Ticker

6/recent/ticker-posts

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni! | Alang-alang gambar dah compress, kita masukkan jugak lah pengalaman minum petang di kafe pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam, bulan Januari yang lepas. Mak mertua adik ciksun ajak minum petang kat sini, kafe kawannya, dan anaknya pernah kerja sambilan kat sini satu ketika dulu.

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Sampai aje dekat sini, memang terpesona dengan warna pink kafe tu dari luar sampai ke dalam. Siap ada props untuk bergambar depan kafe, semuanya dengan tema merah jambu. Tapi masa pergi tu hujung minggu, jadi faham-faham lah sesaknya macam mana. Memang ramai yang menunggu dekat luar kafe, yang dekat dalam pulak lepak dengan penuh ketenangan. Ku perati ajeee sape yang hirup kopi 1 ml aje setiap 5 minit tu. Eh! Hahahah!

Sambil tunggu orang habis makan, kitorang ambil gambar dulu dekat depan kafe. Memang port instagrammable sungguh, nak OOTD bagai memang sesuai lah dekat kafe ni. Kaki-kaki instagram confirm suka, yang belum sampai tu wajib masukkan dalam list. Tak percaya, tengok lerr gambar-gambar Aisyah Sarah bawah ni.

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Lama jugak kitorang tunggu turn nak masuk dalam, setengah jam jugak kot baru ada yang bangun. Tu pun dapat tempat duduk kat corner, agak kurang selesa sebab sebelah pintu dan betul-betul tepi rak roti. Kalau orang datang, memang akan lalu tepi dan belakang kita sebab nak pilih-pilih roti. Ramai jugak yang datang take away aje, beli roti dan bawak balik. Ikutkan nak jugak beli bawak balik aje, tapi kesian pulak kat mak mertua adik, gigih dah ajak datang sini. Alang-alang da sampai, kena la minum kat sini kan, bukan selalu jumpa.

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Ada banyak pilihan roti dan kek dekat sini. Masakan panas pun ada sebenarnya, tapi sebab tak lapar sangat, kita makan kek dan roti aje lah. Yang penting air kena sedap. Haha! Tapi itu lah, suasana hari tu sesak sangat, nak ambil gambar pun tak best. So ambil ala kadar aje lah. Aisyah dengan Sarah paling seronok dapat makan kek sedap and jalan-jalan. Dak Aisyah lagi la suka warna pink-pink tu, macam bunda dia, ye tak? 😜

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Alahai, Comelnya Kafe Pink Zalynz Oven, Seksyen 3, Shah Alam Ni!

Alhamdulillah, sedap sungguh kek dan roti dia. Ciksun siap beli lagi bawak balik rumah. Buat makan malam nanti pulak. Insya'Allah kalau ada jumpa kawan-kawan area sini or datang area sini, sure akan repeat ke sini.

Best kalo lepak tenang-tenang hari kerja, orang tak seramai hujung minggu. Haha!

Zalynz Oven
No. 10, Jalan Cendana 3/13B,
Seksyen 3, Shah Alam

Buka:
Selasa - Ahad (Isnin TUTUP)
10 pagi - 7 malam

Instagram:

Other links:

Post a Comment

7 Comments

  1. Cafe ni memang sentiasa ramai pengunjung. Dah berjaya kak zalynz bukak cafe. Dulu rajin singgah blog dia. Lepas sibuk kelas roti, tahu tahu dah bukak kedai. Biasa dia akan letak kereta pink kat depan kedai untuk orang bergambar. Dia punya menu semua nampak sedap je.

    ReplyDelete
  2. Berbaloi jugalah menunggu agak lama, akhirnya dapat masuk juga. Kita pun terpikat dengan warna pink tu.

    ReplyDelete
  3. Kalau anak perempuan saya ni, mesti tak sabar nak masuk

    ReplyDelete
  4. ala..tergoda la kite Cik Sun yang memang suka warna pink! Setuju kat ayat..yang penting air mesti sedap. terutama kopi!

    ReplyDelete
  5. comey bebeno tengok cafe pink ni ui,...kat JB agak-agak ada tak

    ReplyDelete
  6. Hachak juak cafe tok, peminat pink boleh datang serbu. Tapi mun nya kaler purple awal kali kmk duak Sislin datang serbu hehe.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com