yang sangat luas, lengkap dengan living room. Dalam bilik air lak ada bath tub. Paling syok kalo berendam kat level 27 ni sambil tengok view luar tingkap. View apa tu?
Jemput tengok.
Hamparan awan nan putih guysss! Tak perlu pergi Dubai! Tak perlu naik kapal terbang! Kat Genting Highland aje! Masya Allah, indah sungguh ciptaan Allah s.w.t. Nak dapat view macam ni, jangan lupa guys, tingkat 27 tau 🤭
Alhamdulillah atas rezeki dariNya.
Ok lah, nak tahu cerita hari kedua tak? Jemput baca: pengalaman explore Genting SkyWorlds Theme Park.
2 Comments
Syoknya tengok orang bercuti kat Genting. Takpelah, next time boleh pergi bersama. Dah habis thesis ni dapatlah rehat kejap. Cantik view dari atas tu.
ReplyDeletetudiaaaa...awan karpet...selalu kena naik gunung baru dapat ...eh bleh la pi Genting lepas ni...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com